Thursday, April 14, 2011

Islam lah tu.

Beratus sms, email serta komen memberi pendapat berhubung gambar yang dipostkan berjudul siapakah 'RATU' ini yang saya delete atas rasa bertanggongjawab diatas nasihat, permintaan dari berbagai-bagai pihak termasuk para sahabat dan kaum hawa.

Terima kasih diucapakan atas perhatian anda semua.

Iktibar dalam pemberitaan tersebut boleh diambil kira bahawa ada berbagai-bagai pandangan apabila satu-satu gambar yang memberahikan (agaknya) dipaparkan sama ada dalam media cetak atau elektronik. Yang paling keras mengkritik apabila dibasuhnya saya bersama hujah ayat-ayat suci Al-Quran berhubung dengan dosa apabila kita cuba mendorong orang kearah maksiat.

Itu hanya sekeping gambar dan saya kira tidaklah 'lucah', itu pun saya telah menerima teguran dan kecaman, bagaimana pula dengan 'Video Lucah', adakah oleh kerana video lucah itu dikaitan dengan Anwar Ibrahim ianya kurang mendapat kecaman kalau ada pun sekadar teguran daripada beberapa orang mufti.

Umat Islam di Malaysia hari ini lebih senang membiarkan perkara-perkara yang boleh mengaibkan sesama Islam daripada menghalang perbuatan yang boleh menjatuhkan martabat seseorang itu oleh kerana 'wang dan kuasa'. Ini jelas dapat diperhatikan apabila isu video lucah dibiarkan disebar secara terang-terangan bahkan ditambah dengan penulisan serta ceramah dengan tujuan mengaib dan memalukan.

Tidak ada nasihat dari pucuk pimpinan kerajaan yang berkuasa yang terdiri daripada mereka yang berugama Islam, yang tahu hukum hakam, yang menjaga hal ehwal Ugama Islam dalam sebuah negara yang umatnya majoriti Islam supaya hentikan tabur berita yang mengaibkan orang. Kerana apa, kerana tidak takut akan azab api neraka.

Saya dengar Ezam Md.Nor, seorang senator yang dipuja oleh PM Najib berceramah di Sarawak kebetulan pula bertembung dengan Azmi Ali. Ezam mengunakan bahasa yang amat kesat dan kasar termasuklah perkataan membandingkan sesorang itu sebagai 'pelacur'. tapi Azmi Ali tidak sedikit pun mengunakan bahasa kesat dan kasar terhadap Ezam. Lihatlah begitu murahnya maruah Ezam sekarang, sayang dia sendiri membaculkan dirinya.

Apabila 'Nafsu menguasai Akal, perhitungan soal ugama diketepikan, kerakusan dan kegilaan jawatan menjadi pokok perjuangan yang menghalalkan cara untuk ke Neraka.

Sehingga kini dua orang manusia yang tidak 'berjurus' dalam kempen pilihanraya Sarawak yang saya dengar iaitu Jamil Khir dan Ezam Md. Noor. Kedua-duanya bukan ahli UMNO tulin.


No comments: