Pentas PERKASA di Pasir Mas kelmarin (25.9.2010) menjadi gelanggang menghentam pemimpin UMNO. Tidak seperti yang diharapkan semuga NGO PERKASA akan terus bersuara supaya Perlembagaan Persekutuan dipertahankan, Kedaulatan Undang-Undang tidak dicemari dan orang melayu diseru bersatu supaya kuasa melayu tidak akan menjadi milik orang lain.
Entah kenapa Presiden PERKASA masih lagi menyuarakan rasa tidak senang hati kepada pemimpin UMNO terutamanya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO YB. Khairy Jamaluddin (KJ), YB.Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agong UMNO dan YB. Nazri Aziz ahli MT UMNO sedangkan isu tersebut hampir reda.
Sedangkan yang hadir diperhimpunan itu bilangan besarnya ahli-ahli UMNO termasuk juga ahli Majlis Tertinggi UMNO YB. Tajuddin Rahman dan bekas Presiden UMNO Tun Mahathir Mohamed. Menyerang pemimpin UMNO bererti mengetuk kepala ahli-ahli UMNO kerana sedikit sebanyak menjejaskan imej UMNO.
Yang peliknya ahli-ahli UMNO yang menjadi ahli majlis tertinggi PERKASA bertepuk tangan apabila pemimpin UMNO di 'jeh' oleh Presiden PERKASA yang bukannya ahli UMNO, tergamak mereka itu bertepuk tangan menandakan setuju pemimpin UMNO dihentam didepan mereka dan didepan khalayak ramai. Sebagai ahli UMNO, walaupun kita tidak setuju dengan pemimpin kita janganlah pula kita menjadi tukang sorok untuk memalukan pemimpin kita.
Saya setuju dengan Ibrahim Ali, Presiden PERKASA memberi amaran sama ada kepada KJ, Tengku Adnan Mansor dan Nazri Aziz supaya jangan jadi penghalang kepada tindakan PERKASA berjuang untuk kepentingan melayu kerana Ibrahim Ali bukannya ahli UMNO.
Tapi kepada pemimpin PERKASA yang ahli UMNO adalah terlalu janggal bersorok apabila bukan ahli UMNO menghentam pemimpin UMNO kerana sebagai ahli parti mereka kena tahu bahawa UMNO juga berjuang untuk mempertahankan kuasa melayu. Sekira begitulah sikap ahli-ahli UMNO yang sudah tergamak menghina pemimpin UMNO adalah lebih baik mereka itu keluar dari parti UMNO. Lebih 'gantelman' dan berprinsip.
Nampaknya dengan ujudnya PERKASA, UMNO menjadi tidak stabil, pemimpin UMNO berbelah bagi pendapat sama ada UMNO mesti sokong perjuangan PERKASA secara aktif ataupun menyokong PERKASA sebagai satu badan NGO yang berteraskan perjuangan untuk orang-orang melayu.
Dari segi politiknya keujudan PERKASA tidaklah menguntungkan UMNO dari menarik undi orang PAS dan Keadilan supaya menyokong UMNO tapi boleh meredakan keangkuhan parti parti politik yang bukan melayu yang cuba mengambil kesempatan dari slogan yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu 1Malaysia.
Nasib baik ada melayu yang berani seperti Ibrahim Ali untuk menghadapi suara-suara sumbang rakyat malaysia keturunan bukan melayu, nak harapkan kepada pemimpin UMNO sekarang teramat lesu kerana mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada meletakkan perjuangan dihadapan.
Ibrahim Ali hendaklah meneruskan perjuangan bersama PERKASA, tapi hentikanlah berbalah dengan pemimpin UMNO kerana UMNO juga sama berjuang seperti Ibrahim Ali iaitu untuk mempertahankan melayu supaya kuasanya tidak terhakis. Dan untuk memperkuatkan melayu apa salahnya Ibrahim Ali mengajak sama UMNO, PAS dan KEADILAN supaya duduk semeja berbincang soal perpaduan melayu. Ibrahim Ali akan lebih menjadi 'hero melayu' sekiranya dapat menyatukan pemimpin politik melayu bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan melayu.
Untuk kedamaian, KJ, Tengku Adnan dan Nazri Aziz lain kali janganlah 'celupar mulut tu' nak memberi kenyataan dan bercakap pandang-pandang dan dengarlah dulu, jangan nak jadi hero seperti pelakun wayang gambar purba, hidup kerana ada studio dan apabila studio ditutup hilanglah jawatan dan pekerjaan. kita tu bukan jenis manusia yang bersih sangat, ingat-ingatlah.
Takut nanti Anwar Ibrahim berjaya menuju ke PUTRAJAYA, tidak mustahil bukan?.
No comments:
Post a Comment