Monday, April 13, 2009

Ada Duka dalam Suka !!!

Sejak Dato' Seri Najib umumkan Kabinet baru, macam-macam cerita saya dengar daripada macam-macam orang, ada yang suka, ada yang marah, ada yang angguk, ada yang geleng, ada yang senyum dan ada yang masam. Itu tandanya tidak semua orang setuju dengan perlantikan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri itu.

Yang jelasnya kepada tuan yang ampunya diri yang telah dilantik sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri, happy go lucky. Yang sudah jadi Menteri tapi tidak dilantik lagi ataupun istilah kasarnya digugurkan terasa dukacita, dukalara dan terluka dan yang tak tahu apa-apa tiba tiba dilantik sebagai Menteri teramat gembira rasmi yang lebih suka ialah mereka yang bertanding MT kalah tapi dilantik sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Mereka yang menang MT tapi tidak diberi apa-apa rasa terkilan, seakan-akan rekod perjuangannya tidak diiktiraf oleh pucuk pimpinan, kepercayaan yang telah diberi oleh perwakilan tidak diambil kira oleh Perdana Menteri, mereka didalamnya amat kecewa.

Betul kata Dato' Najib, memang susah untuk memuaskan hati semua orang, menunaikan kehendak semua orang. Biarlah Dato' Najib seorang saja yang jadi Perdana Menteri, jangan semua orang nak jadi Perdana Menteri dan melantik orang yang disukai saja jadi menteri kerana perlu pertolongan untuk kaya mudah.

Sudah tentu kepada mereka terutamanya ahli-ahli parlimen yang tidak dilantik oleh Dato' Najib terasa kilan, kerena kenapa mereka tidak dilantik sedangkan orang yang tak jadi ahli parlimen dilantik jadi menteri, atas dasar apa Dato' Najib berbuat demikian, itulah soalan yang saya dengar dari ahli parlimen yang menang MT tapi tidak diberi kepercayaan untuk menjadi menteri, katanya kalau nak dikira kelulusan akedamik dia lebih hebat dengan sesetengah menteri yang dilantik melalui tiket senator itu.

Yang bersuara begitu tidak seorang tapi banyak orang, buka sepuloh tapi lebih daripada sepuluh dan kalau lebih daripada 30 bagaimana?, kalau mereka itu berpakat untuk tidak menyokong Dato' Najib sebagai Perdana Menteri. Hura haralah pula jadinya.

Tapi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan bukan perkara mudah, tapi tidak juga payah apabila ada usaha dan ada kepala terutamanya kepala itu datangnya dari ahli parlimen UMNO. Dan kalau Tengku Razaleigh jadi kepala, perkara payah tentunya akan menjadi mudah, kerana dalam parlimen sekarang orang yang dulunya "team B" masih berbisa.

Apabila gabungan 3 pemimpin melayu ini, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi Awang terpanggil untuk berbincang pembentukan kerajaan baru dan jawatan Perdana Menteri tidak dijadikan kemestian kepada siapa maka dalam masa 6 bulan akan datang berbagai-bagai kejadian akan berlaku. Kerana dalam UMNO sekerang ini ada ahli parlimen yang teramat duka dengan perlantikan jemaah menteri baru.

Saya bukan buat cerita tapi saya dengar dari mereka-mereka yang terluka dan rasa terhina.

No comments: