Kekalahan PKR 46 kerusi (49) dan PAS 5 (5) dalam PRN Sarawak memberi banyak pengajaran untuk Pakatan Rakyat mengkaji dan mencari formula supaya momentum PRU 12 tahun 2008 tidak berubah bagi mengekalkan sokongan rakyat akan terus bersama dalam PRU ke 13.
Ini wajib diperhatikan supaya tsunami yang dianggap berlaku di Sarawak tapi tidak berlaku dengan sesungguhnya akan tempias ke semenanjung pada PRU nanti sekiranya Pakatan Rakyat masih bercita-cita untuk ke PUTRAJAYA. Atau tak payah buat apa-apa dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.
Apa yang berlaku di Sarawak sudah jelas jentera Pakatan Rakyat tidak begitu mantap kalau hendak dibanding dengan jentera pilihnaraya yang ada pada BN terutamanya jentera sokongan yang didatangkan khas dari semenanjung. Ini berlaku kerana jentera Pakatan Rakyat adalah serba terhad dan tidak nampak ada bantuan diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Sedangkan BN Sarawak mendapat sokongan dari seluruh jentera agensi kerajaan termasuk para menteri dan yang paling ramai adalah jentera UMNO terutamanya kempen dari rumah ke rumah oleh Wanita UMNO, yang tentunya memerlukan peruntukan kewangan yang banyak.
Kelincahan dan komitmen jentera UMNO membantu BN Sarawak menjadi penghalang kepada ujudnya tsunami politik pembangkang di Sarawak. Itulah kempen tersembunyi yang berlaku di Sarawak apabila semua orang UMNO diarah supaya tidak memakaikan pakaian atau pun logo UMNO semasa berada di sarawak.
Apatah lagi ratusan kenderaan yang dibekalkan diseluruh negeri Sarawak untuk BN oleh pemilik AP dari Kuala Lumpur yang tentunya kenderaan menjadi pengakutan yang wajib semasa pilihanraya diadakan, manakala pihak pembangkang tidak mencukupi kenderaan terutamanya pada hari mengundi untuk mengangkut pengundi.
Melihat kepada startegi UMNO di Sarawak yang bekerja untuk memalapkan PKR dan PAS 'menjadi' adalah sedikit sebanyak startegi itu boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada PKR dan PAS di Semenanjung sekiranya tidak diambil perhatian yang serius oleh Pakatan Rakyat.
PRU 13 nanti akan menyaksikan DAP akan terus dapat mempertahankan kerusi parlimennya dan boleh jadi akan bertambah tapi yang menyulitkan apabila kerusi Parti KEADILAN Rakyat akan terus merosot kerana tidak dapat dipertahankan disebab kekurangan logistik dan prestasi yang hambar.
Walau bagaimana pun kemenangan BN Sarawak tidak mengambarkan BN menang semua kerana peningkatan sokongan rakyat kepada pembangkang meningkat 8% dan pertambahan kerusi lebih 100% yang tentunya ada impak kepada pilihanraya umum ke 13 nanti terutama kerusi-kerusi parlimen.
Ramai rakyat Sarawak optimis kerusi perlimen nanti akan dimonopoli oleh Pakatan Rakyat kerana tentunya bantuan dari semenanjung tidak akan berlaku seperti PRN Sarawak kelmarin dan apabila kerusi parlimen dari Sarawak bertambah serta ditambah juga dari Sabah cita-cita parti dan pengundi pembangkang untuk menawan PUTRAJAYA akan tercapai.
Isu yang menyebabkan rakyat Sabah tidak seronok kepada kerajaan hari ini kerana mereka beranggapan kerajaan BN pilih kasih dalam membuat perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara sehari dua lalu. kepada rakyat Sabah calun yang paling layak adalah rakyat Sabah yang dianggap kanan dalam perkhidmatan PDRM tapi tidak diberi tempat yang selayaknya.
PR kalah bukan kalah semua.
No comments:
Post a Comment