Friday, April 22, 2011

KPN rebah pengsan?

Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara

Berita yang baru diterima dari sebuah hospital swasta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah dirawat pagi ini kerana 'rebah pengsan' diperhimpunan bulanan pasukan PDRM di Bukit Aman. Kedaaan beliau masih belum dipastikan lagi.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan 'perpaduan ummah' dan bagi mengambil berkat hari yang mulia ini, marilah kita semua sama-sama memanjatkan doa daripada Allah swt semuga Tan Sri Ketua Polis Negara tidak akan mengalami apa -apa musibah tentang kesihatan beliau.

Walau pun tempoh bersara sudah hampir, tapi Tan Sri KPN masih meneruskan tugas seperti biasa kerana begitu prihatin kepada pasukan polis Di Raja. Beliau dijangka bersara pada mei ini sekiranya Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan PM Najib tidak berhasrat menyambung perkhidmatan beliau.

Ketua Polis Negara sebelum daripada ini disambung perkhidmatannya sehingga menjejas peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai yang lain.

Adalah elok Tan Sri Ismail Omar terus mengambil cuti kerana kesihatan adalah lebih penting daripada segala-galanya didunia ini sama ada pangkat dan kekayaan. Buat apa mengejar pangkat sekiranya kesihatan terjejas dan buat apa mengejar kekayaan sekiranya hasil kekayaan tidak deapat dinikmati kerana kesihatan tidak mengizinkan.

Pinjam kata-kata Cik Bak (Kadok) buat apa ada harta berjuta-juta setelah tubuh badan dihingapi bermacam-macam penyakit, sepertilah katanya 'barang' sudah segar tapi bini pula mati.

No comments: