Thursday, April 16, 2009

Sayang bertompok, benci merata.

Kerajaan yang dibentuk oleh Dato' Najib hari ini akan terus kukuh sekiranya tidak ada sabotaj oleh pegawai-pegawai kerajaan, besar kuasa diperturunkan kepada pegawai-pegawai kerajaan, sekiranya pegawai kerajaan menyokong kerajaan hari ini, pasti kerajaan dibawah kepimpinan Dato' Najib akan kekal memerintah dan akan menang besar dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Kerajaan hari ini tidak dikuasai oleh parti UMNO, pemimpin UMNO hanya menjaga parti dan organisasi parti, pentadbiran negara akan diurus oleh pegawai tinggi kerajaan, yang mana pegawai tersebut mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan memutuskan dasar. Pegawai kerajaan bertanggongjawab melaksanakan kerja yang telah diputuskan oleh kabinet, pegawai kerajaan akan mempastikan nasib rakyat terbela. Jadi terserah kepada pegawai kerajaanlah untuk mencorakkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Kalau pegawai kerajaan kata bahawa kerajaan BN yang didokong oleh UMNO ini tidak bagus, maka pilihanraya yang ke 13 nanti rakyat tidak akan menyokong BN dan UMNO, kerana sebenarnya pegawai kerajaan itu amat berpengaruh untuk memberi pendapat kepada rakyat. Dan sekiranya pegawai kerajaan pula secara terang menyokong parti pembangkang, maka dalam pilihanraya nanti ramai rakyat yang akan ikut pegawai kerajaan yang sokong parti pembangkang dan akan mengakibatkan parti kerajaan hari ini iaitu BN/ UMNO akan kalah dalam pilihanraya.

Oleh itu untuk mempastikan pegawai kerajaan tidak menentang kerajaan dan tidak sabotaj dasar-dasar yang telah diluluskan oleh kerajaan, maka kerajaan hari ini hendaklah menentukan supaya dasar kenaikan pangkat, penempatan diukur melalui merit, prestasi kerja dan senioriti serta HAPUSKAN usaha untuk mengekalkan yang sudah bersara terus disambung kerana ada hubungan kroni dan kasih, jangan menyekat peluang orang lain dengan memberi keistimewaan kepada orang yang sudah pun patut bersara.

Pegawai kerajaan sebenarnya bukan benci kepada parti UMNO, tapi kadang-kadang benci kepada orang-orang UMNO yang mendabik dada, bahawa pegawai kerajaan misti ikut telunjuk mereka manakala peluang kenaikan pangkat tersekat kerana menyambung tugas kepada orang yang sepatutnya bersara. Sementara itu pegawai kerajaan perlu ingat jangan sengaja cari alasan untuk tidak mahu menyokong parti kerajaan, pegawai kerajaan hendaklah jangan amalkan budaya 'sayang bertompok benci merata', nanti orang panggil manusia yang tak mengenang budi.

No comments: