Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) itu adalah Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Bebas yang menang bertanding diatas lambang PAS pada pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008 di Parlimen Pasir Mas. Saya pernah menulis bahawa Ibrahim Ali adalah ahli politik yang paling berjaya di Malaysia bahkan mungkin juga didunia yang mana beliau menjadi wakil rakyat perlimen mewakili berbagai-bagai parti.
Usaha dan kegigihan beliau telah berhasil. PERKASA yang ditubuhkan itu telah dapat mengumpul ahli yang agak ramai walaupun masa penubuhan PERKASA adalah terlalu baru, kini PERKASA telah diiktiraf oleh ahli-ahli UMNO yang mana boleh dikatakan 90% ahli PERKASA adalah terdiri daripada ahli UMNO. Itulah sebab saya katanya UMNO Delima.
Tindakan mereka itu wajar kerana dalam pemuafakatan BN kepercayaan diantara satu sama lain dalam memperjuangkan semangat BN perasaan tiap-tiap kaum hendaklah dijaga. Diatas kepercayaan bahawa PERKASA hanya berjuang untuk orang-orang melayu saja yang mana isu yang dibawa oleh PERKASA kadang-kadang mecemaskan bangsa lain dan untuk mengelakkan kesepakatan BN tidak ugah, itulah menyebabkan KJ, Tengku Adnan dan Nazri Aziz mengambil usaha untuk UMNO dilihat tidak menyokong NGO yang dilihat berjuang untuk satu bangsa sahaja.
Ugutan PENAWAR terhadap Tengku Adnan Mansor supaya beliau meminta maaf secara terbuka kepada Ibrahim Ali dan PERKASA dan sekiranya gagal meminta maaf Tengku Adnan Mansor diminta meletakan jawatan sebagai Setiausaha Agong UMNO itu telah mempamirkan seakan-akan satu kecelakaan akan berlaku terhadap UMNO.
Tahukah PENAWAR, Ibrihim Ali tidak menuntut supaya Setiauasaha Agong UMNO Malaysia memohon maaf secara terbuka, cukup dengan datang berjumpa dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku dalam mesyuarat diantara parti-parti kompenan BN, kerana Ibrahim Ali juga tahu, UMNO juga kena menjaga hati rakan-rakan bangsa lain dalam BN.
Oleh itu, janganlah adanya NGO melayu yang cuba berlebih-lebih yang nanti rakyat akan melihat UMNO sudah tidak dihormati lagi, harga UMNO terlalu murah apabila dibandingkan dengan PERKASA dan sekiranya rakyat berpendapat demikian buat apa lagi untuk rakyat menyokong UMNO, lebih baik sokong calun-calun PERKASA yang bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Kalau PENAWAR nak tunjuk hebat lebih baik alihkan target kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Ab.Razak meminta supaya memecat terus Tengku Adnan Mansor dari memegang jawatan Setiausaha Agong. Manalah tahu kalau-kalau nanti salah seorang ahli PENAWAR akan diberi tempat mengantikan tempat Tengku Adnan Mansor.
2 comments:
Habis parti komponen yang menyokong NGO kaum mereka macamana? Kenapa tak minta mereka putuskan hubungan seperti mana UMNO diminta menjauhi PERKASA. Bagaimana pula dengan kenyataan Presiden MCA, bahawa MCA sanggup bersama malah pernah bersama DAP untuk kepentingan kaum cina. kalau melayu semua tak boleh. Lain kali nak ulas pun janganlah terperasan anggap kita sahaja betul.Jangan anggap oarang melayu bodoh seperti tuan yang tak nampak permainan politik kaum cina Nak tanya sikit apa tujuan diletakkan cerita 1998(Khidmat sukarela tu).
sdr ahmad, baca biar faham, baru ulas. bukan pasal NGO dan kompenan yg hendak saya ketengahkan, yang dikatakan disitu kenapa terlalu ghairah nak jadi hero sehingga lupa siapa kita sebenarnya.
sekiranya ramai melayu berfikiran seperti ahmad ni,cepatlah melayu tumbang.
Post a Comment