Thursday, April 2, 2009

Batal Permit, Gantong Pemilik?

Sebuah akhbar dengan tajuk 'gantung permit taksi degil' membuat saya berminat untuk memberi sedikit ulasan, yang mana dalam berita itu, JPJ akan membatalkan 612 permit teksi yang melakukan beberapa kesalahan, diantaranya tidak mengunakan meter, enggang mengambil penumpang, mengenakan tambang lebih, mengubahsuai meter, tidak mempamerkan kad pemandu, tidak mempunyai lesen PSV, dan warga negara asing jadi pemandu teksi. Sebenarnya bukan ratusan pemandu teksi yang jahat bahkan ribuan yang melakukan kesalahan terlepas dari tindakan.

Ini semua bukan cerita baru,. cerita lama, tapi JPJ dan kerajaan sengaja tidak mahu mengambil tindakan, kerana yang terlibat itu bukan hak milik syarikat orang miskin, pemiliknya dipunya orang kaya, sebelum dapat permit pemilik itu adalah kenalan baik kepada orang yang berkuasa untuk meluluskan permit tersebut. Siapa orang yang berkuasa itu, cari sendirilah, tak payah disebut-sebut dan yang dapat permit itu bukan hanya satu dua permit saja, bahkan ada yang dapat puluhan dan ratusan.

Inilah satu sebab mengapa kesalahan yang disebutkan itu tidak diambil tindakan oleh pihak JPJ ataupun Lembaga Pelesanan. Maka hari ini kecur cerita JPJ akan ambil tindakan hendak gantong permit teksi yang buat kesalahan. jangan gantong lagi batalkan terus, bukan batal yang itu saja, batal semua permit yang diberi kepada syarikat tersebut walaupun ada hanya satu kesalahan yang dapat ditangkap kerana satu itu sebenarnya menunjukkan syarikat tersebut tahu pemandunya membuat kesalahan.

Yang paling merbahaya, teksi diberi sewa kepada orang asing, dalam hal ini sepatutnya bukan saja pemandu teksi ditangkap dan didakwa pemilik teksi tersebut patut disumbat terus ke dalam penjara, kerana perbuatan itu bukan saja bahaya kepada penumpang tetapi terdedah kepada jenayah berat, seperti rompak, rogol dan bunuh, kerana tentunya orang asing yang berduit tidak mahu bekerja sebagai pemandu teksi, tapi mereka yang jahat tentunya sentiasa mengintai peluang untuk mendapat wang dengan cara mudah.

Dalam hal ini adalah disarankan, sekiranya didapati bersalah, permit teksi itu hendaklah dibatalkan dan tuan punya permit itu patut digantong, bukan permit yang digantong. kerana tuan punya permit itu dah lah dapat nikmat dengan mudah tapi masih lagi melindungi pemandu yang hisap darah orang ramai yang memerlukan perkhidmatan teksi dengan mengenakan tambang ikut suka mereka saja. Jahat sungguh jahat.

No comments: