Wednesday, June 30, 2010

Gambar kepada Zulkifli Noordin.


Bagi mereka yang berminat, sila hantarkan resume berserta gambar ukuran passport (dalam bentuk hard copy) (samada secara pos atau hantar tangan) ke alamat:
Tetuan Zulkifli Noordin & Associates
Tingkat 7, Wisma Yakin
Jaloan Masjid India
50100 Kuala Lumpur.

Itulah yang ditulis dalam blog oleh YB. Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru yang menang pilihanraya umum ke 12 lalu atas lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tapi kini telah istihar dirinya menjadi wakil rakyat bebas.

Resume itu akan dihantar kepada sebuah hotel yang mempunyai beberapa rangkaian dalam negara yang lebih menjurus kepada "Syariah Compliance" menawarkan pekerjaan kepada graduan kelulusan pengajian tinggi Islam lelaki atau perempuan dengan jawatan eksekutif. tulis beliau.

Ini adalah usaha yang baik bagi kerja kebajikan yang dilakukan oleh YB. Zulkifli Nordin kerana selain daripada ini mungkin ada lagi khidmat yang lebih menyeronokan yang diusahakan oleh beliau. Saya difahamkan seorang penulis blog lebih arif kerja kebajikan yang dilakukan oleh YB ini terutamanya menyukakan hati kawan-kawan.

Jangan nanti Resume dan gambar yang dihantar nanti akan jadi milik peribadi terutamanya gambar-gambar. kerana beliau hebat orangnya bermain politik. Tunggu komen MSO.

Siapa biadap?


Walau pun pasukan Jepun tidak layak ke suku akhir bolasepak piala dunia tapi kemampuannya bertahan sehingga tamat masa tambahan itu menunjukkan pasukan yang dibina dapat menunjukan bagaimana satu team walaupun tidak kuat tapi dapat bertahan kerana semangat berpasukan.

Kalah tetap kalah walaupun dengan sepakan pinalti, itulah demokerasi dalam perlawanan bolasepak, begitulah dengan keputusan pilihanraya kecil di Selangor dan di Serawak baru-baru ini.

Hakikatnya, seperti yang telah disuarakan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau di perlimen semasa membentang RMK 10, beliau mengajak semua lapisan masyarakat tak kira fahaman politik hendaklah bersama dalam pasukan Malaysia bagi menjayakan kehebatan negara dimasa yang akan datang.

YAB Perdana Menteri mengambil contoh pasukan bolasepak sabagai pasukan kerja kerana sukan bolesepaklah yang dapat dijadikan iktibar supaya tidak berlaku ketirisan dalam menjayakan satu-satu rancangan negara.

Semuanya perlu kuat kerja, komited dan tidak cah keting, yang patut jaga gol, jaga gol lah dia jangan pula nak jadi pemain tengah nak sumbat gol, takut-takut nanti tersumbat gol sendiri. Begitu jugalah dengan Menteri, jagalah Kementerian masing-masing jangan ada Ketua Setiausaha lebih berkuasa daripada menteri akibatnya Kementerian tersebut akan jadi cacamarba.

Pelik dan bertambah pelik dan sulit sekiranya Menteri tak dapat membuat keputusan di Kementeriannya, Ketua Setiausaha boleh mengarahkan menteri agaknya untuk buat itu boleh dan buat ini tak boleh, tapi Ketua Setiausaha boleh buat apa saja dan Menteri terpaksa akur.

Wahai kerajaan negeri ku, kembalilah kepada asal yang mana menteri berkuasa penuh menjaga kementeriannya serta berkuasa membuat keputusan, jangan pula menteri terpaksa menunggu persetujuan Ketua Setiausaha baru boleh buat keputusan. Sekiranya ini berlaku maka kehendak YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan satu pasukan yang kuat akan lumpuh.

Kerana Captain bola tak boleh buat keputusan sendiri untuk menyumbat gol kerana terpaksa dulu berbincang dengan penjaga gol, maka bola yang sudah berada dikaki disambar oleh pihak lawan akhirnya. Kalahlah pasukan itu dan begitulah akan terjadi kepada BN sekiranya menteri yang diamanah secara percuma oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib tak mampu membuat keputusan sendiri dan sebenarnya tak tahu nak mengunakan kuasa yang ada ditangannya.

Apakah sengaja dilakukan hanya untuk digambarkan bahawa menteri itu bersih, sedangkan untuk kroninya Ketua Setiausaha terpaksa akur diatas kehendak menteri.

Tuesday, June 29, 2010

Menteri memusnahkan harapan Najib?

YAB Perdana Menteri ajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama beliau unutk memacu kejayaan dan ingin meletakkan negara malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dan dihormati oleh dunia. Misi YAB Dato' Sri Mohd Najib itu jelas bahawa rakyat diminta bersatu untuk membangunkan negara dan mengelakkan pertembongan yang sia-sia.

Kaum cina suka apabila melihat dua orang tokoh melayu bertembong secara terbuka dan kata-mengata yang tidak menguntungkan bangsa dan negara. cabar mencabar diantara Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dan Khairy Jamaluddin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang kedua-duanya menerajui pertubuhan Melayu amat-amat memalukan.

Dalam memperjuangkan memertabatkan bangsa, fahaman politk hendaklah diasingkan, melayu harus bersatu dizaman bangsa lain mengodamkan melayu secara diam dan terbuka, keangukahan bangsa lain yang mempertikaikan tuntutan perlembagaan malaysia harus disekat yang mana pemimpin melayu khasnya yang berjawatan mewakali rakyat hendaklah bergabung untuk mempertahankannya.

Bukan untuk mendabik dada bagi menegakkan perkara yang tidak menguntungkan bangsa dan negara dan dalam Islam bermaaf-maafan itu dianjurkan supaya ujud satu kedamaian dan keharmonian oleh itu Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin sekiranya mereka adalah pejuang bangsa dan Islam, bermaaf-maafanlah sebelum mengambil masa yang lama takutnya mangkin lama mangkin jauh silauturahimnya.

Begitu juga dengan Menteri-Menteri yang diberi kepercayaan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib, layanlah sahabat, rakan dan rakyat sepertimana mereka belum menjadi menteri, seperti mana mereka belum menjadi pemimpin parti peringkat tertinggi. Kini nampaknya mereka itu lebih banyak mengelak diri dari ditemui oleh sahabat,rakan dan rakyat. Nak kata sibuk nampaknya ada masa bermain golf, minum di coffe haose dan lounge dan membeli belah.

YAB Perdana Menteri akan disukai oleh rakyat sekiranya orang harapan Perdana Menteri menunjukkan sikap ramah seperti Perdana Menteri terutamanya Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik atas ihsan YAB Perdana Menteri dan rakyat akan muak kepada Perdana Menteri sekiranya Menteri Menteri dan Timbalan Menteri mengamalkan bidalan 'Sayang bertompok, benci merata'. Ekoran inilah nanti yang akan mengakbitkan rakyat akan menolak kerajaan yang sedia ada.

Saya baru saja mengalami pengalaman yang mana Setiausaha Politik Menteri yang juga Naib Presiden UMNO tak mahu angkat telepon. Wah..... angkuhnya.

Monday, June 28, 2010

Serupa tapi tak sama.

ulama muda serah borong masuk UMNO.

YAB Dato' Sri Mohd Najib ,Presiden UMNO kata, kemasukan 40 orang ulama muda kedalam UMNO tidak akan menjadi sebagai parti yang ekstream terhadap perjuangan Islam. Sebaliknya penyertaan itu membuktikan bahawa dasar perjuangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam dalam negara ini diiktiraf oleh mereka.

Manakala Sahidan Kassim pula telah membuat kenyataan akan mendakwa sesiapa saja yang mengatakan beliau adalah pengikut WAHABI. Sahidan dilihat bersama-sama dengan mereka yang digelarkan ulama muda semasa menyerahkan borong keahlian UMNO kepada Dato' Sri Najib.

Harap-harap ulama muda tersebut bukanlah pengikut wahabi nanti takut UMNO akan diterjah oleh orang-orang yang mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan nama UMNO supaya rakyat meninggalkan perjuangan UMNO.

Satu ketika dulu UMNO dikaitkan dengan satu fahaman yang dinamakan 'FREEMASON' yang mengambarkan satu pertubuhan yang tidak boleh diterima oleh ahli-ahli UMNO, jangan nanti UMNO pula diselubungi oleh golongan pengikut wahabi yang juga boleh menyebabkan UMNO akan hilang sokongan.

Wahabi dan Freemason adalah sifat yang berlainan tapi kedua-duanya tentu tidak disenangi oleh kebanyakan ahli-ahli UMNO dan kedua-duanya ada hitungan masing-masing dan ada pengaruh diperingkat antarabangsa. Di Malaysia hari ini sudah tidak kedengaran kegiatan Freemason tapi tiap-tiap hari akhbar melapurkan perkataan wahabi.

Bagaimana pula dengan JI adakah ianya sudah menyerap dalam UMNO atau dalam PKR ataupun dalam PAS selain apa yang dilapurkan bahawa kumpulan JI sudah mula mahu bertapak di Malaysia. Antara JI, Freemason dan Wahabi yang manakah paling bahaya terhadap keselamatan negara.

Sunday, June 27, 2010

Reaksi pinjaman TEKUN.

Dat0' Siti Nurhaliza & Dato' K.
Dibawah ini saya siarkan 'komen' daripada pembaca yang memberi reaksi segera untuk kita hayati bersama. Amatilah tulisan beliau ini bukan hanya sekadar membaca tulisan tapi sekiranya ada yang bermenafaat tolong ajukan kepada pihak-pihak terbabit. Salam dari newkk.

Bab pinjaman peniaga kecil terutama nya golongan bumiputera kerajaan hanya banyak bercakap dari melaksanakan. sana sini ada bantuan..bila pergi AMPEH..Saya bercakap berdasarkan fakta. bila perfi MARA..depa cakap dana dah tak ada. Kerajaan tak ada duit..bila pergi TEKUN..nak kena jumpa puak-puak UMNO ambik sain..nak jumpa puak-puak ni bukan nya senang..nak kena tukar alamat ler..itu ini..banyak sangat syarat yang mengarut..Ini yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN..Buat slogan memang senang tapi kalau tak dilaksanakan tak ada faedahnya. Harapkan TV terjerit sana sini melaungkan 1 Malaysia..Saya antara golongan peniaga kecil yang dah putus asa untuk membuat pinjaman baik dari Bank mahupun dana kerajaan. Semua nya mengarut..Cakap jer lebih..Perlaksanaan tak ada..Kenapa ramai orang melayu terjebak dengan Ah Long..sebab benda2 macam ni..modal tak cukup..nak besarkan perniagaan tak ada sumber kewangan..Last2 cari ah long..tu yang paling senang..Bila banyak kes ah long baru la kerajaan terjerit sana sini mempersalahkan ah long..Kalau la siti boleh mendapat pinjaman dari TEKUN memang bangang la pentadbiran TEKUN..orang yang dah digelar jutawan boleh diberi kemudahan macam ini..Suka hati depa la sebab mereka ada kuasa untuk meluluskan nya..Kalau begini cara kerajaan melaksanakan sesuatu dasar..maka saya yakin akan hanyut la kerajaan pimpinan UMNO masa hadapan.. Jangan salah kan kami kenapa tidak menyokong kerajaan tapi renungkan balik apa yang telah dibuat kerajaan selama ini dalam membantu golongan berpendapatan rendah terutama nya orang melayu.Mana PERKASA, mana NGO yang memperjuang kan nasib orang melayu? Kepada NGO yang melabelkan mereka memperjuang golongan melayu jangan jadi macam semut. Bila ada kes yang besar2 semua nya kerumun nak kan glamour..semua nya pandai bercakap..tapi AMPEH.Saya adalah salah seorang pengungjung yang membaca tulisan saudara setiap hari..kepada saudara..tulis lah sesuatu isu itu dengan ikhlas..tidak menyebelahi mana-mana pihak..RAKYAT TAHU MEMBEZAKAN NYA...(Permatang).

Saturday, June 26, 2010

Siti Nurhaliza dapat pinjaman TEKUN?


Datuk Siti Nurhaliza

Kalau betul sungguhlah kata Azli Shukri dalam blognya bahawa Dato' Siti Nurhaliza, Penyanyi Comel Loten itu membuka perniagaaanya product 'Simply Siti' itu mendapat pinjaman daripada TEKUN, maka Siti adalah tergolong daripada salah seorang orang yang bernasib baik kerana mendapat kemudaan yang disedia oleh kerajaan.

Kerana telah terbukti begitu ramai orang yang berjaya dalam perniagaannya hasil daripada bantuan kerajaan untuk membantu peniaga kecil melalui TEKUN, walau pun ribuan lagi peniaga kecil yang tidak dapat mengecapi bantuan pinjaman melalui TEKUN itu kerana permohonannya ditolak.

Siti Nurhaliza adalah insan yang bernasib baik, selain dianugerah rupa paras yang cantik dan comel, beliau juga mempunyai suara yang diminati oleh berjuta manusia tambahan lagi dapat suami yang kacak lagi kaya seperti Datuk K dan ditambah pula mendapat pinjaman daripada TEKUN yang bayaran baliknya rendah walaupun Siti Norhaliza adalah seorang wanita yang boleh digelarkan perempuan juatawan.

Apabila saya pulang ke kampung salah satu yang mejadi rintihan peniaga kecil ialah kerana tidak cukup modal untuk memperbesarkan perniagaan, pinjam bank susah kerana mahu cagaran sedangkan sekiranya peniaga kecil itu ada harta bertimbun meraka tidak akan minta pinjaman kerana orang kampung tidak suka meminjam bercagar. Begitu juga dengan pinjaman TEKUN ataupun agensi lain sukarnya untuk mendapat pinjaman.

Oleh itu saya syorkan kepada peniaga-peniaga kecil tak kira dikampung atau pun dibandar mulai hari ini pergilah buat pinjaman di TEKUN kerana tak mungkin TEKUN akan menolak pinjaman daripada peniaga kecil yang tidak cukup modal kerana miskin sedangkan kepada Siti Nurhaliza yang kaya raya mendapat pinjaman TEKUN.

Kalau boleh didedahkan, berapa agaknya TEKUN telah meluluskan pinjaman kepada Siti Nurhaliza itu (tidak mungkin rm10,000 saja) dan diharap kecemerlangan dan kehebatan Siti Nurhaliza berusaha untuk mendapat pinjaman daripada TEKUN itu akan dijadikan asas untuk peniaga kecil yang tidak cukup modal membuat pinjaman daripada TEKUN dan mendapat kelulusan sama banyak seperti mana yang TEKUN luluskan kepada Siti Nurhaliza.

Semuga TEKUN meluluskan pinjaman tidak memilih bulu dan tidak mensakatkan kerana fahaman politik.


Friday, June 25, 2010

E-Mail dari Abang. 'Complain lagi'

Gelanggang Tenis di Kota Bharu

Sdra newkk,
Berita 'penswastaan' gelanggang tennis tersebut diatas telah menggemparkan sebahagian masyarakat d Kota Bharu.Apa tidak menggemparkan, faciliti yang telah memberi khidmat kepada hampir seluruh masyarakat tenis di Kota Bharu akan 'hilang' buat selama-lamanya, jika sesuatu langkah positif diambil dari sekarang.

Deraf Pembangunan untuk mengambil alih dan menggantikan gelanggang tenis, khabarnya juga telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Pemaju yang telah berjaya melaksanakan projek ini sedang berangan-angan untuk mendapat keuntungan yang agak lumayan, apabila segala-galanya 'beres' nanti.
Khabarnya juga, tapak gelanggang tenis ini akan digantikan dengan kompleks Kentucky Fried chicken (KFC). KFC telah bersetuju, mengikut satu sumber, untuk menyewa tapak ini dengan sewaan RM25,000.00 sebulan. Berbanding dengan pemaju yang hanya menyewa dengan kadar RM5,000.00 sebulan!! Dari segi arithmetik mudah, pemaju, tanpa berkerja keras, mendapat 'keuntungan' sebanyak RM20,000.00 sebulan!!!

Kerajaan Kelantan yang berprinsipkan Islam, tidak sepatutnya bersetuju dan meluluskan cadangan sebegini. Pertama, ia sudah 'deprive' segala kemudahan riadah pencinta tennis di Kelantan.Jangan ikut sangat kehendak serta kemahuan para pedagang dan kaum kapitalis. Puak ini akan memikirkan apa saja asalkan mendapat keuntungan.

Kedua, sebagai konglomerat sebesar KFC, mereka berkemampuan untuk mencari tapak lain untuk perniagaan mereka.
Ketiga, kerajaan pimpinan PAS Kelantan, sepatutnya lebih 'mesra rakyat' dan sepatutnya memikirkan kehendak rakyat dan senantiasa bersama-sama memenuhi aspirasi rakyat.

Adalah di sarankkan kerajaan PAS Kelantan menkaji semula kelulusan pembangunan gelanggang tenis ini demi kesejahteraan rakyat Kelantan seluruhnya.





UMNO 6 + 21 = 27 bolehkah?

Tan Sri Hamad Kama Piah

Sekiranya betul 21 kerusi DUN PAS di Kelantan tidak selamat sepertimana yang diperkatakan oleh blogger Mohd Sayuti Omar (MAS), maka UMNO sudah boleh memasang angan-angan untuk menubuhkan Kerajaan di kelantan pada piliharaya umum ke 13 nanti.

Penubuhan Kerajaan UMNO di Kelantan kelak tidak sepertimana penubuhan kerajaan pada 20tahun lalu, yang mana UMNO terpaksa berhempas pulas menyakinkan rakyat bahawa kerajaan PAS dibawah pimpinan Allahyarham Ishak Lotpi melakukan penyalahgunaan kuasa dan pembahagian kawasan balak kepada taukeh cina dengan banyaknya yang menyebabkan rakyat menolak PAS, kali ini rakyat akan memilih batang tubuh orang yang mampu mentadbir negeri.

Mengangkat Allahyarham Mohamed Nasir sebagai pemimpin yang bersih dan berjurus dari kalangan orang PAS sendiri adalah senjata utama, sehingga kerajaan PAS tumbang kerana perbalahan sesama sendiri yang mana peranan Tan Sri Husein Ahmad selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan pada waktu itu tidak boleh dinafikan.

UMNO akan menang mudah pada pilihanraya ke 13 nanti sekiranya PAS akan terus leka dengan kemenangan selesa yang dikecapi pada hari ini, tambahan pula apabila Tok Guru Nik Aziz akan bersara dari menerajui kerajaan kelak, tiada tokoh PAS yang boleh menyamai Tok Guru Nik Aziz.

Kini rakyat kelantan telah bersedia untuk menolak PAS sekiranya UMNO dapat menyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang akan dibentuk nanti diterajui oleh orang yang bersih dan amanah yang mempunyai sifat penyayang dan akhlat mulia. Tapi sekiranya UMNO gagal menonjol tokoh yang dapat diterima oleh rakyat maka letaklah siapa saja orang PAS yang akan mengganti Tok Guru Nik Aziz ia tetap akan disokong dan diberi kepercayaan oleh rakyat kelantan.

Mejoriti rakyat kelantan hari ini bukan fanatik kepada sesebuah parti, mereka tidak kira sama ada PAS, UMNO atau PKR yang akan memerintah tapi mereka mahu melihat bahawa orang yang akan menjadi Menteri Besar nanti adalah orang yang boleh diharap, bersifat jujur dan amanah. Siapakah orang itu?.

Salah seorang anak kelantan yang berjaya ialah Tan Sri Hamad Kama Piah, yang terbukti mampu mengurus harta rakyat, jujur dan amanah yang belum ada isu-isu yang memudaratkan kepentingan melayu. Beliau adalah President & Group Chief Executif Amanah Saham Nasional Berhad (ASN). Beliau layak diberi tanggongjawab untuk mengurus kerajaan lagi pun beliau tidak bermusuh dengan orang PAS, PKR ataupun UMNO.

Mentadbir negeri tidak semestinya dari kalangan pemimpin parti yang kanan dalam mana-mana parti, asalkan dia boleh diterima oleh sebilangan besar rakyat dan ada wawasan yang baik untuk rakyat dan negeri. Oleh itu pada pilihanraya yang ke 13 nanti sama ada dari PAS ataupun dari UMNO, orang seperti Tan Sri Hamad Kamal Piah adalah calun yang terbaik untuk memajukan negeri kelantan.

Rakyat kelantan menunggu perubahan besar dalam pentadbiran kerajaan kerana rakyat kelantan juga bercita-cita supaya negerinya akan menjadi sebuah negera maju dan makmur seperti negeri Selangor dan Melaka. Tak kiralah parti mana yang akan memerintah.

Apakah UMNO telah bersedia?.



Thursday, June 24, 2010

"Ribut" Red Carpet di Kelantan.

Red Carpet, nama gelamor di Kelantan sehari dua ini kerana kekecohan menganjur Fiesta Kelantan 2010 yang tak jadi dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kerana di boikot oleh Kerajaan Negeri Kelantan disebabkan Tok Guru Nik Aziz tidak dijadualkan berucap di Fiesta tersebut.

Usaha anak muda yang gigih dan murni yang bernama Shahrul Nasru Kamaruddin telah dijadikan medan politik kepartian untuk mencari nama oleh pihak-pihak yang berkepentingan sehingga melibatkan sebuah Kerajaan Negeri yang akhirnya gagal untuk dimenafaatkan diatas keikhlasan pihak pengajur iaitu Red Carpet Worldwide Sdn.Bhd.

Takiyuddin Hassan, Exco Negeri Kelantan difahamkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Red Carpet kerana dikatakan menjejas nama baik Kerajaan Negeri Kelantan yang telah dibuat oleh pihak Red Carpet. Cerita ini agak menarik kerana pertembungan dalam satu keluarga.

Adalah difahamkan Red Carpet telah menerima wang sebanyak RM200,000 dari sebuah agensi Kerajaan negeri bagi menjayakan Fiesta Kelantan itu dan dikatakan dibelakang kelulusan tersebut adalah Ariffahmi menantu kepada Tok Guru Nik Aziz dan yang membuat kenyataan untuk menyaman syarikat Red carper Worldwide Sdn. Bhd adalah YB. Takiyuddin Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan iaitu abang ipar kepada Shahrul Nasru Kamaruddin tuan punya Red Carpet.

Yang bagi pitih (wang) adalah usaha menantu kepada Menteri Besar Kelantan dan yang tukang nak saman adalah Abang Ipar kepada tuan punya Red Carpet. Nampaknya dalam kemelut Fiesta Kelantan 2010 itu adalah penglibatan anak beranak. Maka betulah kata blog Kicdiffila bahawa Kerajaan Kelantan bersendiwara dalam hal ini.

Setelah gagal ada pihak menyalahkan UMNO dan Dato' Mustapha Mohamed sedangkan tindakan Dato' Mustapha itu adalah betul supaya pisang tidak berbuah dua kali, Kerajaan Kelantan yang patut disalahkan kerana banyak bersendiwara dalam penlibatannya untuk menganjur Fiesta Kelantan itu. Bagaimana mulanya Fiesta itu hendak diadakan dan apakah tujuannya yang sebenar.

Usaha murni anak muda yang bernama Shahrul Nasru kamarudin itu patut disokong dan diberi galakan bukannya diugut dan disabotaj untuk melemahkan semangatnya yang gigih. Shahrul Nasru adalah anak Kelantan sepatutnya Kerajaan Kelantan memberi sokongan yang berterusan bukan mencari helah untuk mengagalkan usahanya yang bersungguh-sungguh untuk menaikan nama Kelantan.

Tahniah Shahrul Nasru, jangan panik dan jangan putus asa, itulah ujian menuju kejayaan dalam bidang perniagaan. jangan marah kepada Abang Ipar anda Takiyuddin Hassan kerana beliau adalah orang politik seperti juga Ayahnda anda Kamaruddin Abdullah, hanya parti lain-lain dan seperti biasalah UMNO dan PAS tempat orang cari makan.

Wednesday, June 23, 2010

Indah Alam Dalam Renungan.


Arab saudi dan Kuwait mengalami 'PANAS LUAR BIASA' dimana kepanasan di Arab Saudi dilapurkan meningkat 50 darjah Celcius dan Kuwait 52 darjah Celcius manakala di China pula paras air disebatang sungai di Selatan China telah melimpahi tebing dan mengacam nyawa 145,000 penduduk.

Dunia sekarang mengalami hura hara akibat bencana alam, tidak kira penduduknya berugama Islam atau pun Kafir, semua apa yang berlaku datangnya dari Allah swt, janji Allah, barang siapa yang melakukan kemungkaran akan menerima balasannya sama ada didunia ataupun diakhirat.

Suhu terlampau panas akan mengakibat kematian begitu juga banjir yang menganas akan meragut nyawa manusia, tiap-tiap kali banjir besar kita dipaparkan dengan berita beribu-ribu kematian. Selain daripada bencana alam dunia juga dipamerkan dengan kematian akibat perbuatan manusia yang berkuasa, kini tiap-tiap hari kematian dilapurkan, mereka yang tidak berdosa sama ada kanak-kanak ataupun orang dewasa mati akibat kena bom ataupun peluru senjatapi.

Dunia semakin sempit, jenayah keganasan semakin rancak berlaku, peperangan bersenjata dan peperangan ideal berterusan terjadi, rakyat yang tidak tahu apa-apa jadi mangsa, kerakusan kuasa manusia membuat dunia sudah tidak aman. Tiba-tiba di malaysia ada JI, hotel-hotel mewah bertaraf lima bintang akan jadi tidak selamat, pelancung akan takut untuk datang ke Malaysia, kedudukan ekonomi negara akan terjejas tambahan pula penyakit J.E babi belum terhapus sepenohnya.

Cina mempertikaikan kouta biasiswa pelajaran MARA, Ketua Pemuda MCA salah seorang anggota Kerajaan bersuara tanpa segan silu mengertak Kerajaan, Ibrahim Ali bangkit marah setelah dua tiga hari tidak ada pihak UMNO/BN dan NGO melayu bersuara lantang menentang sikap kurang ajar pemuda MCA itu. Dan lepas ini Ibrahim Ali akan jadi sasaran dituduh anti Cina dan perkauman. Adakah sekali lagi Ibrahim Ali akan di ISAkan kerana mencetuskan suasana yang tidak baik hubungan suara Melayu dan suara Cina.

Slogan 1Malaysia Dato' Najib dipermunahkan oleh Ketua Pemuda MCA salah satu kompenan terbesar BN, tindakan perlu diambil segera supaya jiwa orang-orang Melayu tidak diguriskan dengan propaganda perkauman yang dicetuskan oleh Ketua Pemuda MCA itu. Operasi lalang, Operasi Senyap dan namakan apa saja Operasi supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang cuba mempertikaikan dasar kerajaan yang berteraskan keamanan dan perpaduan.

Supaya kegaitan JI, kegiatan yang mencetuskan perbalahan kaum yang mirip untuk mencetuskan hura hara dalam negara perlu dibendung dari sekarang, sebelum ianya menjadi besar dan parah sehingga tak dapat dibendung lagi. Jangan sampai pasukan UTK digunakan untuk tugas-tugas yang tidak masuk akal sepertimana yang dilakukan terhadap KDYMM Tuanku Sultan Kelantan di depan Istana Mahkota Kubang Kerian tempoh hari.

Kerajaan jangan hanya tahu mendedahkan kegiatan yang akan mencetuskan suasana yang tidak baik berlaku dalam negara, tindakan dan tangkapan hendaklah diuruskan dengan bijaksana supaya orang yang tidak berdosa tidak menjadi mangsa, jangan nanti berlaku ada orang yang disumbat kepenjara ataupun simpang renggam mendapat pampasan kerana tersalah hukum sepertimana yang telah berlaku baru-baru ini.

Dan apa yang didengar, ramai rakyat menanti bulan September 2010, apa yang akan berlaku dalam Pasukan Polis Di Raja Malaysia termasuk juga pegawai-pegawai polis yang sekarang ini lesu untuk bertugas. Insya Allah selepas bulan September nanti semangat anggota pasukan polis untuk berkhidmat kepada negara akan lebih cemerlang dan bertanggongjawab.

Tuesday, June 22, 2010

Akta Hasutan & Penghasut.

Saya ada mendengar bahawa di Malaysia ada 'Akta Hasutan' tapi saya tidak mempelajarinya, kata seorang sahabat dari negara jiran Indonesia. Beliau adalah seorang bekas menteri dizaman Presiden Gus Dur lagi.

Ya ada, tapi saya juga kurang mahir, jawab saya ringkas.

Pagi ini saya mencari-cari, apa tujuan soalan itu ditanya dan saya jawab sendiri, tujuannya adalah kerana di malaysia sekarang ini banyak sangat 'hantu-hantu' yang bertopengkan manusia menghasut supaya negara jadi huruhara, supaya rumahtangga bercerai berai, supaya insituisi keluarga berpecah belah dan perpaduan kaum menjadi tegang. Ini berlaku kerana ada hasutan.

Sebagai contoh, kawan saya dua orang Dato' yang telah ditarik, tidak mungkin beliau melakukan kesalahan penderhakaan kepada KDYMM Tuanku Sultan kerana pada setiap mana mereka itu sentiasa menghadap Tuanku Sultan, tapi tiba-tiba namanya diistiharkan sebagai orang yang ditarik semua gelaran dan bintang.

Logiknya berlaku peristiwa yang demikian bukan kerana mereka berdua itu melakukan kesalahan penderhakaan tapi ada unsur-unsur lain yang boleh diperdebatkan oleh rakyat. Dan tidak mungkin berlaku sekiranya tidak ada lapuran yang berupa menghasut menyebabkan mereka berdua itu ditarik gelarannya.

Rakyat dan saya akan berpuas hati sekiranya ada peruntukan undang-undang yang boleh mendedahkan apakah sebab setiap orang yang telah dianugerahkan gelaran dan ditarik hendaklah diumumkan kepada rakyat. Tapi sayang peruntukan undang-undang begitu tidak ada maka kita tidak akan mendapat tahu apa jenis kesalahan yang mereka lakukan.

Tambahan pula baru-baru ini ada kerabat membuat kenyataan akhbar bahawa KDYMM Tuanku Sultan tidak perkenan anugerah Jaksa Pendamai (JP) yang diberi kepadanya ditarik sepertimana yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Bertambah kalutlah pemikiran rakyat dan rakyat bertanya apa dah nak jadi. Mungkin kerana isu ini jugalah sahabat saya dari Indonesia itu bertanya pasal 'Akta Hasutan'. dan orang seperti Ahmad Jafri Mohemad adalah mangsa kepada penghasut kerana dihasutlah maka Ahmad Jafri Mohemad yang tidak tahu apa-apa tentang tulisan saya terus membuat lapuran polis. Bodoh lagi Dungu.

Bahayanya mengundang sekiranya sejarah melayu Melaka berulang seperti yang ditulis dalam blog Tun Dr. Mahathir Mohamed kerana dizaman itu dua orang manusia yang bernama Kitol dan Mandeliar masih hidup wataknya sehingga kini. Begitu juga watak Khoja Hasan sebagai lambang 'Penghasut' kini sedang bermaharajalela mencactit nama siapakah akan dijadikan mangsa keserakahan hidup dikalangan puak mereka yang sudah tidak kenal erti dosa.

Ya Allah, Selamatkan Negeri kami dan Usrah D'Raja Kami.

Monday, June 21, 2010

KJ jangan terperangkap !


Kenapa takut sangat dengan tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim bahawa ADUN dan MP lompat parti dibayar RM2juta seorang, kenapa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaluddin memberi tempoh 48jam untuk Anwar Ibrahim mendedahkan nama sipenerima wang sogokan itu dan kenapa pemberita RTM seperti orang yang bodoh dan terancak akal memaksa Anwar Ibrahim mendedahkan tuduhan tersebut.

Mendesak Anwar Ibrahim untuk mendedah dan menjawabnya adalah kerja sia-sia kerana tuduhan itu dibuat kepada anakbuahnya, tuduhan itu adalah startegi politik Anwar Ibrahim dan sesiapa yang cuba mencampurinya akan terperangkap. Lihatlah nanti.

Kenapa UMNO perlu menyahut tuduhan Anwar Ibrahim itu sedangkan pada masa yang sama UMNO mengatakan bahaw tuduhan Anwar Ibrahim itu bohong dan hanya sebagai kenyataan politik, jadi dah tahu kenyataan Anwar Ibrahim itu adalah kenyataan politik kenapa UMNO bersusah payah hendak tahu siapakah orangnya yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim itu.

UMNO hendaklah tak usah layan dengan stail politik Anwar Ibrahim itu kerana apabila UMNO melayan dengan sendiri UMNO seperti takut kepada Anwar Ibrahim dan dengan itu UMNO akan terperangkap dengan kelincahan Anwar Ibrahim. Biarlah Zaharin dan Zulkepli Nordin saja yang menjadi bodoh seperti ayam laga, buat apa UMNO nak masuk campur kerana sekiranya UMNO iktiraf orang seperti mereka berdua itu maka darjat UMNO juga akan turun nilainya kerana sudah terang mereka berdua itu adalah manusia yang tidak berperinsip.

Biarkan mereka dari bekas PKR berkelahi sesama mereka, berkelahi diantara wakil rakyat yang ada prinsip dengan yang tidak berperinsip, UMNO hendaklah menjadi penuntun dari jauh dengan melihat kerbau dan kambing bersenandung dengan PKR kerana tidak ada untung kepada UMNO untuk PRU ke 13 nanti sekiranya melayan bekas wakil rakyat PKR itu kerana rakyat sendiri sudah tahu bahawa mereka berdua adalah manusia yang tidak boleh dipegan buku.

sekiranya UMNO melayan mereka nanti akhirnya apabila nafsunya tidak dijaga maka segala tuduhan akan dibuat kepada UMNO seperti mana mereka menuduh Anwar Ibrahim sedangkan kesahihannya belum pasti lagi. Kita bimbang semangkin banyak mereka berdua bercakap pasal Anwar Ibrahim dan menyokong UMNO semangkin ramai rakyat akan membenci kita dan akan bertambah banyak menyokong Anwar Ibrahim.

Percayalah pengikut dua orang 'Z' itu tidak seramai pengikut Anwar Ibrahim, kalau hendak dibandingkan jauh seperti bumi dan langit.

Sunday, June 20, 2010

Dato' Sharil Bin Datuk Zahari

Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Kelantan.


akan mengakhiri zaman bujang, tahniah.


'orang-orang yang benar dengan kebenarannya, akan diberi keselamatan saat hidup dan setelah mati'

Saturday, June 19, 2010

Dunia adalah perhiasan yang akan lenyap.

Anda ada mempunyai sebuah rumah di Kuala Lumpur, didalamnya ada dua buah akuarium beserta beberapa ekor ikan, perabut-perabut, tv, barang-barang pejabat, katil, permaidani, kain langsir dan sebagainya.

Maka anda lantik seorang penjaga untuk menjaga rumah anda itu, diantara tugas-tugas utama adalah memberi makan ikan-ikan, mencuci akuarium, menyapu dan mop debu-debu dilantai, menukar bal lampu yang sudah terbakar dan sebagainya.

Maka, bukanlah didalam bidang kuasa penjaga rumah anda itu untuk memberi sewa, menjual, mengubahsuai, menukar warna, renovate, memasuki orang yang tidak dikenali dan sebagainya tanpa kebenaran anda sebagai pemilik sebenar rumah tersebut.

Maka ini juga concept yang sama dan boleh dipakai oleh pentadbiran kerajaan. Sangat cukup simple dan mudah difahami. Kenapa orang yang mempunayi kuasa dan berlatar belakang ugama tidak mahu memahami dan terus berdiam diri.

Inilah yang sedang berlaku, betul kata peribahasa melayu, 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

Thursday, June 17, 2010

Dua dalam Satu.

maaf! tersilap posting gambar, tapi ok lah tu' hebat sama Sultan Burnei?

Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Burnei telah menceraikan Azrinaz Mazhar Hakim yang telah dikahwininya selama 5 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan, sebabnya tidak ada siapa yang tahu secara rasmi dan yang menjadi tandatanya kenapa semua bintang kebesaran yang dianugerahkan kepada Azrinaz ditarik semuanya.

Apakah tahun ini, tahun penarikan bintang kebesaran dan gelaran kerana terdahulu daripada ini berlaku di negeri Kelantan dan Johor. Itulah putaran dunia tidak ada yang kekal seperti janji Tuhan kepada umatnya, begitu juga perceraian ianya berlaku bukan saja kepada rakyat biasa dan artis ia juga berlaku kepada pemimpin dan sultan ada yang terpaksa ke mahkamah dan ada juga berlaku suka sama suka. Itulah takdir.

Orangramai sedang menanti kabar berapa banyak wang dan harta yang akan diperolehi oleh Azrinaz kerana semua orang tahu Sultan Burnei adalah Sultan yang paling kaya didunia lagi pun pernah berlaku Sultan Burnei telah menceraikan isterinya dan jandanya telah mendapat begitu banyak wang dan harta.

Apakah Azrinaz akan menjadi janda paling kaya nanti dan apakah setelah cukup edah Azrinaz akan mengakhari zaman jandanya dan siapakan lelaki yang bertuah nanti yang akan dipilih oleh Azrinaz atau Azrinaz akan terus menjanda sampai ke akhir hayat. Walau bagaimana pun semuannya itu telah tertulis kemana Azrinaz selepas ini.

Perceraian berlaku di Burnei tapi hujan dengan guruh yang kuat dan kilat berlaku di Kota Bharu Kelantan sehingga feistal Kelantan yang sepatutnya dilangsungkan dalam suasana gilang gemilang telah bertukar menjadi malaputaka yang dahsat.

YAB Dato' Najib tak ada dimajlis, YAB Tok Guru Nik Aziz berserta ahli Exco dan Setiausaha Kerajaan Negeri juga tidak ada, dengarnya berlaku peristiwa yang malang kerana hanya Tok Guru Nik Aziz tidak dijadualkan berucap pada majlis tersebut, oleh kerana itulah Kerajaan negeri telah menarik diri dari menghadiri majlis tersebut.

Bagus juga peristiwa ini berlaku, sekurang-kurangnya akan menjadi pengajaran supaya dalam perjuangan itu usahlah nak bersendiwara, buat apa dalam satu majlis perasmian ada dua orang yang akan berucap hanya untuk menunjukkan gambar bahawa diantara mereka tidak ada apa-apa masaalah dan selepas daripada itu mereka membelasah antara satu sama lain.

Dalam hal ini saya kira Dato' Mustapha Mohamed tidak salah dan tidak hipokerit bagi menjaga nama baik pemimpin negara dari dibelasah dihadapan muka kerana sudah tentu pihak yang menentang kerajaan Malaysia akan mengambil kesempatan berhujuh mengatakan isi hatinya untuk meraih sokongan rakyat. Tambahan pula isu royalti minyak masih diperjuangkan oleh PAS Kelantan.

Telah berlaku dulu dimana Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi peluang kepad Menteri Besar Kelantan berucap dalam majlisnya, apa jadi, majlis itu dijadikan semacam majlis PAS kerana selepas Menteri Besar Kelantan berucap penyokongnya dibawah melaungkan "Allah Hu Akbar" seperti nak berperang.

Tindakan untuk tidak memberi ruang kepada Tok Guru Nik Aziz berucap adalah betul dari segi kebaikan parti UMNO tapi adalah sangat tidak betul tidak membenarkan Tok Guru Nik Aziz berucap sedangkan dalam perjanjian diantara penganjur dan kerajaan Kelantan bahawa pada malam ini Tok Guru Nik Aziz memberi ucapan sebelum Dato' Najib dan adalah wajar pihak Kerajaan Kelantan dan PAS membaikot program fiestal Kelantan ini.

Dato' Mustapha Mohamed betul dan Tok Guru Nik Aziz lagi betul memboikatkan majlis tersebut. Yang tidak betul adalah orang yang nak jadi hero mengadakan majlis tersebut.

Wednesday, June 16, 2010

Siapa dibelakang?


Dikiri kanannya perempuan

wow

inikah orangnya?

terima kasih kh, hebat sungguh hebat


Dunia ini semakin kecil dan canggih, lihat tanggannya.

Betul kah orang golok atau kaki golok?


kenalkah siapa orang ini?

Sehingga hari ini belum lagi ada jawapan dari si pelapur polis tu, kemana agaknya dia, ke golok ke atau Kuala Lumpur bersama guru nanaknya. Biasanya orang yang ambil upah sepertilah bercina buta, apabila ada duit bergalak sakan lah dia. Itulah yang jadi tandatanya.

Saya sudah check memang ada Dato' yang tidak dibenarkan keluar negeri, apa kesalahanya saya tidak pasti tapi yang menjadi persoalannya kenapa apabila saya menulis apa yang saya dengar seperti tema blog saya ini, ada orang yang sakit hati dan tak boleh tidur. Kalau tak betul kenapa bersusah payah semacam mahu menafikannya.

Dan sekiranya pelapur polis tersebut tahu siapa orangnya yang saya maksudkan itu kenapa tak jelaskan kepada umum nama orang tersebut, kenapa pelapur polis tersebut beria-ia benar nak supaya saya ditangkap polis, sepatutnya beliau membuat lapuran polis terhadap 'kickdefilla' yang mendedahkan CD perbualan diantara dua orang Dato' dengan wartawan sepertimana lapuran polis yang telah dibuat oleh YM Tengku Marjam tempoh hari.

Saya sengaja tidak posting berita lain sehari dua ini supaya pembaca dapat mengenali siapakah si pelapur polis itu secara dekat, tahu latarbelangknya, keluarga siapa, berniaga dimana dan dimana kampung asalnya dan sekarang menetap dimana serta berapa orang anak dan berapa orang bini serta hartanya sebanyak mana.

Dan salahkan apabila saya menulis bahawa YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Ab.Razak akan berada di Kota Bharu pada 16hb. June 2010, hari Rabu bagi lawatan rasmi ke Kelantan dan akan bersama YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di Malam Feastal Kelantan.

Jangan pula sipelapur itu membuat lapuran polis yang kedua kerana tidak senang dengan makluman yang saya buat itu kerana saya tidak ada kuasa untuk mengumumkan jadual Perdana Menteri Malaysia.

Sila hubungi saya sekiranya anda ada maklumat terkini.

Monday, June 14, 2010

Nasihat terbuka untuk

Ahmad Jafri Mohameh

Sebagai seorang manusia, walaupun saudara kaya kerana saudara ahli perniagaan, tak usahlah saudara membeli kerja orang, lebih baik saudara tumpu kepada perniagaan saudara dan jaga anak bini saudara supaya mereka semuanya nanti menjadi ahli syurga.

Jagalah mak bapak saudara sekiranya dia masih hidup supaya mak bapa saudara akan hidup aman dan bahagia didunia ini dengan kehidupan saudara yang tidak ada musuh dan mencari musuh.

Apa gunanya saudara mencari 'glamour' dengan menjaga hujung kain orang lain. Apakah saudara merasa menjadi kewajipan saudara untuk bermusuh dengan saya sedangkan saya tidak pernah kenal saudara ini siapa dan keturunan mana. Saya puji saudara kalau saudara mempunyai semangat juang untuk menegakkan keadilan, tapi apa yang saudara lakukan ini dengan membuat lapuran polis terhadap tulisan saya itu bukannya nama sebuah perjuangan tapi tindakan saudara itu 'membaculkan seluruh keturunan saudara' kerana apa yang saya tulis itu saudara pun tidak faham maksud sebenar.

Oleh itu saya sangat-sangat berbesar hati sekiranya saudara meluangkan sedikit masa untuk kita bertemua, berkenalan, berbincang dan terus berjuang untuk memastikan keamanan negeri kelantan supaya rakyat tidak dibekalkan dengan kenyataan palsu oleh pihak-pihak yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi seperti saudara ketika ini.

Insya Allah apabila saudara bertemu dan berbincang dengan saya, saudara akan menjadi seorang pengamal kebaikan dan hilang rasa ego dan besar diri kerana kita ini adalah hamba Allah yang hidup dan mati ditentukan oleh Allah swt. Nyawa kita hanya satu pada setiap orang dan kita juga satu hari nanti akan mati, hanya cara mati saja mungkin berbeza.

Salam dan sambutlah jemputan saya ini kerana saya yakin saudara akan membaca Nasihat Terbuka saya ini untuk saudara.

Wahai Ahmad Jafri Mohamed saya menunggu untuk menyambut salam persaudaraan Islam daripada saudara kerana saya rasa saudara juga berugama Islam. Memenjarakan saya tidak akan menyelesaikan pendedahan kejahatan manusia.

Sunday, June 13, 2010

Di upah?

Tahu kah anda, berapa banyak orang ini dapat upah buat lapuran polis terhadap penulis blog newkk.blogspot.com.
sesiapa yang ada maklumat sila e-mail pada mssd15@gmail.com

Friday, June 11, 2010

Siapakah orang ini?


YANG TELAH MEMBUAT LAPURAN POLIS TERHADAP newkk.blogspot.com. APAKAH MOTIF DISEBALIK LAPURAN POLIS TERSEBUT. KALAU RASA TERTIPU DENGAN BLOG INI TAK USAHLAH BACA DAN TAK USAHLAH LAYARI, BUAT APA SUSAH-SUSAHKAN DIRI. SALAM.

Kelantan tak dapat lebuhraya?

Saya banyak menerima e-mail menyokong keluhan YB. Datuk Haji Alwi Che Mat terhadap kepayahan untuk mendapat kelulusan projek membantu rakyat terutamanya projek PPRT yang ada hubungan rapat dengan rakyat yang miskin.

Nampaknya bukam Alwi saja menghadapi situasi yang demikian, ramai lagi wakil rakyat yang senasib dengan Alwi bukan saja permohonannya tidak diluluskan bahkan cadangan yang diajukan ditukar kulit oleh pihak-pihak tertentu.

Walau bagaimana pun nampaknya keluhan wakil-wakil rakyat yang senasib dengan Alwi akan terubat dengan pembentangan RM 10 oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak diparlimen semalam sekiranya ia menjadi kenyataan dan pihak yang diberi tanggongjawab dapat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Ratusan Billion ringgat budjet yang diumumkan semalam adalah semata-mata untuk merangsangkan ekonomi negara dan menaikkan taraf pendapatan rakyat bagi menjamin masa depan negara dan rakyat supaya tidak akan muflis serta rakyat akan dapat mengecap nikmat hidup yanag berterusan tanpa berisiko akan menhadapi hari-hari gelap dimasa yang akan datang.

Yang tidak wajar dalam pembentangan tersebut apabila Perdana Menteri mengumumkan pembinaan lebuhraya pantai timur yang hanya dihentikan setakat negeri Trengganu dari Kuantan Pahang tidak diteruskan ke Kelantan. Sedangkan rakyat Kelantan sedang menanti lebuhraya terus dari Kelantan ke Kuala Lumpur melalui Trengganu dan Pahang.

Apa salahnya lebuhraya disambung ke Kelantan kerana wang royalti minyak yang dituntut oleh rakyat Kelantan masih banyak, gunakanlah wang tersebut untuk membangunkan Kelantan termasuklah memyambung lebuhraya pantai timur tersebut. Rakyat Kelantan yang menyokong UMNO tidak akan terasa kecil hati sekiranya wang royalti mintak tidak diberi kepada Kerajaan Kelantan tapi biarlah wang itu diguna untuk menafaat keselurahan rakyat jelata tanpa mengira fahaman politik.

Jangan biarkan keluhan seperti yang disuarakan oleh Alwi itu akan terus bersambung dan menjadi pula keluhan seluruh rakyat kelantan yang telah sedar akan kesilapan masa lalu dan sekiranya kerajaan terus mengabaikan kehendak rakyat Kelantan yang sudah bertekad untuk menyokong Kerajaan Pusat maka usaha Dato' Mustapha Mohamed untuk membentuk sebuah Kerajaan BN dikelantan tidak kesampaian.

Kita tunggu komen daripada wakil rakyat BN di Kelantan dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kelantan berhubung dengan pembinaan lebuhraya pantai timur yang dibentengkan oleh YAB Perdana Menetri di parlimen semalam.

Thursday, June 10, 2010

Keluhan seorang Wakil Rakyat UMNO.

Salam 1Malaysia: Dalam segelintir pihak beria2 benar sambut kepulangan "wira2" ke Gaza ini, UMNO/BN janganlah lupa tanggungjawab & kebajikan rakyat Malaysia didepan mata, janganlah lupa pengundi-pengundi yang akan mengundi dalam Pilihanraya Umum & Pilihanraya Kecil ini, yang nyata bukan rakyat Palestin yang akan menentukan nasib UMNO/BN dimasa hadapan.

Fikir-fikirkanlah nasib anak bangsa dulu, bukannya apa, kadang-kadang meluat tengok yang terlalu dramatik niiii, sedih gak bila memikirkan payahnya nak dapat kelulusan rumah PPRT untuk rakyat kawasan saya....alwi.

Itulah luahan hati seorang pemimpin UMNO yang kini memegang amanah rakyat selaku wakil rakyat dan menjadi Ketua Pembangkang di Kelantan. Apa dah nak jadi dengan menteri yang bertanggongjawab bagi membela nasib rakyat yang miskin sehinggakan permohonan seorang wakil rakyat diabaikan untuk mendapat peruntukan bagi membina rumah PPRT untuk rakyat yang miskin dikawasan Ketua pembangkang, Bukannya minta projek nak masuk poket.

Inilah satu contoh yang boleh mengakibatkan sokongan rakyat akan lari dari terus menyokong UMNO/BN, kerana kepada Wakil rakyat UMNO pun pihak kerajaan tidak peduli dan tidak menunaikan permintaan untuk membantu rakyat yang miskin bagaimana pula rakyat jelata yang tidak ada apa-apa jawatan dan tidak kenal langsung para pembesar negara akan dilayan.

Nampaknya tanggongjawab kerajaan 1Malaysia, rakyat didahulukan akan tinggal sebagai kenangan kerana untuk mendapat layanan seperti apa yang disuarakan oleh YB. Datuk Haji Alwi Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Ketereh yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri kelantan sepetilah 'Jauh Panggang Dari Api'. minta dijauhkan.

Wednesday, June 9, 2010

Perwakilan PAS diminta tegur Tok Guru Nik Aziz.

Atas sifat selaku Presiden Majlis Seni Budaya Kelantan (MASK) saya menyokong hasrat Rohani Mat Zain seorang pengiat seni Makyong terkenal di Kelantan mahu bersemuka dengan YAB Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar PAS Kelantan berhubung larangan kesenian tersebut yang terkandung dalam Enakmen hiburan dan kawalan tempat-tempat hiburan 1998 kelantan.

Kata Rohani, persembahan Makyong sekarang sudah tidak ada lagi jampi serampah dan pemujaan bahkan bacaan doa dimulakan sebelum persembahan berlangsung, ini menunjukkan pengiat seni di Kelantan tahu soal ugama, tahu yang mana boleh dan tidak boleh dan tidak masuk akal sekiranya kerajaan Kelantan masih menyekat kegiatan Makyong dari dipertutunkan kepada orang ramai dengan alasan kerana Makyong dilakunkan bercampur diantara lelaki dan perempuan.

Sedangkan hiburan lain yang mana pelakunnya lelaki dan perempuan bersama dapat dipertuntunkan, alasan kerana Makyong bercampur diantara lelaki dan perempuan tidak menjadi asas yang kukuh untuk mengharamkan persembahan Makyong kerana percampuran itu berlaku dimana-mana dalam persembahan hiburan. Kalau tidak pelakun bercampur pun tapi penuntun duduk bercampur dan bercampur juga diantara yang bukan muhrim.

Melihat wayang gambar dan drama ada bercampur diantara pelakun lelaki dan perempuan dan ramai masyarakat malaysia dan kelantan minat melihat Wayang gambar dan Drama sama ada lelaki ataupun perempuan. Kadang-kadang wayang gambar dan drama pelakunnya lebih seksi daripada pemain Makyong.

Oleh itu Kerajaan PAS hendaklah mengkaji semula Enakmen Hiburan yang menyekat kebebasan pengiat seni untuk terus memajukan warisan seni dan kebudayaan yang terdapat di kelantan, jangan kerana hanya untuk melebalkan kerajaan kita baik maka kita menyekat kegemaran dan kemeriahan seni budaya warisan bangsa kita di kelantan.

Betul kata Rohani, jangan jadikan Makyong sepi ditempat sendiri sedangkan ianya dikagumi oleh bangsa-bangsa lain diseluruh dunia. Kalau mahu jadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang betul-betul tidak ada perkara yang melanggar hukum adalah sangat dialu-alukan supaya semua bentuk yang haram dihapuskan dinegeri kelantan termasuklah penumpang kereta sewa yang bukan muhrim tidak dibenarkan menaiki kereta tersebut dan menjadi kesalahan untuk dipenjarakan sekiranya didapati bersama sebagai penumpang ataupun setiap sebuah bas dikhaskan untuk perempuan hanya untuk penumpang perempuan saja dibenarkan naik termasuklah pemandu sekali.

Walau bagimanapun Tok Guru Nik Aziz boleh buat apa saja yang beliau suka kerana Kerajaan itu adalah Kerajaan PAS dibawah pengaruh Tok Guru dan diharap sempena dengan muktamar PAS di Kota Bharu nanti ada perwakilan PAS yang cerdik dapat menegur kebekuan pemikiran Kerajaan PAS di Kelantan berhubung dengan Seni Budaya dan kegiatan seni warisan.

Tuesday, June 8, 2010

Bolasepak. Judi dan FAM.

Calun Timbalan Presiden FAM
'mari pakat sokong'

Bolasepak Piala Dunia akan bermula tidak lama lagi, seluruh rakyat dunia akan menghabiskan masa sekurangt-kurang 2 jam sehari bagi menuntun pasukan yang akan berlawan, itu pun masa yang digunakan paling sedikit, kalau kaki bola fanatik mereka boleh menghabiskan masa selama 6jam satu hari satu malam kerana setiap 24jam ada tiga perlawanan secara langsung disiarkan.

Judi bola akan terus diperhebatkan kerana judi bola ini telah lama bertapak dikalangan kaki judi, walaupun tidak punya lesen yang sah, kegiatan judi bola ini sentiasa ada kerana ramai manusia yang berminat judi tak kiralah mereka itu berugama Islam ataupun tidak, judi diibaratkan sebagai satu hobi. Membendung judi adalah satu usaha yang payah, seperti juga usaha untuk menghapuskan pelacuran. Judi dan Pelacuran adalah satu penyakit yang payah hendak diubati kerana ia berhubung rapat dengan minat dan perasaan.

Melesenkan judi semata-mata untuk dapat dikongsi pendapatan melalui cukai oleh Kerajaan dan duit cukai itu boleh digunakan untuk mendirikan kemudahan asas untuk rakyat, itulah salah satu alasan oleh mereka yang menyokong kerajaan mengeluarkan lesen judi kepada seorang cina bernama Tan. Dan ada pula orang yang perli kepada isu itu supaya kerajaan juga mengeluarkan lesen pelacuran kna tentunya dapat banyak kutipan hasil daripada cukai berzina itu.

Dua perkara ini iaitu judi dan berzina tidak dapat dihapuskan, bahkan juga tidak dapat dikurangkan kerana manusia tiap-tiap hari bertambah sedangkan kematian berkurangan, manusia diproseskan kehidupannya mengambil masa selama 9 bulan saja, sedangkan kematian mengambil masa yang lama keseluruhannyA, walau bagaimana pun hidup mati itu adalah hak Allah swt.

Jadi kepada mereka yang minat berjudi bolasepak piala dunia itu nanti hendaklah berhati-hati nanti takut wang gaji, wang simpanan dihabiskan kerana kalah judi. Kasihanlah anak-anak nanti yang mahu sambut hariraya tanpa baju baru dan sebegainya.

Siapa juara piala dunia tahun ini. mari kita berteka, siapa nak lawan mari!.

Yang rakyat Malaysia perlu beri perhatian ialah pemilihan Majlis FAM tahun ini, yang akan menjadi nadi kepada kekuatan pasukan bolasepak negara yang akan mengharumkan nama negara dalam persada bolasepak dunia dimasa yang akan datang.

Kesanggupan Tan Sri Anuar Musa, Presiden KAFA untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM nanti sangatlah dialu-alukan, diharapkan perwakilan nanti memberi kemenangan yang selesa kepada Tan Sri Anwar Musa kerana sudah dibuktikan bahawa beliau mampu merobah sebuah pasukan yang lemah menjadi pasukan yang kuat dan digeruni oleh pihak lawan.

Kehebatan Anuar Musa dalam sukan bolasepak terbukti berjaya tapi tidak dalam politik UMNO untuk merampas Kelantan daripada gengaman PAS.

Monday, June 7, 2010

Mengapa?

Disitu ada Anwar Ibrahim, disitu ada ribuan rakyat.



anwar & rakyat

Biarpun sedang diaibkan diseluruh dunia, biarpun perbicaraan sedang dilangsungkan, biarpun semasa muda lagi sebagai seorang pelajar sudah kenal penjara, biarpun pernah dipenjarakan dan kini kakinya sedang menghitung hari, apakah akan ada lagi sisa usianya akan berada didalam penjara, tapi 'AURA'nya masih berbisa.

Baru-baru ini Anwar Ibrahim mengepalai ribuan rakyat menghantar memorendum kepada kedutaan Amerika bagi menzahirkan bantahan rakyat Malaysia terhadap tindakan biadab Kerajaan Israel kepada misi bantuan keamanan manusia di Gaza. Dihari yang sama ada satu pihak menganjurkan perhimpunan mengutuk Israel tapi rakyat yang hadir adalah terlalu sedikit.

Hari ini bermulanya persidangan Parlimen tentunya isu misi keamanan kemanusiaan ke Gaza akan diperkatakan oleh ahli-ahli Parlimen dan Kerajaan. Isu di Gaza bukan hanya soal isu ugama tapi soal isu kemanusiaan yang harus disokong oleh semua manusia diseluruh dunia tak kira mereka itu dari bangsa apa, keturunan mana dan apa anutan ugamanya, semua harus mengutuk terhadap kekejaman Isreal Yahudi itu.

Diparlimen kita mahu mendengar wakil rakyat dari Cina, India, Iban, Khadazan dan lain-lain bangsa bercakap bagi mengutuk kekejaman Isrela Yahudi itu dan menyokong tindakan Kerajaan Malaysia serta bersama-sama YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang akan membawa usul mengecam tindakan kejam zoinis Israel Yahudi terhadap rakyat Pelastin dan membunuh misi keamanan ke Gaza.

Rakyat Malaysia kini merasa senang apabila melihat parti pembangkang dan kerajaan tampil memberi sokongan kepada rakyat Pelastin terutamanya di Gaza dan mengutuk tindakan ganas rejim yahudi itu dan mengharapkan usaha sebegini akan berterusan sampai bila-bila. Ini menunjukkan walaupun dalam politik pembangkang dan kerajaan bergeseran tapi nampaknya dalam isu kemanusiaan parti pembangkang dan kerajaan masih boleh tidur sebantal.



Sunday, June 6, 2010

2 Dato' bermasaalah!

Apa yang saya tahu, bahawa sesiapa yang melakukan kesalahan 1) Telah diistihar oleh mahkamah bahawa beliau telah bangkrup 2) Tidak membayar income tax dan 3) Dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana MELAKUKAN JENAYAH, maka orang tersebut akan dihalang oleh pihak Imigresen dari meninggalkan negara ini, dalam erti kata pasportnya akan ditahan dan tidak dibenarkan keluar negeri.

Di Kelantan sekarang ini ada sosek-sosek sedang diperkatakan oleh orangramai bahawa ada terdapat 2 orang yang tersohor yang mana seorang terdiri daripada pegawai kerajaan dan seorang lagu ahli perniagaan undang-undang yang kedua-duanya bergelar Dato' tidak dapat ke luar negara kerana pasportnya ditahan oleh pihak berkuasa.

Sama ada cerita ini betul atau pun tidak, saya masih mencari sumber yang boleh dipercayai. Tapi sekiranya perkara sosek-sosek ini betul, apakah sebenarnya kesalahan yang dilakukan oleh mereka berdua itu. Bangkrup tidak sekali, kalau ada pun mungkin soal income tax atau pun melakukan kesalahan jenayah. Kalau income tax tentunya melibatkan wang yang banyak apabila kita melihat kemewahan yang ada pada mereka.

Saya harap apa yang saya dengar itu tidak betul, saya harap sosek-sosek itu adalah gossip yang sedang melanda negeri kelantan sekarang ini. Tapi sekiranya betul adalah memalukan kerana orang yang disebut-sebutkan itu adalah orang yang sangat tersohor namanya sekarang ini, terutamanya dalam kemelut yang sedang berlaku yang memeningkan kepala rakyat jelata.

Ada lapuran polis dibuat terhadap mereka, tapi sehingga kini tidak terdengar berita sejauh mana pihak polis membuat siasatan dan ambil tindakan terhadap mereka berdua, apa yang saya dengar isu ini sudah sampai ke pengatahuan Menteri Dalam Negeri, Dato' Sri Hishamuddin Tun Husein, yang tinggal lagi rakyat masih menunggu pengumuman dari pihak yang berkuasa sama ada lapuran polis terhadap mereka dapat diketengahkan atau pun tidak.

Wang dan Pengaruh tidak boleh mengatasi undang-undang, bersiaplah menghadapi sebarang resiko sekira terdapat bukti melakukan kesalahan. Dihalang keluar negara itu adalah sebahagian hukuman yang terpaksa diterima dan sekiranya didapati bersalah hukumannya lebih berat daripada itu. Hubaya-hubayalah.

Saturday, June 5, 2010

Fuzi Muda bahaya pada UMNO.

Fuzi Muda dari Perak serah memorendum kepada ROS supaya membuat penyiasatan terhadap tuduhannya bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat lapuran tahunan palsu yang dihantar kepada ROS dan meminta supaya diistihar Kongres Parti Keadilan Rakyat yang berlangsung di Kota Bharu pada 28hb. Mei hingga 30hb. Mei tidak sah.

Alasan yang diberi senang saja, kerana persidangan PKR diperingkat cabang di Perak tidak sah kerana tidak cukup koram. Itulah alasan setelah beliau meninggalkan parti Keadilan Rakyat itu yang mana satu ketika beliau mendakwa ada orang yang hendak merasuahnya sebanyak RM50 juta. Semasa beliau dalam Keadilan perkara mesyuarat tidak cukujp koram tidak timbul.

Cerita mesyuarat tidak cukup koram ni, bukan perkara biasa dalanm persidangan tahunan parti-parti politik tidak kira PKR kah, UMNO kah atau PAS kah termasuk juga pertubuhan dan persatuan sukarela,. Saya kira Fuzi Muda tahu perkara ini.

Kenapa Fuzi Mudaa buat memnorendum dan lapuran terhadap PKR saja, kenapa tidak terhadap semua parti politik sekiranya Fuzi Muda ini seorang yang jujur berjuang untuk membantu pihak ROS menjalankan tugas dengan berkesan. Apabila hanya PKR saja menjadi target oleh Fuzi Muda tentu ada muslihatnya.

Kalau dikira bahasa zaman ini, tujuan Fuzi Muda itu berniat jahat, bukan saja jahat terhadap PKR tapi jahat kepada pertubuhan yang lain yang mengadakan persidangan agung tahunan tidak cukup koram termasuklah Parti UMNO yang sekarang ini sedang mengadakan Persidangan UMNO Cawangan yang mana ada cawangan hanya bermesyuarat sambil tertiarap saja.

Oleh itu UMNO hendaklah berhati hati dengan orang seperti Fuzi Muda ini kerana nampaknya seperti mahu membantu UMNO tapi sebenarnya membawa penyakit yang buruk yang boleh merusakkan UMNO. Orang seperti ini sebenarnya tidak ada kejujuran dan tindak tanduknya tidak boleh dipercayai.

Apa yang dilakukan oleh Fuzi Muda itu menguntungkan PKR dan sekiranya ramai lagi orang yang seperti Fuzi Muda ini keluar dari PKR maka senanglah Anwar Ibrahim mengurus PKR dimasa yang akan datang. Sekiranya UMNO mengambil kira orang seperti Fuzi Muda ini maka alamatlah teori 'RAHMAN' sudah sampai ke penghujungnya.

Friday, June 4, 2010

menunggu keputusan sebenar


Jawab jangan tak jawab?
Soalan:-
1. Siapa yang sebenarnya membuat spekulasi?
2. Siapa sebenarnya yang tidak memberi peluang kepada keluarga diraja menyelesaikan apa jua masalah keluarga
3. Siapa yang dimaksudkan dengan pemimpin itu?
4. Dimanakah fakta yang tidak betul yang ditulis dalam blog
5. Siapakah Tengku Penglima Raja sebelum daripada ini?
6. Kenapa hanya merasa terharu dengan pihak yang mendoakan kesejahteraan kesihatan Sultan dan Pemangku Raja Kelantan saja tidak termasuk Raja Perempuan Kelantan dan Usrah D'Raja yang lain. Mengapa?
7. Apa sebenarnya yang hendak diberitahu oleh Pengelola.


Harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Jun: Pejabat Istana Diraja Kelantan merakamkan penghargaan sambil berharap tidak ada pihak yang membuat sebarang spekulasi berkaitan hal ehwal istana Kelantan.

Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, berilah peluang kepada keluarga diraja menyelesaikan apa juga masalah keluarga dengan cara yang diperuntukkan undang-undang.“Setiap dari kita dilahirkan sebagai pemimpin.

Pimpinlah dan kawallah orang di bawah pimpinan kita ke jalan yang benar dan diredhai oleh Allah swt.”Kita akan diadili oleh masyarakat di dunia ini dan oleh Allah swt di akhirat kelak. Marilah kita berdoa agar setiap daripada kita ditempatkan bersama insan yang soleh di akhirat kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak media yang memberi kerjasama pada saat-saat yang memerlukan perhatian ikhlas dari semua pihak.Menurutnya sedikit sebanyak berita yang disiarkan dapat membetulkan fakta tidak betul disebarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melalui kertas layang dan blog.”Saya merasa terharu dengan pihak yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan dan Pemangku Raja Kelantan,” katanya.

Abdul Halim juga berkata, semalam berlangsung majlis pengurniaan gelaran kebesaran negeri, Tengku Panglima Raja di Istana Negeri Kubang Kerian yang disempurnakan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.Katanya, baginda telah mengurniakan gelaran kebesaran negeri kepada Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz yang membawa gelaran Tengku Panglima Raja Kelantan.

Kata beliau gelaran tersebut berdasar kepada Perkara 43(1), Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian kedua.Perkara 44(1) perlembagaan yang sama pula menyebut baginda ada hak untuk mengurniakan gelaran Tengku Bendahara atau Tengku Temenggung atau Tengku Laksamana atau Tengku Panglima kepada mana-mana kerabat lelaki.”

Tengku Mohamad Rizam merupakan ahli Majlis Perajaan Negeri dan banyak berjasa kepada institusi kesultanan Kelantan.”Beliau yang kini bertugas sebagai pegawai kanan sebuah bank merupakan anakanda sulung kepada Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah dan cucu sulung kepada Almarhum Sultan Yahya Petra,” katanya.

Thursday, June 3, 2010

Pemuda jangan hilang fokus !

KJ

Pemuda UMNO telah terpesong daripada perjuangan asal sekiranya soal perlantikan Khairy Jamaluddin dijadikan agenda mendesak YAB Dato' Seri Najib supaya melantik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu kejawatan Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Tidak patut berlaku dalam kedewasaan UMNO ini soal jawatan dalam Kerajaan dijadikan sebab untuk mengkritik pucuk pimpinan, kerana jawatan dalam Kerajaan bukanlah menjadi wadah utama dalam perjuangan UMNO untuk menegakkan keadilan dan keamanan.

Banyak isu-isu lain yang boleh Pemuda UMNO menjadi pendesak kepada Kerajaan untuk menjaga keutuhan parti dari dijahnamkan oleh dasar-dasar yang tidak mengutungkan parti dan Kerajaan, seperti pemberian lesen judi, mengurangkan subsidi, rasuah dikalangan pembuat dasar dan menyambung perlantikan pembesar dalam kerajaan sehingga menutup peluang orang lain naik pangkat.

Bersuara secara terbuka apa yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri dalam menyusun barisan kabinet untuk mentadbir negara dibawah kepimpinannya adalah jalan yang salah telah dilakukan oleh barisan pemuda UMNO itu, kerana YAB Perdana Menteri tahu pada masa bila dan diwaktu mana yang sesuai seseorang itu patut dilantik ataupun tidak. Tak kira orang itu berjawatan tinggi dalam parti ataupun belum menjadi ahli parti, pokoknya YAB mahu barisan Menteri dan Timbalan Menteri dibawahnya boleh melaksanakan tugas ikut selera keputusan jemaah menteri.

Saya percaya YAB Perdana Menteri ada perhitungan yang lojik kenapa beliau belum melantik YB. Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kedalam barisan kabinetnya buat masa ini. YAB Perdana Menteri tentunya mahu apabila beliau membuat pilihan tidak akan ada suara sumbang akan mengiringi keputusan yang beliau buat nanti.

Rombakan kecil kabinet yang dilakukan sahari dua ini adalah untuk memenuhi selera kompenan BN yang masih belum reda dalam rumahtangga MCA dan MIC dan tentunya akan tiba masa pembersihan dalam jemaah menteri nanti apabila sampai masanya kelak.

Hanya apa yang perlu ahli-ahli UMNO buat ialah berdoa supaya YAB Perdana Menteri dapat kekuatan bagi menyusun semula Menteri Kabinetnya dan membuat pembersihan supaya Menteri yang tidak menempati inspirasi rakyat hendaklah digugurkan dan diganti dengan mereka yang mendapat sokongan dan dokongan ahli-ahli parti termasuklah tidak mencicirkan nama YB. Khairy Jamaluddin supaya suara orang muda dalam UMNO dan diluar UMNO akan berbahagia.

Khairy (KJ) perlu berada dalam kabinet Dato' Seri Najib bagi mengelakkan berlaku fitnah dan tohmah kononnya hubungan mereka berdua tidak rapat sepertimana rapatnya Dato' Seri Najib dengan Mukhris Mahathir. Wal hal kedua-dua pemuda itu adalah aset kepada UMNO dimasa yang akan datang.

Yahudi - Perang dan Serang.


gambar mayat dikerat 14 kerana kekejaman
Israel mengganas, membunuh.

suara Islam hanya melaung

berdemo dikedutaan amerika

untuk apa?

untuk melahirkan kemarahan

untuk melahirkan simpati

untuk menunjukkan kebencian

lagi untuk apa?


O.I.C

bangkitlah

berjuang dan berperang

untuk apa?

untuk menghapuskan kezaliman

untuk melenyapkan kekejaman

untuk mencari keamanan


semuga umat dapat nikmati kedamaian.

Wednesday, June 2, 2010

Tok Pa' terlalu baik

Dato' Mustapha Mohamed
Kesibukan Dato' Sri Mustapha Mohammed (Dato' Pa) sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang selalu keluar negara bagi menjalankan tugas membuat beliau tidak sempat berhenti lelah bagi mempastikan UMNO Kelantan akan bertaring dan dapat merampas negeri Kelantan dari gengaman oleh PAS.

Semua kegiatan harian beliau telah dimuatkan dalam facebook yang mana orangramai boleh mendapat perkhabaran tentang kegiatan beliau hari-hari sama ada menjalankan tugas sebagai menteri ataupun sebagai pemimpin parti.

Walaupun beliau berterusan menjalankan tugas dan tanggongjawab sebagai seorang menteri dan sebagai ketua UMNO Kelantan, beliau tidak kelihatan letih, bahkan selalu ceria semasa melayan orangramai. Dalam kepayahan mentadbir UMNO Kelantan beliau tetap akan mencuba dengan pendekatan semangat kekeluargaan dikalangan ahli-ahli Badan Perhubungan UMNO kelantan.

Cara beliau yang baik dan terlalu baik itulah yang menjadi penghalang kepada UMNO Kelantan untuk mengalahkan PAS di Kelantan kerana rakyat melihat UMNO tidak seriau untuk merampas Kelantan ditangan PAS kerana gelakat Bahagian yang tidak menampakkan kesungguhan untuk merapatkan barisan dikalangan ahli-ahlinya.


UMNO Bahagian Tanah Merah dan Rantau Panjang menjadi contoh bahawa UMNO tidak dilihat untuk bersatu tapi terlalu banyak berpolitik sesama sendiri. Tok Pa' telah memberi banyak ruang untuk pemimpin dan ahli UMNO Bahagian tersebut untuk bersatu dengan cara tidak banyak mencampuri urusan dalaman tapi kebaikan yang ditunjukkan oleh Tok Pa' itu tidak disambut dengan berhemah oleh UMNO Bahagian tersebut.

Sayang UMNO tidak dapat merealisasikan slogan "Bersatu kita teguh" sebaliknya masing-masing mengamalkan sikap 'biar sama saja" yang akhirnya PAS akan terus menjadi sebuah kerajaan yang tidak dapat ditumbangkan lagi.

Tuesday, June 1, 2010

SPRM di Kelantan.

'orang politik jadi buruan'

Kedudukan ahli-ahli politik di negeri Kelantan, tidak kira dari PAS atau pun UMNO mulai terasa bahan dengan keseriusan pihak SPRM membuka fail siasatan berhubung amalan rasuah yang telah dilapurkan oleh orangramai kepada badan tersebut.

Dari Pejabat Menteri Besar hinggalah kepada pejabat UMNO Bahagian diseluruh negeri Kelantan akan menjadi fokus pihak SPRM bagi menjalankan siasatan dan membuat pendakwaan sekiranya lapuran yang diterima itu ada bukti yang kukuh terdapat berlakunya rasuah jenayah dikalangan pemimpin parti politik.

Diantara isu yang disalurkan oleh orangramai terhadap pemimpin Kerajaan dan parti politik adalah berhubung dengan kehidupan yang terlampau mewah dikalangan mereka. Orangramai menghitung dari duit gaji sejak mula mereka bertugas sehingga hari ini adalah jauh beza pendapatan sebenar dengan apa yang mereka ada pada hari ini.

Was-was tersebutlah yang menyebabkan rakyat curiga terhadap mereka, dari manakah harta dan kemewahan yang diperolehi oleh mereka itu sedangkan gajinya tidaklah boleh membuat mereka itu tenggelam dalam kemewahan dengan wang dan harta yang berkarung.

Ada dikalangan pemimpin politik yang berjawatan dalam kerajaan dan berkuasa diperingkat bahagian mempunyai rumah besar seperti istana, kereta besar dan mewah, pakaian yang berjenama harga mahal, jam tangan ratusan ribu, buka satu tapi banyak dan berbagai-bagai kemewahan yang ada pada mereka yang boleh dicurigakan.

Lantaran itu adalah menasabah pihak SPRM menjejaki mereka dengan secara serius sesuai dengan motto Suruhanjaya tersebut yang akan bertindak terhadap pengamal rasuah sehingga ke akar umbi. Terdekat mungkin ada pemimpin parti politik dari negeri kelantan akan didakwa dimahkamah diatas tuduhan rasuah.

Bersedialah mereka itu untuk menghadapi ujian hidup ini, siapkanlah peguam-peguam yang handal yang boleh melepas dan membebaskan mereka dari terperuk kedalam penjara besi yang memisahkan mereka dengan harta yang berkarung itu. Tapi tak usah takut kalau tidak melakukannya kerana negara kita sentiasa mengamalkan ketelusan dalam menjatuhkan hukum kepada rakyatnya.

Tahniah kepada SPRM kerana menjalankan tugas dengan tidak memilih bulu. Yang melakukan rasuah jenayah patut dihukum penjara, cepatkan proses pendakwaan supaya menjadi pengajaran kepada yang lain dari terus mengamalkan rasuah.