Saturday, April 16, 2011

'GOBAR'

PAS sudah menang di SARAWAK

Inilah Wira & Srikandi PAS Sarawak

Tepat jam 12.00 malam. Semua kempen berceramah dihentikan bagi mematuhi arahan Suruhanjaya Pilihanraya. Hari ini (16hb. April 2011, Sabtu) rakyat Sarawak akan menunaikan tanggongjawab bagi memilih wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sebanyak 71 kawasan DUN akan menentukan pihak mana yang akan menubuhkan Kerajaan Sarawak, adakah BN akan kekal memerintah Sarawak atau PR akan diberi mandat oleh rakyat Sarawak bagi menubuhkan Kerajaan baru.

Mana-mana parti yang memperolehi kemenangan 36 kerusi akan dapat membentuk kerajaan, itulah yang menjadi 'gobar' kepada BN sebagai parti yang mempertahankan kerajaannya. Manakala PR sudah tidak sabar lagi menunggu hari esok yang akan menjadi satu sejarah apabila dapat menumbangkan kerajaan BN.

Kempen umpat mengumpat sudah pun berakhir hasrat parti-parti yang bertanding untuk menang dengan cara menghasut rakyat Sarawak juga telah berakhir, hanya rakyat Sarawak yang bijak akan menentukan parti mana yang akan dipilih dan diberi mandat untuk menubuh kerajaan. Malam ini akan menentukan segala-galanya.

Tukang kempen, sama ada yang diupah atau pun secara sukarela dari semenanjung akan pulang kerumah masing-masing. Nama mereka akan disebut oleh rakyat Sarawak sebagai tukang-tukang 'salak'. Ada yang beretika dan ada yang menampilkan kebodohan dirinya, semua itu akan dijadikan bahan ketawa oleh rakyat Sarawak.

Yang paling 'gobar' menunggu keputusan PRN Sarawak kali ini ialah PM Najib kerana keputusan pilihanraya Sarawak nanti akan ada kesan kepada PRU 13 dan BN. Taib Mahmud tidaklah terasa sangat kerana menang atau kalah kepadanya sama saja sebab telah diwar-warkan oleh PM Najib bahawa Ketua Menteri Sarawak akan diganti dengan orang baru sekiranya BN menang.

BN mesti menang besar, menang lebih daripada yang lalu untuk menyakinkan PM Najib bagi mengadakan PRU 13 pada tahun ini. Sekiranya BN Sarawak hanya menang tapi kerusinya kurang dari dulu akan menyukarkan PM Najib untuk mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat.

PM Najib bukan saja 'gobar' takut BN kalah di Sarawak yang lebih merungsingkan PM Najib akibat kekalahan di Sarawak akan menjalar ke semenanjung yang akhirnya boleh mengalahkan BN keselurahan dan menjurus kepada jatuhnya kerajaan BN dalam PRU 13.

Sudahlah Kelantan, Selangor, Kedah, Wilayah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan sekiranya Sarawak pula tumbang adalah menjadi 'signal' kepada BN untuk bersiap-siap bagi menyerahkan kerajaan kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat.

Sekiranya BN Sarawak tidak dapat mempertahankan majoriti yang sedia ada, itu pun boleh menjejaskan kekuatan BN keseluruhannya, kerana dengan cara dan seluruh jentera kerajaan yang ditumpukan dalam PRN Sarawak ini tidak boleh mengurangkan sokongan rakyat kepada PR bermakna angin perubahan untuk melayarkan bahtera PR ke PUTRAJAYA sedang rancak dinantikan oleh rakyat Malaysia.

Selamat mengundi rakyat Sarawak. Masa depan mu sedang berada ditangan mu.

HUBAYA-HUBAYALAH.


No comments: