Thursday, June 3, 2010

Pemuda jangan hilang fokus !

KJ

Pemuda UMNO telah terpesong daripada perjuangan asal sekiranya soal perlantikan Khairy Jamaluddin dijadikan agenda mendesak YAB Dato' Seri Najib supaya melantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu kejawatan Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Tidak patut berlaku dalam kedewasaan UMNO ini soal jawatan dalam Kerajaan dijadikan sebab untuk mengkritik pucuk pimpinan, kerana jawatan dalam Kerajaan bukanlah menjadi wadah utama dalam perjuangan UMNO untuk menegakkan keadilan dan keamanan.

Banyak isu-isu lain yang boleh Pemuda UMNO menjadi pendesak kepada Kerajaan untuk menjaga keutuhan parti dari dijahnamkan oleh dasar-dasar yang tidak mengutungkan parti dan Kerajaan, seperti pemberian lesen judi, mengurangkan subsidi, rasuah dikalangan pembuat dasar dan menyambung perlantikan pembesar dalam kerajaan sehingga menutup peluang orang lain naik pangkat.

Bersuara secara terbuka apa yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri dalam menyusun barisan kabinet untuk mentadbir negara dibawah kepimpinannya adalah jalan yang salah telah dilakukan oleh barisan pemuda UMNO itu, kerana YAB Perdana Menteri tahu pada masa bila dan diwaktu mana yang sesuai seseorang itu patut dilantik ataupun tidak. Tak kira orang itu berjawatan tinggi dalam parti ataupun belum menjadi ahli parti, pokoknya YAB mahu barisan Menteri dan Timbalan Menteri dibawahnya boleh melaksanakan tugas ikut selera keputusan jemaah menteri.

Saya percaya YAB Perdana Menteri ada perhitungan yang lojik kenapa beliau belum melantik YB. Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kedalam barisan kabinetnya buat masa ini. YAB Perdana Menteri tentunya mahu apabila beliau membuat pilihan tidak akan ada suara sumbang akan mengiringi keputusan yang beliau buat nanti.

Rombakan kecil kabinet yang dilakukan sahari dua ini adalah untuk memenuhi selera kompenan BN yang masih belum reda dalam rumahtangga MCA dan MIC dan tentunya akan tiba masa pembersihan dalam jemaah menteri nanti apabila sampai masanya kelak.

Hanya apa yang perlu ahli-ahli UMNO buat ialah berdoa supaya YAB Perdana Menteri dapat kekuatan bagi menyusun semula Menteri Kabinetnya dan membuat pembersihan supaya Menteri yang tidak menempati inspirasi rakyat hendaklah digugurkan dan diganti dengan mereka yang mendapat sokongan dan dokongan ahli-ahli parti termasuklah tidak mencicirkan nama YB. Khairy Jamaluddin supaya suara orang muda dalam UMNO dan diluar UMNO akan berbahagia.

Khairy (KJ) perlu berada dalam kabinet Dato' Seri Najib bagi mengelakkan berlaku fitnah dan tohmah kononnya hubungan mereka berdua tidak rapat sepertimana rapatnya Dato' Seri Najib dengan Mukhris Mahathir. Wal hal kedua-dua pemuda itu adalah aset kepada UMNO dimasa yang akan datang.

1 comment:

Unknown said...

lantik menteri gula.