Tuesday, April 12, 2011

Taklimat ringkas PR Serawak.

PAS sudah sebati dihati rakyat Serawak, UMNO bila lagi?

Angin perubahan politik Serawak mula dirasai apabila PM Najib menjejak kaki di Kucing Serawak petang kelmarin. Para penyokong Taib Mahmud dan parti PBB mulai dilanda kecemasan apabila ada suara mahu menyingkirkan Taib Mahmud dari kerusi Ketua Menteri Serawak dengan kadar segera selepas sahaja pilihanraya negeri Serawak berakhir pada 16hb. April nanti.

Kehadiran PM Najib dan TPM Mahyuddin serta seluruh anggota kabinet kerajaan Malaysia berkubu di Serawak menunjukkan kerajaan BN Serawak berada dalam zon bahaya. Riak kejatuhan BN mulai dirasai, kepercayaan PM Najib terhadap Taib Mahmud untuk mempertahankan BN mulai diragui. Mana mungkin seluruh anggota kabinet kerajaan Malaysia terpaksa menghabiskan masa di Serawak sekiranya tak ada tanda bahawa kerajaan BN akan tumbang.

Masa empat hari lagi yang tinggal akan digunakan sepenohnya oleh jentera kerajaan BN bagi mendamaikan kemarahan rakyat Serawak kepada BN. Etnik Melayu melanau, melayu jati, Cina dan Dayak sedang menghitung hari untuk menumbangkan kerajaan BN Serawak sekiraanya tuntutan meraka tidak dipenohi.

Tapi yang merumikan kepada jentera kempen BN terutamanya 'golkar' UMNO kerana mereka tidak mendapat kerjasama dari parti-parti kompenan BN Serawak terutamanya dari etnik Cina dan Dayak, manakala tidak ada isu yang boleh menyakinkan rakyat Serawak supaya kerajaan BN yang dipimpin oleh Taib Mahmud hendaklah dikekalkan.

Yang ada hanya satu isu saja iaitu rakyat Serawak mahu tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat kerana rakyat Serawak sudah muak dengan tipu muslihat kerajaan BN Serawak yang dipimpin oleh Taib Mahmud lebih 30 tahun.

Kalau pun Anwar Ibrahim bersama Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi Awang, Lim Kit Siang gagal menumbangkan kerajaan BN pada 16 september lalu ada kemungkian besar dalam arus kebangkitan rakyat Serawak mahu menolak Taib Mahmud, kerajaan BN Serawak akan ditumbangkan pada 16hb. April nanti. Insya Allah.

1 comment:

Juraimi Zainal said...

Tuan.. Saya memang dapat merasakan heat & feel seumpama ini... Spt Tsunami 2008... Mudah2an ianya menjadi..