Wednesday, April 13, 2011

Menteri & Kerbau.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir bercakap di Serawak mengatakan bahawa PAS tidak ada pengaruh di Serawak dengan memberi alasan hanya 5 kerusi Dewan Undangan Negeri saja yang ditandingi oleh PAS. Ertinya PKR dan PBB sajalah parti yang berpengaruh di Serawak.

Kerbau jantan yang berkubang pun tahu, kenyataan Jamil Khir itu ADALAH kenyataan politik bodoh oleh seorang menteri, menteri seperti Jamil Khir inilah yang membebankan kepada PM Najib, masih berhingus dalam politik tapi dah mahu bercakap besar, Jamil Khir ni dalam politik masih cetek dan masih tidak tahu membezakan yang mana patut didahulukan antara timba dengan telaga.

Tahukah Jamil Khir, apabila parti itu dapat bertanding berertinya parti itu sudah ada pemimpin, pengikut dan penyokong ini bererti PAS sudah ada pengaruh di Serawak. Betul hanya 5 kerusi saja PAS bertanding tapi ketahuilah, PAS sudah mula bertapak di Serawak kalau hendak dibandingkan dengan kepayahan PAS untuk bertapak di Serawak dalam pilihanraya 2006.

Dulu dalam tahun 2006, Tok Guru Nik Aziz tidak dibenarkan menginap di hotel-hotel di Serawak kerana atas arahan, satu peristiwa yang malang dalam sebuah negeri demokrasi, tapi hari ini dengan kekuatan yang ada pada PAS tidak ada siapa yang boleh menghalang kehadiran Tok Guru Nik Aziz di serawak. Itu menandakan PAS sudah ada kekuatan di Serawak, apatah lagi sekiranya satu, dua kerusi PAS boleh menang dan dapat duduk dalam Dewan Undangan Negeri serawak, itu nanti menambah semangat dan pengaruh PAS di serawak.

Jamil Khir hendaklah membuka otak, PAS di Serawak bukan seperti UMNO, PAS sudah dapat menaikkan poster dalam pilihanraya, tapi UMNO tidak ada satu helai poster pun boleh ditampal dalam pilihanraya Serawak, ini bererti UMNO tidak dihormati oleh rakyat Serawak, UMNO ditolak oleh rakyat Serawak, UMNO saja yang hidung tak macung pergi ke Serawak sedangkan rakyat Serawak 'tunggin punggung'. Mana ada UMNO di Serawak tapi PAS ada di Serawak.

Tahukah Jamil Khir dalam pilihanraya di Serawak sekarang, orang-orang UMNO tidak dibenarkan pakai baju logo UMNO, ini menandakan UMNO takut untuk menampilkan diri di serawak bukan seperti orang PAS yang begitu bangga dengan memakai t-shirt berlogokan PAS 'membangun bersama Islam'.

Dalam bab bercakap UMNO dan PAS ini, Jamil Khir kena banyak lagi belajar, jangan bercakap ikut sedap rasa kerana yang binasanya bukan Jamil Khir tapi boleh menjahnamkan UMNO. Inilah antara penyakit dalam UMNO sekarang, orang yang tak pernah menjiwai perjuangan UMNO terus diberi jawatan menteri dan kerana nak membalas budi PM Najib maka Jamil Khir pun bercakaplah nak 'attack' PAS, sayangnya Jamil Khir bercakap tanpa fakta yang boleh memalukan seluruh ahli-ahli UMNO dimata dunia.

Jangan nanti ada orang kata, cerdik lagi kerbau daripada menteri.

No comments: