Monday, April 11, 2011

pilihanraya SERAWAK, BN Tumbang.?

Diseberang sungai tempat saya mengindap,puluhan ribu orang ramai berduyun duyun seperti pesta untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim. Walau pun ada usaha untuk 'pelaga' Anwar dan Ezam bersyarah ditempat yang sama dengan dipisahkan tempat parking kereta tapi ternyata orangramai berpihak kepada ceramah Anwar Ibrahim.

Sambil menunggu Anwar Ibrahim sampai saya diminta supaya.memberi ceramah tapi saya menolak dengan alasan saya belum boleh bersyarah politik kerana saya tidak menjadi ahli mana mana parti politik lagi. Insya Allah bulan Mei nanti akan saya serah borang untuk menyertai parti politik yang pastinya bukan parti UMNO. (lihat gambar diatas).

Isu liwat.video lucah yang dijaja oleh Ezam tidak melemahkan penyokong Pakatan Rakyat terus setia bersama Anwar Ibrahim ini dapat dilihat puluhan ribu pendengar tidak berganjak sehingga ke selesai majlis dan mereka berasak-asak untuk bersalam dengan Anwar Ibrahim.

Yang paling teruja apabila Anwar Ibrahim menyebut nama Tok Guru Nik Aziz. yang juga berada di Serawak lantas suara takbir bergema menanda sokongan rakyat terhadap Tok Guru dan PAS. Suara Pakatan Rakyat memang kuat di Serawak kini.

Di warung khatulistiwa ditepi sungai Serawak kini rakyat sedang bertanya-tanya kenapa PM Najib seperti kucing jatuh anak sanggup mahu datang berkampung di Serawak. Apakah PM Najib dapat merasakan bahawa Taib Mahmud sudah menjadi beban kepada BN Serawak dan kerajaan BN akan tumbang di Serawak.

Itulah barang kali nasib yang akan menimpa BN Serawak sekiranya PM Najib tidak cepat cepat memberi perhatian yang serius. PM Najib tidak mahu BN akan kalah isu Taib Mahmud. PM Najib tahu sekiranya BN masih bercadang mengekalkan Taib Mahmud jadi Ketua Menteri itu bermakna menyerahkan kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat.

Tsunami politik di Serawak akan lebih teruk lagi bermula besuk. apabila perpecahan berlaku diantara.penyokong Taib Mahmud dengan penyokong PM Najib berhubung dengan kuasa di Serawak. SOALAN Siapa lebih berkuasa antara Taib dengan Najib di Serawak akan berkumandang mulai besuk setelah ada ura-ura satu pengumuman akan dibuat bahawa selepas BN menang pilihanraya nanti Taib Mahmud tidak lagi akan dilantik sebagai Ketua Menteri Serawak.

Siapa akan ganti Taib akan menyebabkan BN Serawak akan hilang sebuah kerajaan.
Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments: