Sunday, April 12, 2009

Berdamailah kamu, wahai Ahmad Said & Idris Jusoh.

Apa kena dengan politik UMNO Trengganu. Tiba-tiba meletup ada berita mengatakan akan berlaku usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Trengganu, Ahmad Said. Penat lagilah UMNO, baru saja mengalami penderitaan kerana kalah dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau kini sebutir negeri pula nak dihadiahkan kepada pembangkang.

Dan kes di Trengganu ni nak disama pula dengan krisis politik negeri Perak, ini akibat jawapan Ahmad Said kepada media apabila ditanya berkenaan isu undi tidak percaya kepada beliau, Ahmad Said kata hal ini kena tanya Tuanku. Wah Sultan lagi dilibatkan dengan politik UMNO. Ini adalah gambaran yang tidak enak kerana kalau ada saja krisis politk tanahair maka nama Tuanku dilibatkan.

Sudahlah di Perak belum selesai kini di Trengganu pula dikaitkan dengan nama Tuanku. Apakah politik UMNO selama ini dilindungi Sultan-Sultan, sedangkan Sultan adalah payung kepada semua rakyat dalam negara ini tak kira daripada parti politik mana sekali pun. Kenapa nama Sultan hendak dilibat.

Sepatutnya Ahmad Said boleh mengatakan kena tanya Dato' Najib kerana Dato' Najib Presiden Parti yang akan menentukan perlantikan Menteri Besar atas persetujuan Tuanku Sultan, kan manis didengar orang.

Walau apa pun diharapkan supaya usul undi tidak percaya tidak berlaku, kerana sekiranya Wakil Rakyat daripada UMNO yang membawa usul itu maka jatuhlah sebuah kerajaan BN dan sekiranya Tuanku berkenan untuk membuburkan Dewan Undangan Negeri, pada akalnya hilanglah sebutir lagi negeri yang dikuasai oleh BN.

Untuk UMNO dan untuk kestabilan kerajaan dibawah pimpinan Dato' Najib adalah diharapkan Ahmad Said dan Idris Jusoh berdamai, kerana mereka berdua sudah dapat rezeki lebih daripada yang lain, Ahmad Said dah jadi Menteri Besar dan Idris Jusoh dan jadi Pengerusi MARA. ada peluang gomollah jangan dok berkekoh.

No comments: