Saturday, April 23, 2011

'Windfall' di Kementerian Noh Omar.

YB. Datuk Seri Noh Omar
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

RM3.38 billion. itulah angka yang telah diumumkan oleh PM Najib bagi perbelanjaan mengurus dan projek-projek pembangunan pertanian pada tahun ini dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mana menterinya Noh Omar.

Noh Omar baru-baru ini telah melantik Alwi Che Ahmad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh sebagai Ahli Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengantikan Azmi Ishak, Setiausaha UMNO Bahagian Ketereh. Umum rakyat Kelantan tahu Pengerusi KADA adalah Anuar Musa, Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Adalah didapati jawatan Pengerusi KADA yang disandang oleh Anuar Musa sekarang ini edahnya tidak lama lagi. Penguguran Azmi Ishak dan ditukar kepada Alwi Che Ahmad tidak dimaklumkan kepada Anuar Musa oleh menterinya Noh Omar. Apa ertinya?.

Melihat kepada angka wang ringgit yang diumumkan oleh PM Najib itu terbayang sudah bahawa nasib para petani, penternak dan nelayan seperti mendapat ' durian runtuh'. Sekiraanya dibahagi-bahagikan kepada isi keluarga para golongan petani miskin tegar sudah terhakis kemiskinan dikalangan mereka.

Juga apabila melihat kepada angka 3.38 billion itu membuat ahli UMNO yang mempunyai jawatan dalam parti sudah berkira-kira dan sedang mengintai peluang bagi mendapat projek-projek dibawah kelolaan Noh Omar. Akan berbarislah dikalangan kenalan rapat Noh Omar tertumpu di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Usaha kerajaan memberi perhatian dan keutamaan kepada bidang tersebut bagi mengelakkan berlakunya kritikal untuk kesejahteraan rakyat. Kepercayaan PM Najib kepada Noh Omar bagi meneruskan usaha mempertingkatkan hasil pengeluaran negara melalui bidang pertanian mengambarkan Noh Omar mampu menyakinkan rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada kerajaan BN.

Yang tinggal akan menjadi persoalannya, siapakah yang akan mendapat nikmat dan keuntungan dari perancangan yang gigih itu agar sumber bekalan makanan tempatan dapat dipertingkatkan bagi menghalang kenaikan barang makanan yang tinggi menyebabkan inflasi.

Antara subsidi yang diberi oleh kerajaan ialah RM480 juta untuk harga padi, RM409 juta untuk baja padi dan inisiatif untuk meningkatkan hasil padi RM80 juta. RM150 juta untuk kos pembajakan dan baja tambahan, Harga beras RM167 juta, benih padi RM85 juta. Tapi malangnya harga beras terus mahal dan harga padi kekal murah.

Itulah peluang yang ada di Kementerian Noh Omar dan 'windfall' ini tentunya akan dapat kepada salah seorang Ketua UMNO Bahagian dari Negeri Kelantan menafaatnya.

No comments: