Wednesday, April 8, 2009

SIAPA MENTERI RASUAH?

Debaran Pilihanraya kecil sudah selesai. Keputusannya kekal seperti dulu, yang BN dulu menang tetap pada BN dan yang Pakatan Rakyat menang tetap PR menang, yang pastinya kerajaan berbelanja wang yang banyak bagi mengadakan pilihanraya kecil itu. Kalau dicampurkan perbelanjaan Kerajaan dengan Parti-Parti yang bertanding, entah berapa puluh juta wang di belanja.


Kini tiba debaran perlantikan Menteri. Esok Dato' Najib akan umumkan siapakan Menteri yang akan bersama-sama beliau untuk mentadbir negara. Dengarnya ada yang digugur dan ada yang kekal dan tak ketinggalan juga ada yang muka baru, Ada gologan muda dan lama, mungkinkah juga ada yang sepatutnya dilantik tapi tidak diberi tempat. Sama-samalah kita dengar berita secara langsung esok jam 3.00 petang melalui semua saluran TV.


Banyak ramalan telah dibuat, yang saya tunggu hanya nak tahu siapa orang kelantan yang akan dilantik oleh Dato' Najib sebagai menteri, kekalkah Dato' Mustapha Mohammad (Tok Pa), Awang Adek dilantikkah, bagaimana dengan muka baru, atau seorang saja yang akan dilantik. inilah yang ditunggu-tunggu oleh orang kelantan.


Apa pun diharap Menteri diera Dato' Najib ini tidak sombong, riak dan takabur, melayan hanya orang yang terpilih, tidak berjiwa rakyat, itulah salah satu sebabnya mengapa rakyat sekarang ini muak dengan kerajaan dan UMNO.


Kalau para menteri tidak ubah sikap dan perangai alamatnya mereka itulah yang sebenarnya bekerja untuk menghancurkan kerajaan dan parti. beberapa nama yang tersimpan di dipejabat Peguan Negera itu jangan lagi lantik. Dan jangan oleh kerana na.k beri jawatan menteri maka sengaja dilantik sebagai senator.


Ujian pertama untuk Dato' Najib besuk ialah bagaimana beliau meletakkan moral pemuda UMNO dimata rakyat, kerana dengan tidak melantik Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam jemaah menterinya bererti Dato' Najib tidak iktiraf pemilihan yang telah dibuat secara demokersi oleh pemuda UMNO Malaysia kerana Khairy (KJ) adalah Ahli Parlimen, lainlah kalau yang tidak menjadi Ahli Parlimen.


Tunggu jawatan yang diberi untuk berkhidmat.

No comments: