Selesai sudah pertarungan berat sebelah dalam Pilihanraya Dewan Undangan Sarawak dengan keputusan yang diduga dari awal-awal lagi, tapi oleh kerana melihat kepada sambutan rakyat yang hadir di majlis rapat umum dan ceremah Pakatan Rakyat telahan berubah dengan andaian berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Meyakinkan lagi andaian Pakatan Rakyat akan menang dengan menafikan 2/3 majoriti BN apabila seluruh jentera kabinet Kerajaan berpusat di Sarawak yang mana PM Najib dan TPM Mahyuddin serta seluruh menteri berkampung di Sarawak. Peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum daripada ini.
Telah dijangka masyarakat Cina akan memberi sokongan yang padu kepada DAP dan terbukti dari 15 kerusi yang ditandingi oleh DAP sebanyak 12 kerusi dimenanginya, tidak seperti Parti KEADILAN Rakyat yang menang hanya 3 kerusi daripada 49 kerusi yang ditandinginya manakala PAS kalah di semua 5 kerusi yang ditandinginya.
Kekalahan PAS di 4 kerusi yang ditandinginya tidaklah mengejutkan tapi kekalahan PAS di Benting Maro ada sedikit terasa kerana di DUN tersebut adalah menjadi harapan untuk meletakkan wakil PAS dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. Dimana silapnya?.
Kemenangan 15 kerusi Pakatan Rakyat tidak boleh dikatakan bahawa rakyat Sarawak telah menolak kepimpinan Taib Mahmud, ini jelas apabila PBB telah memenangi semua 35 kerusi yang PBB bertanding itu bererti PBB menang 100%. kalau betul rakyat Sarawak sudah menolak kepimpinan Taib Mahmud mana mungkin PBB boleh menang 100%, sekurang-kurangnya Taib Mahmud akan kalah di DUN yang beliau bertanding.
Bukan saja Taib Mahmud tidak kalah di kawasannya, bahkan majoriti undi beliau bertambah dari keputusan pilihanraya yang lalu. Ini semua akan merumitkan PM Najib kerana Khairy Jamaluddin, Pengerusi Pemuda BN telah pun mendesak supaya PM Najib percepatkan peralihan kuasa di Sarawak.
Apa pun, keputusan pilihanraya Sarawak sudah berakhir, sudah hilang 'GOBAR' dikalangan pemimpin-pemimpin BN terutamanya pemimpin UMNO kerana keputusan pilihanraya Sarawak sekiranya tidak berpihak kepada BN akan menjejaskan peluang BN menang besar dalam PRU 13 nanti.
Yang akan 'GOBAR' nanti adalah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Kedah, apakah dapat dipertahankan kerajaan yang sedia ada itu yang tidak akan menerima nasib yang sama seperti kerajaan PAS di Trengganu dulu yang mana hanya satu penggal saja dapat memerintah.
Atau yang akan 'GOBAR' nanti adakah kerajaan Negeri Sembilan dan Trengganu yang telah diwar-warkan terdapat banyak sangat masaalah dalaman terdapat di negeri tersebut, manakala Kelantan dan Pulau Pinang sudah pasti akan kukuh mempertahankan kerajaan yang sedia ada.
Mungkin PM Najib juga akan 'GOBAR' dalam mempertahankan kerajaan BN setelah melihat kawasan yang majoriti pengundi keturunan Cina dan India tidak akan berpihak kepada BN seperti telah terbukti sekarang. Dan bagaimana nasib di 42 kawasan parlimen yang majoritinya melayu tapi calunnya bukan melayu dari kompenan BN.
GOBAR jangan tak GOBAR.
No comments:
Post a Comment