Friday, June 25, 2010

UMNO 6 + 21 = 27 bolehkah?

Tan Sri Hamad Kama Piah

Sekiranya betul 21 kerusi DUN PAS di Kelantan tidak selamat sepertimana yang diperkatakan oleh blogger Mohd Sayuti Omar (MAS), maka UMNO sudah boleh memasang angan-angan untuk menubuhkan Kerajaan di kelantan pada piliharaya umum ke 13 nanti.

Penubuhan Kerajaan UMNO di Kelantan kelak tidak sepertimana penubuhan kerajaan pada 20tahun lalu, yang mana UMNO terpaksa berhempas pulas menyakinkan rakyat bahawa kerajaan PAS dibawah pimpinan Allahyarham Ishak Lotpi melakukan penyalahgunaan kuasa dan pembahagian kawasan balak kepada taukeh cina dengan banyaknya yang menyebabkan rakyat menolak PAS, kali ini rakyat akan memilih batang tubuh orang yang mampu mentadbir negeri.

Mengangkat Allahyarham Mohamed Nasir sebagai pemimpin yang bersih dan berjurus dari kalangan orang PAS sendiri adalah senjata utama, sehingga kerajaan PAS tumbang kerana perbalahan sesama sendiri yang mana peranan Tan Sri Husein Ahmad selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan pada waktu itu tidak boleh dinafikan.

UMNO akan menang mudah pada pilihanraya ke 13 nanti sekiranya PAS akan terus leka dengan kemenangan selesa yang dikecapi pada hari ini, tambahan pula apabila Tok Guru Nik Aziz akan bersara dari menerajui kerajaan kelak, tiada tokoh PAS yang boleh menyamai Tok Guru Nik Aziz.

Kini rakyat kelantan telah bersedia untuk menolak PAS sekiranya UMNO dapat menyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang akan dibentuk nanti diterajui oleh orang yang bersih dan amanah yang mempunyai sifat penyayang dan akhlat mulia. Tapi sekiranya UMNO gagal menonjol tokoh yang dapat diterima oleh rakyat maka letaklah siapa saja orang PAS yang akan mengganti Tok Guru Nik Aziz ia tetap akan disokong dan diberi kepercayaan oleh rakyat kelantan.

Mejoriti rakyat kelantan hari ini bukan fanatik kepada sesebuah parti, mereka tidak kira sama ada PAS, UMNO atau PKR yang akan memerintah tapi mereka mahu melihat bahawa orang yang akan menjadi Menteri Besar nanti adalah orang yang boleh diharap, bersifat jujur dan amanah. Siapakah orang itu?.

Salah seorang anak kelantan yang berjaya ialah Tan Sri Hamad Kama Piah, yang terbukti mampu mengurus harta rakyat, jujur dan amanah yang belum ada isu-isu yang memudaratkan kepentingan melayu. Beliau adalah President & Group Chief Executif Amanah Saham Nasional Berhad (ASN). Beliau layak diberi tanggongjawab untuk mengurus kerajaan lagi pun beliau tidak bermusuh dengan orang PAS, PKR ataupun UMNO.

Mentadbir negeri tidak semestinya dari kalangan pemimpin parti yang kanan dalam mana-mana parti, asalkan dia boleh diterima oleh sebilangan besar rakyat dan ada wawasan yang baik untuk rakyat dan negeri. Oleh itu pada pilihanraya yang ke 13 nanti sama ada dari PAS ataupun dari UMNO, orang seperti Tan Sri Hamad Kamal Piah adalah calun yang terbaik untuk memajukan negeri kelantan.

Rakyat kelantan menunggu perubahan besar dalam pentadbiran kerajaan kerana rakyat kelantan juga bercita-cita supaya negerinya akan menjadi sebuah negera maju dan makmur seperti negeri Selangor dan Melaka. Tak kiralah parti mana yang akan memerintah.

Apakah UMNO telah bersedia?.



No comments: