Thursday, June 10, 2010

Keluhan seorang Wakil Rakyat UMNO.

Salam 1Malaysia: Dalam segelintir pihak beria2 benar sambut kepulangan "wira2" ke Gaza ini, UMNO/BN janganlah lupa tanggungjawab & kebajikan rakyat Malaysia didepan mata, janganlah lupa pengundi-pengundi yang akan mengundi dalam Pilihanraya Umum & Pilihanraya Kecil ini, yang nyata bukan rakyat Palestin yang akan menentukan nasib UMNO/BN dimasa hadapan.

Fikir-fikirkanlah nasib anak bangsa dulu, bukannya apa, kadang-kadang meluat tengok yang terlalu dramatik niiii, sedih gak bila memikirkan payahnya nak dapat kelulusan rumah PPRT untuk rakyat kawasan saya....alwi.

Itulah luahan hati seorang pemimpin UMNO yang kini memegang amanah rakyat selaku wakil rakyat dan menjadi Ketua Pembangkang di Kelantan. Apa dah nak jadi dengan menteri yang bertanggongjawab bagi membela nasib rakyat yang miskin sehinggakan permohonan seorang wakil rakyat diabaikan untuk mendapat peruntukan bagi membina rumah PPRT untuk rakyat yang miskin dikawasan Ketua pembangkang, Bukannya minta projek nak masuk poket.

Inilah satu contoh yang boleh mengakibatkan sokongan rakyat akan lari dari terus menyokong UMNO/BN, kerana kepada Wakil rakyat UMNO pun pihak kerajaan tidak peduli dan tidak menunaikan permintaan untuk membantu rakyat yang miskin bagaimana pula rakyat jelata yang tidak ada apa-apa jawatan dan tidak kenal langsung para pembesar negara akan dilayan.

Nampaknya tanggongjawab kerajaan 1Malaysia, rakyat didahulukan akan tinggal sebagai kenangan kerana untuk mendapat layanan seperti apa yang disuarakan oleh YB. Datuk Haji Alwi Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Ketereh yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri kelantan sepetilah 'Jauh Panggang Dari Api'. minta dijauhkan.

1 comment:

Unknown said...

memang betul keluhan tok alwi, saya sendiri mengalami nya. kita ni di buat mcm sampah, kehulu kehilir mohon bantuan, bukan untuk saya sahaja tapi utk seluruh petani miskin. dapat idea saya, kerajaan buat utk mereka sendiri... inilah sikap mana2 parti... yg ingin tonjol diri sendiri walaupun idea orang lain,..............