Adu domba RPK dalam temubualnya dengan TV3 yang mengaitkan beberapa nama seperti Nik Azmi, YBM Tengku Razaleigh dan Leftenan Kolonal Azmi Zainal Abidin telah memeranjatkan orang kampung. Satu perbuatan yang tidak bermaruah.
Rata-rata orang ramai melahirkan rasa kebencian terhadap RPK kerana telah dengan sengaja untuk meletakkan orang lain dalam keadaan tertekan kerana untuk beliau mencari kemewahan hidup bagi dirinya. Soal betul atau tidak bukan menjadi isu tapi meletakkan orang lain dalam keadaan serbasalah dan tertekan merupakan maruah hidupnya tidak ada nilai.
Terutamanya melibatkan nama Azmi Zainal Abidin seorang pegawai tinggi angkatan tentera Malaysia berpangkat Laftenan Kolonal sedikit sebanyak memalukan Angkatan Tentera Malaysia kerana pegawainya dituduh terlibat dalam rancangan untuk mengagalkan Dato' Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri.
Tuduhan RPK itu teramat berat. Apakah dengan berbuat demikian semua tulisan RPK sebelum daripada ini boleh dianggap tidak betul dan beliau menulis hanya dengan mendenagr cerita mulut ke mulut dan dicanangnya keseluruh dunia, dan apabila tersempit maka disebutlah beberapa nama untuk dijadikan rekayasa itu sebagai sebuah sensasi.
Sekiranya begitulah amalan penulisan RPK bererti semua penulisan beliau boleh di ketegori sebagai amat bahaya kerana beliau sanggup menulis apa yang tidak berlaku, walau pun beliau sendiri tidak percaya akan satu-satu kejadian itu tapi beliau menulis juga, kenapa?.
Budak sekolah menengah rendah pun boleh jawab, kenapa RPK sanggup menulis satu satu cerita itu yang beliau sendiri pun tidak mempercayai kepada cerita itu. Seperti apa yang beliau cerita kepada TV3 bahawa beliau sendiri pun akui adalah mustahil Rosmah juga berada sama ditempat kejadian pembunuhan Altantuya. Tapi beliau menulisnya.
Begitu juga adalah mustahil YBM Tengku Razaleigh bersikap untuk mengagalkan Dato' Najib dilantik sebagai Perdana Menteri dan diganti dengan beliau kerana tradisi dalam UMNO sesorang itu akan dilantik sebagai Perdana Menteri hendaklah terdiri daripada Presiden UMNO sedangkan Tengku Razaliegh adalah bukan dikalangan pemimpin tertinggi UMNO.
Dengan cara RPK membuat cerita kepada TV3 telah tercemar nama YBM Tengku Razaleigh dan Azmi Zainal Abidin sekiranya ada orang percaya kepada percakapan dan cerita RPK itu, yang pasti telah diambil tindakan serta merta ialah Lt.Kolonal Azmi Zainal Abidin yang telah di tukar serta merta dari kor risik angkatan tentera kepada bahagian pentadbiran. Alangkan malangnya nasib Azmi, sedangkan cerita RPK itu belum tentu ada kebenarannya.
Kenapa cepat sangat Kementerian Pertahanan mempercayai cerita RPK itu, adakah kerana sekarang ini sedang berlangsung Pilihanraya Negeri Sarawak atau ada agenda lain yang tersirat sedang disusun oleh orang orang tertentu bagi menghancurkan pengaruh Pakatan Rakyat dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim.
Liwat II, Video Lucah dan kini kes pembunuhan Altantuya adalah cara untuk 'menghancurkan pengaruh' Anwar Ibrahim supaya cita-cita dan semangat perjuangan rakyat untuk menuju ke PUTRAJAYA bersama dengan Kerajaan Pakatan rakyat tidak tercapai. Lakukanlah sementara kesempatan masih ada.
1 comment:
Saya bukan terkejut sangat dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut dengan perubahan sikap dan pendirian RPK dengan memberi kenyataan secara total kepada TV3. Begitu juga Perdana Menteri Najib yang dapat mengunakan Raja Petra untuk diwawancara melalui TV3 yang saya anggap berprinsip.
Tetapi apa yang saya persoalkan di sini, di manakah nilai, maruah dan kredibiliti RPK sebagai seorang penulis blog yang dianggap berani,tegas yang sentiasa mencari kebenaran.
RPK kini sanggup menjilat ludahnya keatas Najib dan Rosmah. Bukan sedikit ludahnya terhadap Najib bahkan jika dihimpunkan boleh buat mandi tubuh badannya sendiri. Jika dibuat andaian mungkin beliau terpaksa atau kekeringan poket untuk hidup dan makan. Apa tah lagi tinggal di London memerlukan modal yang banyak untuk hidup. Tentu upahnya pun banyak.
Begitu juga tulisan beliau sering saya follow up dan saya begitu yakin pada mulanya beliau adalah manusia yang berprinsip, rupanya tidak. Kini saya anggap beliau merupakan penulis upahan yang tidak bermaruah ..
Biarpun begitu orang tidak akan mudah untuk membuang apa yang beliau tuliskan dulu. Apakah persepsi rakyat boleh berubah atau boleh menerima dari kenyataan RPK itu, sedangkan tindakan RPK itu benar-benar menjejaskan reputasinya sebagai seorang yang berkredibiliti .
Maruah dirinya sebagai penulis blog popular terus tercalar dan dianggap bacul serta pengkhianat kepada rakyat keseluruhannya.
Post a Comment