Wednesday, September 1, 2010

Sanggupkah Dolah dan Mat Zin berkorban?

Abdullah Mat Yassin (Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang) mangsa permainan politik orang atas.

Satu lagi UMNO Kelantan dapat memberi sumbangan kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib dengan menghadiahkan Perlimen Rantau Panjang dalam PRU ke 13 nanti, ekoran perang saudara diantara kumpulan Abdullah Mat Yassin dan Mat zain, selesai dengan cara baik.

Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh ahli-ahli UMNO Rantau Panjang, setelah krisis ini selesai dapatlah ahli-ahli parti membulatkan tekad bagi bekerja untuk memberi kemenangan kepada parti dalam pilihanraya umum nanti.

Semuga dengan penyelesaian ini tidak ada sesiapa yang disisih, semuanya ada peranan dan tugas. Masing-masing perlu hadap kepada PAS bagi menjamin BN dapat tawan semula kerusi Parlimen dan DUN Bukit Tuku serta Dun Gual Periok, biarlah DUN Meranti kekal ditangan Dato' Nasaruddin Speaker tidak menjadi masaalah kerana DUN tersebut tradisi PAS.

Yang tinggal lagi, kesesuaian calun bertanding yang perlu UMNO beri perhatian, rakyat Rantau Panjang juga sedang mematau siapakah yang akan mereka pilih untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat nanti. Tak kena pilih calun maka parti itu akan ditolak dalam pilihanraya umum. Oleh itu UMNO kena berhati-hati dalam memilih calun untuk bertanding kelak.

Muka-muka yang sudah ditolak dalam piliharaya lalu hendaklah direhatkan sebagai calun, berilah muka baru yang sebulu dengan kehendak rakyat, yang tersisih dari krisis, yang tidak terlibat dalam skandal dan penyiasatan rasuah. Ramai lagi yang ada dan berpontasi jadi wakil rakyat dikalangan UMNO.

Kalau perlu bawa balik anak tempatan yang berada di Kuala Lumpur yang dekat dengan rakyat walaupun tidak ada jawatan penting dalam parti, hatta orang yang sentiasa memberi sumbangan kepada UMNO Bahagian Rantau Panjang secara langsung ataupun tidak langsung. Yang perlunya UMNO pasti menang.

Sekiranya gambar yang sama, cerita yang sama, penjual kacang butir yang sama dijaja seperti menjaja wayang gambar publik lesen pada zaman dulu maka UMNO tak usah mimpi mahu menang dalam pilihanraya nanti kerana watak-watak 2008 akan menjelma kembali yang akan mempastikan tokoh yang mereka sudah tolak tidak akan ada tempat di Parlimen ataupun DUN.

Kita jangan mudah bertepuk tangan dengan pengistihar yang dibuat oleh Abdullah Mat Yassin dan Mat Zin kelmarin, tapi yang perlu diberi perhatian apakah mereka yang terlibat dalam krisis UMNO Rantau Panjang itu berlapang dada sekiranya mereka tidak dipilih sebagai calun dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sekiranya mereka ikhlas, dari sekarang mereka boleh berkata, "yang pentingnya bukan saya tapi parti oleh itu saya tidak akan menerima tawaran sebagai calun dalam puiliharaya umum nanti". Itulah perjuangan dan pengorbanan kepada parti namanya.

Jangan hantar Ezam Md.Nor jadi calun diRP sudahlah.



No comments: