Thursday, April 16, 2009

EXORA bagus, tapi Pengerusinya Cemar.

Tahniah sepatutnya diberi kepada Datuk Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir, Pengurus Besar PROTO Malaysia oleh seluruh rakyat Malaysia diatas kejayaan Proto mengeluarkan kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dalam masa 18 bulan.

Proto EXORA telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak semalam yang menandakan satu lagi kekuatan rakyat Malaysia kerana pengeluaran product tersebut adalah hasil usaha dan kepakaran 100% rakyat Malaysia.

Hasil pengeluaran EXORA atas kegigihan Datuk Syed Zainal yang berjaya meneraju Proto yang satu ketika dulu hampir-hampir gagal. Walau pun EXORA bukan hanya satu-satu model terbaru proto tapi kejayaan mengeluarkan MPV ini adalah merupakan satu kebangaan kepada rakyat Malaysia.

Kejayaan ini bukan kerana Pengerusi PROTO, Nazmi Salleh, kejayaan ini kerana semangat kerja gigih Datuk Syed Zainal Abidin dengan teamnya di proto sekarang, Nazmi Salleh hanya sekadar Pengerusi yang dilantik atas belas kasihan kerajaan. Nazmi sudah lama tinggalkan proto, kalau diharapkan kepada Nazmi Salleh mungkin proto akan merosuk seperti merosuknya pasukan Badminton Negara yang beliau terajui.

Kegagalan kedua Dato' Najib nanti kerana membiarkan Nazmi salleh terus diberi peranan sebagai Pengerusi Proto, yang akan membimbangkan nanti nasib proto jadi macam MARA HOLDING'S apabila ditukar nama kepada Nadi Corp's, maka pekerja melayu dihentikan kerana lebih melihat kepada untung yang besar daripada mengekalkan pekerja yang sudah lama berkhidmat untuk MARA HOLDING'S.

Macam mana orang yang tidak ada hati perut dilantik sebagai pengerusi dalam syarikat yang dimiliki oleh kerajaan, dimana orang-orang yang bernama Dato' Ibrahim Ali, Aziz Wali, Saharuddin dan beberapa orang lagi yang dulunya ada share dalam MARA HOLDING'S kerana projek pengswastaan tapi sekarang diam membisu. Apakah tidak salah dalam undang-undang sekuriti sekiranya dalam diam share telah bertukar tangan diwaktu tempuh tidak lagi tamat. Saya kurang cerdik dalam bab ini tapi Dato' Ibrahim Ali (Wakil Rakyat Parlimen bebas) tahu luar dalamnya.

1 comment:

Mr. Hazanee said...

saya setuju komen tuan....saya berasal dari negeri yg sama dgn dato nazmi.....Memang saya akui dan sudah lama saya perhatikan yg dato nazmi byk merosakkan biznes terutama biznes org melayu yg telah kukuh....Umpamanya pengambilan anak syarikat bas MARA seluruh Malaysia melalui syarikat Nadi miliknya. Hasilnya Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yg begitu gah seluruh malaysia dulu kini tinggal nyawa2 ikan.
Sebelum diambil Nadi Corp, SKMK mempunyai aset yg kukuh dr segi jumlah kenderaan, tanah dan kecairan wang. Hari ini pergilah lihat dan tanyalah kakitangan lama di sana apa lagi yang tinggal. Sedih rasanya sebagai anak negeri yg berbangga kerana selama ini SKMK begitu kenali antara syarikat bas milik melayu yang terbesar di Malaysia dan sentiasa kehadapan dalam menyediakan perkhidmatan kelas pertama kpd penumpangnya, kini bagaikan bangkai bernyawa. Itu belum diceritakan lagi kisah sadis pekerja lama yg diperlakukan pst hamba oleh majikan baru ini dan penukaran vendor2 melayu kpd bangsa lain sejak nazmi mengambil alih.
Rasa-rasanya layak tak beliau kita agungkan sebagai korporat melayu yg hebat? fikir-fikirlah sendiri..