Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Abdul Ghani Che Kassim menafikan mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana media semalam bahawa pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra telah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1".Beliau menjelaskan sehingga ini nombor pendaftaran berkenaan masih berada dalam pemilikan JPJ Kelantan.Beliau mengulas laporan akhbar The New Straits Times semalam yang memetik Abdul Ghani sebagai berkata Pemangku Raja Kelantan berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan "DBQ 1" pada harga RM145,000."Dengan penjelasan ini, laporan dalam akhbar berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Beliau berkata siri nombor pendaftaran kenderaan DBQ 1 telah ditawarkan melalui sistem tender terbuka. (berita dari malaysiakini).
Kenapa jadi begini, apa perlu sangat hendak dihebohkan siapa dapat dan beli no plat kereta daripada JPJ, Kan sejak lama dulu lagi untuk mendapat no plat kereta yang bagus mesti melalui sistem tendar terbuka. Dari mana agaknya akhbar The New Straits Times dapat berita yang dinafikan oleh Pengarah Jabatan Pengakutan Jalan Kelantan itu.
Dan tidak menasabah untuk mendapat nombor plat "DBQ 1" harganya sampai RM145.000, itu dah dapat sebuah rumah teres kelas A dan kalau rumah untuk rakyat miskin dah dapat 4 biji. Sungguh tidak menasabah.
Tapi kalau RM25,000 itu, boleh dipercaya.
1 comment:
Kalau betul tender terbuka,mesti ada dokumen... so SPRM masuk tengok file tersebut la... Serasa ambo JPJ dah iklan di papan kenyataan di JPJ Panji DBQ1 dah ada pemilik nya.... mcmana boleh main tarik tali... DBP1, DBR1 & DBS1 sapa yang punya ye?
Post a Comment