kerusi yang tak jadi rebutan.
Semuanya kerana kerusi, Mustapha Mohamed sanggup panggil Umi Halfida menjadi Penceramah Utama di Kawasannya kerana hendak mempertahankan kerusi sebagai wakil rakyat. Begitulah ragam didunia hari ini. Orang politik sanggup membuat apa saja untuk mempertahankan kedudukannya.
Isu kerusi ini hangat dibincangkan oleh rakyat sama ada berkenaan politik ataupun dalam perkhidmatan awam. Kerana kerusi, yang patut bersara tak mahu bersara. Dalam tahun ini ramai pegawai kerajaan yang akan bersara sama ada dalam jabatan perkhidmatan awam atau pun dalam pasukan yang beruniform. Mahu bersarakah mereka-mereka itu?
Berikut dibawah ini saya paparkan komen yang dihantar kepada saya menyokong tindakan Alwi Che Ahmad, Ketua Pembangkang DUN Kelantan yang menolak undangan Mustapha Mohamed, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan untuk berceramah sepentas dengan Umi Halfida di Jeli baru-baru ini.
Salam Abang .. Jika disebut longkang, pasti semua orang tahu. Busuk, kotor dan bermacam-macam najis, sisa toksid, shit dan bangkai buangan terus mengalir melalui longkang. Baunya pun busuk sebusuk-busuknya, hanyir dan jika tersentuh pasti kena menyamaknya. Mungkin itulah boleh didifinasikan dengan longkang.
Jika saudara Alwi bertindak demikian dan menolak jemputan berceramah, saya menyokong tindakanya. Berceramah adalah yang pasti dalam politik untuk menyampaikan maklumat. Jika Ummi Hafilda dijadikan hos untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, topiknya sudah pasti untuk memburukan imej saudara Anwar Ibrahim.
Sudah pasti isu dubur dan air mani yang menjijikkan tentu akan terkeluar dari mulut perempuan sunda ini. Malu pendengar yang hadir termasuk muslim muslimat. Apakah rasionalnya pulak Datuk Pa memjemput selebriti ini (Ummi)? Apakah dengan kehadiran Ummi itu akan bertambah pendengar yang datang? Apakah Umno sudah ketandusan idea politik untuk berdepan dengan rakyat dan PAS? Apakah Umno sudah tidak ada penceramah yang intelek dan berwibawa sehingga sanggup mengunakan Ummi. Memang jelas di sini, Umno ketandusan penceramah sehingga sanggup mengunakan Ummi hanya untuk cerita pasal saudara Anwar, pasal liwat dan dubur.
Apakah dengan ceramah isu dubur dan liwat, Umno dapat kembali menawan Kelantan? Apakah milleage politik Umno hanya tertumpu pada dubur dan liwat. Bukankah di mana-mana Ummi berceramah, pengaruh dan karismatik saudara Anwar tetap unggul dan karier politiknya masih disokongi rakyat. Jika isu itu diterima dan dipercayai rakyat, karier politik Anwar sudah lama terkubur. Ini tidak, Anwar dilihat terus unggul dikaca mata persada politik tanah Air sehingga memenanggi kerusi Permatang Pauh. Jika rakyat percaya apa yang Saudara Anwar lakukan, sudah lama karier politik Saudara Anwar musnah ditelan zaman . Apa pun rakyat tetap dan masih mempercayai saudara Anwar berlandaskan personaliti dan latar belakangnya sebagai seorang pemimpin yang wibawa dan ketokohanya sebagai seorang pejuang yang berprinsip sehingga kini.
Cerita dubur atau liwat dianggap dongeng dan mengarut hanya untuk kepentingan politik tertentu. Jika saudara Alwi menolak jemputan terhadap beliau, itu adalah kebijakanya berpolitik... Berpolitik biarlah berlandaskan idea serta dasar yang akan diperlaksanakan kepada rakyat dan negara, bukan diatas topik dubur dan liwat hanya untuk mengekalkan kuasa. Rakyat hari ini bukan rakyat dizaman Pak Pandir atau zaman Jakun. Rakyat hari ini penuh dengan ilmu dan intelek dapat berfikir dan menilaikan yang mana benar dan salah. Pemimpin Umno seharusnya berpolitik, berceramah biarlah berlandaskan fakta, kejujuran demi kebaikan rakyat.
Bukan berlandaskan fakta palsu yang direka-reka cipta hanya untuk menegakkan benang yang basah. Gunakan idea-idea yang menarik untuk mendapat sokongan politik bukan hanya menjemput Ummi untuk berceramah dijalanan dengan isu-isu kotor sebagaimana kata -kata dalam artikel abang "Longkang dan Sampah". Semoga Abang memilih parti politik yang benar-benar membela kebenaran dan keadilan, jangan jadikan politik untuk kepentingan diri sebagaimana yang dituntut.
No comments:
Post a Comment