Kenyataan Akhbar Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan adalah disedut untuk diulas selepas 15hb. September 2010 ini. Anda berpeluang mengikuti perkembangan mutakhir berhubung dengan 'Kemelut Istana Kelantan' yang sudah dikatakan krisis selesai oleh akhbar sinar harian, sedangkan hakikatnya "selesai pada orang yang tak tahu, tapi belum selesai pada orang yang tahu". Apa maksudnya anda bolehlah mengikuti lapuran akhbar yang dipetik dari kenyataan YAM Tengku Marjam Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Kekanda sulung kepada KDYMM Sultan Ismail Petra.
Saya teramat bersetuju dengan saranan YAB Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz yang mahukan supaya isu PEMASYHURAN tidak dijadikan berita sensasi yang bermaksud 'rumah siap pahat tak usah lagi berbunyi'. Tapi oleh kerana ada kes-kes yang belum diputuskan diMahkamah, maka adalah perlu semua rakyat bertenang dan tunggulah keputusan muktamatnya.
Topiknya" 23A Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya. Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak' untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat dibawah bahagian ini.
Untuk pengatahuan semua, Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah merupakan peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai 2010 iaitu setelah Majlis Penasihat Raja yang bersidang pada 18 hb Julai 2010 telah menyembah nasihat ke hadapan YMM Pemangku Raja supaya menitahkan di bawah perkara 3 (2) meminda Bahagian Yang Kedua kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan melalui Perwawai.
Ingat, melalui PERWAWAI.
No comments:
Post a Comment