Friday, June 11, 2010

Kelantan tak dapat lebuhraya?

Saya banyak menerima e-mail menyokong keluhan YB. Datuk Haji Alwi Che Mat terhadap kepayahan untuk mendapat kelulusan projek membantu rakyat terutamanya projek PPRT yang ada hubungan rapat dengan rakyat yang miskin.

Nampaknya bukam Alwi saja menghadapi situasi yang demikian, ramai lagi wakil rakyat yang senasib dengan Alwi bukan saja permohonannya tidak diluluskan bahkan cadangan yang diajukan ditukar kulit oleh pihak-pihak tertentu.

Walau bagaimana pun nampaknya keluhan wakil-wakil rakyat yang senasib dengan Alwi akan terubat dengan pembentangan RM 10 oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak diparlimen semalam sekiranya ia menjadi kenyataan dan pihak yang diberi tanggongjawab dapat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Ratusan Billion ringgat budjet yang diumumkan semalam adalah semata-mata untuk merangsangkan ekonomi negara dan menaikkan taraf pendapatan rakyat bagi menjamin masa depan negara dan rakyat supaya tidak akan muflis serta rakyat akan dapat mengecap nikmat hidup yanag berterusan tanpa berisiko akan menhadapi hari-hari gelap dimasa yang akan datang.

Yang tidak wajar dalam pembentangan tersebut apabila Perdana Menteri mengumumkan pembinaan lebuhraya pantai timur yang hanya dihentikan setakat negeri Trengganu dari Kuantan Pahang tidak diteruskan ke Kelantan. Sedangkan rakyat Kelantan sedang menanti lebuhraya terus dari Kelantan ke Kuala Lumpur melalui Trengganu dan Pahang.

Apa salahnya lebuhraya disambung ke Kelantan kerana wang royalti minyak yang dituntut oleh rakyat Kelantan masih banyak, gunakanlah wang tersebut untuk membangunkan Kelantan termasuklah memyambung lebuhraya pantai timur tersebut. Rakyat Kelantan yang menyokong UMNO tidak akan terasa kecil hati sekiranya wang royalti mintak tidak diberi kepada Kerajaan Kelantan tapi biarlah wang itu diguna untuk menafaat keselurahan rakyat jelata tanpa mengira fahaman politik.

Jangan biarkan keluhan seperti yang disuarakan oleh Alwi itu akan terus bersambung dan menjadi pula keluhan seluruh rakyat kelantan yang telah sedar akan kesilapan masa lalu dan sekiranya kerajaan terus mengabaikan kehendak rakyat Kelantan yang sudah bertekad untuk menyokong Kerajaan Pusat maka usaha Dato' Mustapha Mohamed untuk membentuk sebuah Kerajaan BN dikelantan tidak kesampaian.

Kita tunggu komen daripada wakil rakyat BN di Kelantan dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kelantan berhubung dengan pembinaan lebuhraya pantai timur yang dibentengkan oleh YAB Perdana Menetri di parlimen semalam.

No comments: