Saturday, April 9, 2011

Serawak akan bertukar rasa

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Serawak yang akan berlangsung pada 16hb. April 2011 di 71 kawasan akan membawa angin perubahan kepada seluruh rakyat Serawak dalam menentu masa depan politik kepada BN.

Tidak mustahil kerajaan BN yang dipimpin oleh Taib Mahmud akan direhatkan oleh rakyat Serawak dari terus menubuhkan kerajaan seperti mana yang pernah belaku di Negeri Trengganu semasa dibawah pimpinan Wan Mokhtar dulu.

Berada di Serawak dan mendampingi pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat berbagai etnik atau suku kaum disini tentunya akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'mood' orang Serawak hendak mengundi pada pilihanraya nanti.

Orang Kuala Lumpur yang pro BN yang datang ke Serawak tetap mempertahankan hujahnya bahawa BN akan menang besar terutamanya orang orang UMNO yang ramai datang ke Serawak bagi membantu calun-calun BN. (Perlu diingat bahawa di Serawak ini rakyatnya tidak memerlukan kepada.UMNO).

Manakala Pakatan Rakyat tetap optimis. kali ini sudah sampai masanya kerajaan Taib Mahmud akan diganti dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Serawak dan apa yang diwar-warkan oleh Dato' Seri Anuar Ibrahim bahawa akan ada kejutan di Serawak akan berlaku nanti selepas 16hb. April.

Secara sulitnya dari 71 kerusi yang dipertandingkan sudah 10 kerusi yang menanti untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat tak kiralah parti mana yang menang tapi wakil dikawasan tersebut yakin mereka boleh menang dan bertekad untuk menganti Taib Mahmud.

Isyarat jelas apabila ratusan ribu rakyat di MIRI semalam membanjiri tempat ceramah Anwar Ibrahim yang mana sebelum daripada ini tidak pernah berlaku di Serawak begitu ramai orang keluar untuk memberi sokongan kepada.parti politik hatta semasa kuasa Taib Mahmud masih kuat dan berbisa.

Rakyat mula turun bersama Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk merubah kerajaan BN di Serawak bagi mendapat keadilan dan hak yang selama ini dikongkong oleh golongan elit dari kalangan orang politik BN.

Akan bertapak kukuhkah PAS di Serawak selepas pilihanraya ini. Ini sudah terjawab kerana sudah ada perkembangan baik yang mana sokongan rakyat Serawak kepada pejuangan membangun bersama ISLAM bertambah ramai dan kemungkinan PAS akan ada wakil rakyatnya sendiri di Serawak nanti. Insya Allah.
Published with Blogger-droid v1.6.5

2 comments:

mahaza said...

Harapnya begitulah... semoga rakyat sarawak mengingati hari-hari kempen ini dan menukarnya kebentuk undi dan tidak mengubahnya disaat-saat akhir apabila di jolok RM RM yang makan sebulan pun tak cukup

Nor Azman bin Sukerman said...

Insya Allah Pakatan Rakyat akan bergerak dari Petrajaya ke Putrajaya.