Wednesday, June 23, 2010

Indah Alam Dalam Renungan.


Arab saudi dan Kuwait mengalami 'PANAS LUAR BIASA' dimana kepanasan di Arab Saudi dilapurkan meningkat 50 darjah Celcius dan Kuwait 52 darjah Celcius manakala di China pula paras air disebatang sungai di Selatan China telah melimpahi tebing dan mengacam nyawa 145,000 penduduk.

Dunia sekarang mengalami hura hara akibat bencana alam, tidak kira penduduknya berugama Islam atau pun Kafir, semua apa yang berlaku datangnya dari Allah swt, janji Allah, barang siapa yang melakukan kemungkaran akan menerima balasannya sama ada didunia ataupun diakhirat.

Suhu terlampau panas akan mengakibat kematian begitu juga banjir yang menganas akan meragut nyawa manusia, tiap-tiap kali banjir besar kita dipaparkan dengan berita beribu-ribu kematian. Selain daripada bencana alam dunia juga dipamerkan dengan kematian akibat perbuatan manusia yang berkuasa, kini tiap-tiap hari kematian dilapurkan, mereka yang tidak berdosa sama ada kanak-kanak ataupun orang dewasa mati akibat kena bom ataupun peluru senjatapi.

Dunia semakin sempit, jenayah keganasan semakin rancak berlaku, peperangan bersenjata dan peperangan ideal berterusan terjadi, rakyat yang tidak tahu apa-apa jadi mangsa, kerakusan kuasa manusia membuat dunia sudah tidak aman. Tiba-tiba di malaysia ada JI, hotel-hotel mewah bertaraf lima bintang akan jadi tidak selamat, pelancung akan takut untuk datang ke Malaysia, kedudukan ekonomi negara akan terjejas tambahan pula penyakit J.E babi belum terhapus sepenohnya.

Cina mempertikaikan kouta biasiswa pelajaran MARA, Ketua Pemuda MCA salah seorang anggota Kerajaan bersuara tanpa segan silu mengertak Kerajaan, Ibrahim Ali bangkit marah setelah dua tiga hari tidak ada pihak UMNO/BN dan NGO melayu bersuara lantang menentang sikap kurang ajar pemuda MCA itu. Dan lepas ini Ibrahim Ali akan jadi sasaran dituduh anti Cina dan perkauman. Adakah sekali lagi Ibrahim Ali akan di ISAkan kerana mencetuskan suasana yang tidak baik hubungan suara Melayu dan suara Cina.

Slogan 1Malaysia Dato' Najib dipermunahkan oleh Ketua Pemuda MCA salah satu kompenan terbesar BN, tindakan perlu diambil segera supaya jiwa orang-orang Melayu tidak diguriskan dengan propaganda perkauman yang dicetuskan oleh Ketua Pemuda MCA itu. Operasi lalang, Operasi Senyap dan namakan apa saja Operasi supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang cuba mempertikaikan dasar kerajaan yang berteraskan keamanan dan perpaduan.

Supaya kegaitan JI, kegiatan yang mencetuskan perbalahan kaum yang mirip untuk mencetuskan hura hara dalam negara perlu dibendung dari sekarang, sebelum ianya menjadi besar dan parah sehingga tak dapat dibendung lagi. Jangan sampai pasukan UTK digunakan untuk tugas-tugas yang tidak masuk akal sepertimana yang dilakukan terhadap KDYMM Tuanku Sultan Kelantan di depan Istana Mahkota Kubang Kerian tempoh hari.

Kerajaan jangan hanya tahu mendedahkan kegiatan yang akan mencetuskan suasana yang tidak baik berlaku dalam negara, tindakan dan tangkapan hendaklah diuruskan dengan bijaksana supaya orang yang tidak berdosa tidak menjadi mangsa, jangan nanti berlaku ada orang yang disumbat kepenjara ataupun simpang renggam mendapat pampasan kerana tersalah hukum sepertimana yang telah berlaku baru-baru ini.

Dan apa yang didengar, ramai rakyat menanti bulan September 2010, apa yang akan berlaku dalam Pasukan Polis Di Raja Malaysia termasuk juga pegawai-pegawai polis yang sekarang ini lesu untuk bertugas. Insya Allah selepas bulan September nanti semangat anggota pasukan polis untuk berkhidmat kepada negara akan lebih cemerlang dan bertanggongjawab.

No comments: