Thursday, September 30, 2010

Siapa lawan Tengku Razaleigh di Galas.



'Apabila Ku Li jadi Pengarah Pilihanraya, Tok Pa tersepit'


Dato' Sri Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

646 undi bukan satu angka yang besar dalam kemenangan piliharaya dan PAS tahu itu. Piliharaya kecil DUN Galas tentunya PAS akan berusaha lagi kuat untuk mengalas DUN Galas dalam pelukannya manakala UMNO akan menafikan hak PAS melalui perlantikan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas kali ini.

Apakah kerana ada angkat 46 maka Tengku Razaleigh diberi peluang untuk mempastikan UMNO menang dalam piliharaya kecil kali ini sedangkan peranan yang lain nama Ku Li tidak ada dalam kepala pemimpin UMNO pusat. 46 adalah bekas parti yang ditubuhkan oleh Ku Li untuk mengalahkan UMNO/BN dalam piliharaya umum 1990.

Kenapa tiba-tiba UMNO memikirkan Ku Li telah mustahak, setelah Ku Li sekali lagi berada di pentas yang sama dengan pemimpin PAS terutamanya Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam isu-isu Kelantah terutamanya soal royalti minyak. Sedangkan UMNO tahu, pernah dizaman Tun Mahathir Mohamed Ku Li telah diberi kepercayaan untuk memulihkan UMNO Kelantan tapi gagal.

Apakah kerana Ku Li Ketua UMNO Bahagian Gua Musang dan DUN Galas berada dalam Bahagian tersebut maka diberi kepercayaan kepada beliau, itu adalah tidak logik kerana ditempat lain pun pernah berlaku piliharaya kecil tapi Ketua Bahagian tidak dilantik sebagai Pengarah Piliharaya Kecil ditempat tersebut, contohnya piliharaya kecil Manik Urai.

Ramalan saya yang kerdil ini, Ku Li diberi kepercayaan kerana nak ambil hati bukan kerana Ku Li dilihat sebagai pemimpin besar yang boleh meranapkan PAS di Kelantan ataupun di Gua Musang kerana kalaulah Ku Li dikira orang yang masih berkebolehan kenapa selama ini Ku Li disishkan dalam pentadbiran parti dan Kerajaan.

Nampaknya pemimpin UMNO takut kepada bayang-bayang Ku Li, sekiranya Ku Li tidak dilantik sebagai Pengarah Piliharaya Kecil nanti, parti UMNO akan kalah dan sesiapa yang menjadi Pengarah Piliharaya akan bertanggongjawab diatas kekalahan itu. Inilah nampaknya para pemimpin UMNO cuba nak elakkan kerana tak mahu tanggong malu.

Bagaimana nanti walaupun UMNO melantik Ku Li sebagai Pengarah Piliharaya tersebut BN kalah juga dan PAS akan menambah mejoriti tentunya Ku Li akan dikatakan sudah tidak berpengaruh lagi dan rakyat telah menolak Ku Li maka mudahlah Dato' Sri Mustapha Mohamed mengugurkan Ku Li sebagai calun Parlimen dalam piliharaya umum ke 13 nanti.

Sebab itukah Ku Li dilantik kerana UMNO tahu untuk mengalah parti pembangkang sekarang ini adalah terlalu sukar ditempat yang mana pembangkang telah menang kerana ditempat kerusi BN menang pun BN tidak dapat pertahankan. Dan di Dun Galas kali ini UMNO akan kalah lagi sekiranya PAS dapat menyusun jenteranya dengan lebih kemas dan tidak terlalu optimis seperti piliharaya kecil Manik Urai lalu.

PAS juga akan selesa kerana Ibrahim Ali, Presiden PERKASA tidak akan turun dengan secara agrasif kerana beliau juga mahu menguji kekuatan UMNO, apakah tanpa kuasa ketiga UMNO boleh mengalah PAS di Kelantan. Dan mungkin juga ada calun bebas yang ditaja oleh PERKASA nanti?.

Yang akan menjejaskan PAS nanti apabila ada pengundi di DUN Galas mempersoalkan, siapakah Pengarah Piliharaya nanti yang bakal berhadapan dengan seluruh jentara UMNO dan Kerajaan pusat. Apakah PAS akan mengekalkan Fatah Harun dan Cik Gu Wan Rahim, masih wajarkah PAS mengekalkan mereka berdua itu atau PAS akan melantik orang lain untuk menghadapi ribut yang akan dibawa oleh UMNO nanti.

UMNO sedang berdoa supaya PAS mengekalkan mereka berdua itu kerana UMNO sudah boleh baca taktik dan startegi PAS semasa piliharaya kecuil Manik Urai lalu dan UMNO yakin boleh menang bukan saja menang tapi menang dengan bergaya dan mejoriti yang besar. Tapi sekiranya PAS melantik orang baru maka susahlah UMNO hendak membaca tektik dan startegi PAS kelak.

Apa Ku Li akan kata dalam kempen piliharaya kecil nanti berhubung dengan isu royalti minyak, FDI yang Tok Pa tidak berkata betul dan melayu mesti ada kuasa ketiga, Apa Ku Li akan buat terhadap ahli-ahli UMNO yang kecewa apabila tidak dipilih sebagai calun sedangkan mereka sekarang sedang berangan-angan dan tak 'jenera tidur' untuk menjadi calun walau pun dia tahu sekiranya dia jadi calun BN akan kalah. Kerana jadi calun dalam UMNO sekarang ini dapat wang poket yang banyak dan lepas piliharaya boleh beli kereta baru, rumah baru dan boleh pergi 'makan angin' diluar negara.

Setelah UMNO umum Ku Li sebagai Pengarah Piliharaya, siapa pula dari PAS.


3 comments:

sharp shooter said...

Gapo pulop hok jd kat KU LI kalu BN Kaloh di Galas..

zeme said...

Salam Tuan Hj,

Pengumuman perlantikan YBM Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional di DUN Galas adalah suatu strategi psikologi oleh BN keatas parti lawan. Seperti diketahui DUN Galas adalah kubu kuat UMNO sebelum dimenangi PAS, itu pun kekalahan calon BN yang lalu mantan YB Mohamad Saufi Deraman, dikhabarkan tidak mendapat sokongan akar umbi oleh pihak UMNO sendiri.

Jadi, dengan perlantikan YBM Ku Li ini adalah kemenangan moral dan awal untuk BN dan itu pun sekiranya BN meletakkan calon yang mendapat sokongan akar umbi.

Sejak dahulu lagi sewaktu arwah datuk saya, Allahyarham YB Dato' Hj Abd Ghani Abu Bakar memegang DUN Gua Musang (dalam parlimen Ulu Kelantan yang diterajui YBM Ku Li)sebelum Gua Musang dijadikan parlimen dan DUN Galas diperkenalkan sememangnya menjadi kubu kuat UMNO dengan sokongan padu rakyat setempat dan sokongan kaum orang asli. Gua Musang dan YBM Ku Li adalah sinonim, tidak kira beliau parti S46 atau UMNO. Maka kelebihan ini serba sedikit telah sedikit menyukarkan parti lawan PAS atau PKR untuk mempertahankan kemenangan pada PRU 2008 yang lalu.

Soal calon akan menjadi kelebihan kepada BN dan kekuatan jentera pilihanraya DUN Galas bagi PAS tau PKR menjadi lawan kekuatannya. Jadi boleh disimpulkan, saingan menarik DUN Galas nanti.

Wasalam.

Anonymous said...

Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.

Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.

Cepat sebelum tawaran ini habis..
- Anak jati Kelate di perantauan