Sunday, April 10, 2011

Ganjil Politik SERAWAK.

71 Kerusi Dewan Undangan Negeri SERAWAK yang dipertandingkan dalam pilihanraya Negeri sekarang tidak ada satu pun kerusi yang diwakili oleh UMNO yang menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional.

Tapi berduyung-duyung ahli dan pemimpin UMNO datang ke SERAWAK yang nampak lebih sibuk daripada rakyat SERAWAK sendiri dengan alasan nak bantu rakan dalam kompenan BN.

Persiapan kempen pilihanraya di SERAWAK sekarang ini oleh semau parti politik lebih tersusun dan kemas kalau hendak dibandingkan dengan persiapan pilihanraya kecil di semenanjong terutamanya dalam perang gambar memperkenalkan calun dan slogan kempen dsngan bahasa yang mampu diamati oleh pengundi.

Banyak juga jentera kerajaan persekutuan dilibatkan bagi menganjurkan majlis majlis untuk memberi peluang kepada pemimpin BN bagi dapat berjumpa dengan pengundi secara dekat.

Semua yang berlaku di SERAWAK sekarang ini merupakan satu keganjilan kerana sebelum daripada ini tidak pernah berlaku ramai orang semenanjung datang tapi tidak dilayan seperti dulu dulu terutamanya pada mereka yang datang untuk menyokong Taib Mahmud.

Rakyat SERAWAK sudah lebih matang untuk memilih siapa yang mereka akan sokong. Mereka tidak perlu tunjuk ajar dari sesiapa kerana sudah lama mereka dibuai mimpi tapi yang miskin masih berdepan dengan rezeki kais pagi makan pagi sedangkan pemimpin Kerajaan bertambah harta kekayaan setiap ketika.

Sebab itu lah puluhan ribu rakyat SERAWAk keluar mendengar ceramah Pakatan Rakyat mereka mahu dengar sendiri rangka 'buku jingga' dan apa matlamat serta kebaikan yang akan dapat rakyat kecapi apabila kerajaan SERAWAK jatuh kepada PAKATAN RAKYAT pada 16hb.April nanti.

Satu lagi keganjilan yang jadi perbualan dikawasan pendalaman apabila Salleh mendedahkan bahawa Taib Mahmud mengunakan bomoh untuk memilih calun calun yang bertanding. Ganjil kerana bukan calun lawan yang tak boleh tidur tapi calun calun BN lebih gelabah dari calun Pakatan Rakyat terutamanya kawasan yang berdepan dengan DAP.

Yang akan terus menjadi ganjil mengikut pendapat rakyar SERAWAK ialah pastinya KETUA MENTERI SERAWAK nanti bukannya dari bangsa melayu jati sama ada BN menang ataupun PR menang.
Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments: