Wednesday, April 20, 2011

Longkang dan Sampah.

YB Alwi Che Ahmad.
UMNO Bahagian KETEREH 'retak menunggu belah'



UMNO Perhubungan "Bahagian Jeli" berjaya mengadakan majlis ceramah politik dengan menjaja pemidato utamanya Umi Halfida manakala Ustaz Harun Ab.Rahman sahabat ambo menjadi penceramah iringan.

Pada mulanya dikatakan YB. Alwi Che Amat, Setiausaha Barisaan Nasional Negeri Kelantan dijemput bagi menjadi penceramah iringan tapi Alwi menolak kerana tidak mahu duduk sepentas dengan Umi yang sudah jelas akan berceramah dengan mengatakan 'huduh' kepada Anwar Ibrahim.

Sikap Alwi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian KETEREH menolak jemputan UMNO Jeli itu khasnya Mustapha Mohamed selaku Ketua UMNO Bahagian sedang hangat dibicarakan oleh pemerhati politik Kelantan. Alwi menolak pelawaan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Sebagai seorang yang tahu adat tentulah Alwi mempunyai asas yang kukuh untuk menolak jemputan berceramah bersama Umi. Alwi tidak sanggup mendengar dan melihat orang yang berada sepentas dengannya akan berceramah untuk menjatuhkan maruah sesama Islam, maki hamun dan mencaci. Alwi tahu Umi akan berceramah menyentuh peribadi Anwar Ibrahim seperti yang selalu dilaung-laungkan oleh Umi disetiap tempat ceramah yang menjemputnya.

Alwi hanya akan berceramah dengan orang yang tidak mengunakan pentas dan pembesar suara untuk memaki hamun, Alwi berceramah untuk berhujah bagi menegakkan kebenaran parti yang diwakili iaitu UMNO, soal kebagusan menyokong UMNO dan matlamat perjuangan UMNO untuk membela rakyat. (ucapan biasa didengar dari penceremah dan pemimpin UMNO). Alwi tidak suka soal peribadi dijadikan modal berkempen dan berceramah kerana Alwi tahu banyak rakyat yang tidak suka cara demikian.

Tapi lain dengan Mustapha Mohamed, beliau sengaja menjemput Umi ke Bahagiannya untuk Umi menceritakan keburukan Anwar Ibrahim, untuk Umi menceritakan dengan tujuan mengaibkan Anwar Ibrahim serta Wan Azizah Ismail dan apabila ada orang datang ke Jeli dengan memaki hamun Anwar Ibrahim maka Mustapha Mohamed merasa puas.

UMNO Kelantan sudah hilang pedoman, bukan UMNO Bahagian Jeli saja yang menjemput Umi Halfida untuk berceramah ada Bahagian lain lagi yang membawa Umi ke Bahagiannya, nampak jelas bahawa UMNO Kelantan sekarang sudah tidak ada penceramah yang berwibawa, sudah tidak ada tukang syarah yang boleh menyakinkan rakyat untuk menyokong UMNO, itulah sebabnya Umi menjadi 'idola' Mustapha Mohamed.

Alwi yang juga Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mahu bertanggongjawab dengan isu yang 'sengaja' mahu mengaibkan Anwar Ibrahim, bersekonkong dengan Umi yang diaggap oleh Alwi seperti 'LONGKANG dan SAMPAH'. Alwi malu sekiranya disebut dalam Dewan Undangan Negeri bahawa beliau adalah sampah dalam longkang Umi.

Itulah kebijksanaan Alwi berpolitik, tahu yang mana akar dan yang mana pucuk semenjak menjadi Ahli Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama Anwar Musa yang menjadi Pengerusi KADA. Dah tak ada orang UMNO lain dah yang Noh Omar boleh lantik.

Dalam bab Umi Halfida ini, tindakan Alwi Che Ahmad adalah betul. Sokong.

No comments: