Monday, June 28, 2010

Serupa tapi tak sama.

ulama muda serah borong masuk UMNO.

YAB Dato' Sri Mohd Najib ,Presiden UMNO kata, kemasukan 40 orang ulama muda kedalam UMNO tidak akan menjadi sebagai parti yang ekstream terhadap perjuangan Islam. Sebaliknya penyertaan itu membuktikan bahawa dasar perjuangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam dalam negara ini diiktiraf oleh mereka.

Manakala Sahidan Kassim pula telah membuat kenyataan akan mendakwa sesiapa saja yang mengatakan beliau adalah pengikut WAHABI. Sahidan dilihat bersama-sama dengan mereka yang digelarkan ulama muda semasa menyerahkan borong keahlian UMNO kepada Dato' Sri Najib.

Harap-harap ulama muda tersebut bukanlah pengikut wahabi nanti takut UMNO akan diterjah oleh orang-orang yang mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan nama UMNO supaya rakyat meninggalkan perjuangan UMNO.

Satu ketika dulu UMNO dikaitkan dengan satu fahaman yang dinamakan 'FREEMASON' yang mengambarkan satu pertubuhan yang tidak boleh diterima oleh ahli-ahli UMNO, jangan nanti UMNO pula diselubungi oleh golongan pengikut wahabi yang juga boleh menyebabkan UMNO akan hilang sokongan.

Wahabi dan Freemason adalah sifat yang berlainan tapi kedua-duanya tentu tidak disenangi oleh kebanyakan ahli-ahli UMNO dan kedua-duanya ada hitungan masing-masing dan ada pengaruh diperingkat antarabangsa. Di Malaysia hari ini sudah tidak kedengaran kegiatan Freemason tapi tiap-tiap hari akhbar melapurkan perkataan wahabi.

Bagaimana pula dengan JI adakah ianya sudah menyerap dalam UMNO atau dalam PKR ataupun dalam PAS selain apa yang dilapurkan bahawa kumpulan JI sudah mula mahu bertapak di Malaysia. Antara JI, Freemason dan Wahabi yang manakah paling bahaya terhadap keselamatan negara.

1 comment:

Unknown said...

harap 40 kalau benar 40 ulama muda
(yg sebenar kalau di negera2 arab orang tidak mengelar diri sendiri
sebagai ulama atau merelakan diri
digelar dgn ulama kerana itu melamb
angkan riak iaitu sifat yg burok mengikut ilmu tasawoof)bukan nya dari mazhab wahabi tetapi
mengikut sumber2 dari umno mereka termasok dlm golongan reformis atau
mujadidin atau salafi atau dgn nama lain adalah wahabi atau wahabiin.
yg berpegang kpd mazhab hambali. jadi secara jelas mereka adalah wahabi kecil sesuai dgn biah atau
suasana di malaysia yg bermazhab
kan mazhab shafei.mereka tidak suka kpd apa yg diamal di malaysia seperti doa beramai2 selepas sebahyang,talkin,maulud dgn berzanji, tungu kubor kalau di kelantan,kunuk selepas sembahyang subuh.dan banyak lagi perkara2 dlm
ibadat,tentang politik mereka terlatih di universiti kelolaan kerajaan dan tidak lah terkenal dgn pergaulan atau bergiat dlm organisasi massa di negara2 arab
maka jangan bimbang kpd mereka dari segi politik nya, mereka kurang pengalaman hatta kalau bercakap arab pon mereka tidak lah fasih sangat.oleh itu sesuailah mereka masok umno utk belajar berpolitik,
bagi ahli2umno jangan lah fobia terhadap mereka,kerana mereka tidak radikal.