Friday, September 24, 2010

UMNO boleh perintah Kelantan.


MENTERI Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah dilapurkan berkata Kerajaan dijangka memperuntukan bajet yang tinggi tahun depan melebihi RM191.5 billion apabila Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangnya diparlimen pada Oktober 2010 nanti.

Tentunya kepada ahli-ahli perniagaan sedang mengintai peluang untuk menerokai bidang perniagaan yang boleh menguntungkannya hasil daripada pengumuman yang akan diistihar oleh Kerajaan nanti ini termasuklah memperkenalkan berbagai-bagai projek yang boleh membuat untung yang lumayan.

Yang akan diperbincangnya nanti ialah kepada siapa keuntungan peruntukan kerajaan yang melebihi ratusan juta billion ringgit akan dikecapi, bagainmana dengan tahap pendapatan rakyat biasa hasil perbelanjaan kerajaan itu akan memberi nikmat. Atau keuntungan hanya akan melimpah ruah kepada ahli-ahli perniagaan yang menjadi kenalan rapat dengan mereka yang mempunayi kuasa untuk mengagihkan peruntukan nanti.

Apakah rakyat hanya sekadar boleh mengecapi kemudahan pasarana seperti pembesaran jalanraya, tambahan bangunan sekolah, masjid yang besar dan segala kemudahan asas yang dibina dengan peruntukan berjuta-juta ringgit tapi keuntungan kewangan menjadi milik taukeh-taukeh besar sedangkan pendapatan dan pebelanjaan rakyat biasa kekal seperti biasa.

Di Kelantan kecur apabila ada syarikat nak melabur RM4billion melalui PAS dan Kerajaan Kelantan. Ada-ada saja sejarah yang tercipta dinegeri Kelantan sejak akhir-akhir ini. Dan inilah yang menyebabkan Kelantan dikira sebagai sebuah negeri yang unik. Tak usahlah saya ceritakan apa yang unik itu kerana semua rakyat malaysia dan dunia juga tahu.

Yang dinanti-nantikan oleh rakyat kelantan, apakah kerajaan pusat akan memperuntukkan perbelanjaan kepada kerajaan kelantan sebanyak RM2billion sepertimana yang dituntut oleh kerajaan kelantan hasil daripada royalti minyak.

Cita-cita Kerajaan BN untuk merampas kelantan dari PAS akan berkesan sekiranya hak rakyat kelantan diambil kira dalam pengumuman bajet nanti. Sekiranya RM2billion yang dinanti-nantikan oleh rakyat kelantan itu dapat disalurkan dengan baik kepada negeri kelantan, maka tidak mustahil rakyat kelantan juga akan membalas jasa kerajaan pusat nanti.

Cara lain sudah tidak berkesan dalam memenangi hati rakyat kelantan, cara UMNO memujuk rakyat kelantan sudah basi dan beku serta tidak boleh dipakai lagi, makin banyak bercakap oleh Ketua UMNO Bahagian makin meluat rakyat kelantan mendengarnya, Semua percakapan pemimpin UMNO dianggap retorik oleh pengundi kelantan.

Sifir yang boleh dipakai di kelantan adalah dengan kerajaan BN bermurah hati menawarkan kerjasama dengan rakyat kelantan, beri hak mereka dengan cara telus dan minta mereka memberi undi kepada BN dengan menawarkan calun-calun yang boleh diterima oleh mereka, jangan lagi meletakkan calun BN yang telah ditolak oleh rakyat tempatan.

Kerajaan BN kena sayang kepada Tok Guru Nik Aziz sepertimana rakyat kelantan sayang kepada beliau, lagi pun Tok Guru Nik Aziz sudah sampai penghujungnya dalam politik kelantan, maka tidak akan hilang maruah UMNO sekiranya berbaik sangka dengan Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan ulama.

Sudah menjadi rahsia umum, rakyat kelantan menolak UMNO bukan kerana bencikan kepada parti UMNO, tapi ada perkara yang tidak menyenangkan hati rakyat kelantan yang telah ditunjukkan oleh UMNO. Ahli UMNO yang boleh mendamping rakyat dan disenangi oleh rakyat diketepikan oleh UMNO sedangkaan mereka yang telah ditolak oleh rakyat yang itulah UMNO pertahankannya.

Cuba ubah ikut selera rakyat kelantan nescaya UMNO masih ada tempat disudut hati rakyat kelantan, apatah lagi apabila royalti minyak yang sepatutnya menjadi hak milik rakyat kelantan dipulangkan ke Kelantan sepertimana saranan yang telah dibuat oleh YBM tengku Razaleigh Hamzah.

Percayalah ratusan ribu rakyat kelantan yang berada diluar kelantan akan pulang mengundi UMNO apabila mereka melihat kerajaan pusat telah berlaku jujur kepada negerinya dan UMNO dapat meletakkan calun yang bersih yang boleh serasi dengan kehendak rakyat.

UMNO Kelantan kena ubah startegi dan penyususan semula pentadbiran Perhubungan dan Bahagian hendaklah dilakukan selepas Perhimpunan Agong UMNO Malaysia nanti sekiranya pemimpin UMNO berhasrat supaya BN menjadi Kerajaan di Kelantan.

Kerana Kelantan sudah mula pembaharuan.


2 comments:

Anonymous said...

umno parti politik, pas pun parti politik sapa yg pandai main wayang depa akan menang itu saja tak da soal apa2 dlm prhatian aku yg menentang umno pas, umno dah berbuih mulut cakap pasal perpaduan melayu tapi n ajis/pa akan hilang sengat, jadi cara trbaik menentang umno dgn bersekutu dgn dap walau pun dgn jelas dap menolak islam dan melayu....apa yg perlu main wayang saja beb...bye

zukri said...

Boleh.nak seribu perubahan, tak nak jangan berubah.