Pernah kita dengar perkataan 'Kasanova' satu istilah yang diberi kepada setiap lelaki yang menjadi pujaan dan kegilaan gadis-gadis kerana watak yang dilihat,kacak,menawan,kaya dengan lebih tepat lagi menampakkan KETERAMPILAN yang cukup menakjubkan.
Ertinya dalam dunia hari ini kepada sesiapa yang dapat membentuk personaliti diri dengan cara keterampilan yang megkagumkan semua orang akan percaya kepadanya dan menjadi pujaan serta mendapat pujian yang melangit daripada orangramai. Maka hiduplah dia dalam dunia yang belum tentu dapat tidur lena dengan lelapnya.
Banyak contoh yang telah ditunjukkan diatas dunia ini yang mana kemasyuhuran seseorang itu jatuh tersungkur kerana keterampilan bukan kerana hak semula jadi tapi diokestreat untuk mendapat sesautu dengan cara yang tidak menasabah. Seperti mana terdapat dalam cerita lagenda arahan P.Ramlee.
Maka sesuailah Rais Yatim selaku Menteri Penerangan dan Barang Purba untuk meneruskan kempen 'RUKUN NEGARA' supaya rakyat Malaysia dapat betul-betul menghayati setiap butir yang ditulis supaya nilai seseorang manusia itu bukan saja dapat diterima oleh masyarakat tapi juga akan kekal disyurga diakhirat nanti.
Memahami dan menghayati Rukun Negara akan membuat rakyat hidup dalam keadaan rasa bersyukur, damai dan senang dalam menumpang dunia ini, tidak akan ada manusia sanggup membunuh anak yang baru dilahirkan, tidak akan ada anak yang tidak mengenang jasa ibubapa, tidak akan ada kecurangan isteri terhadap suami, tidak akan ada permusuhan diantara kaum dan tidak akan ada watak-watak yang bercakap berpusing pusing yang boleh menyebabkan orangramai menjadi serbasalah dan tak tentu arah.
Rompak, Samun, Rogol dan membunuh secara kejam sudah menjadi perkara biasa buat masa ini, seakan-akan dunia sudah tidak aman lagi. Peristiwa ini akan berterusan kerana undang-undang terlalu longgar dan penguatkuasaan berlapik-lapik, tidak ada ketelusan dari orang-orang yang mempunyai kuasa sama ada daripada pihak yang melakukannya ataupun pihak yang memutuskan hukuman.
Oleh itu kita jangan selalu berjalan melengok kelangit oleh kerana keterampilan kita diagung-agungkan oleh orangramai, takut-takut nanti kita terpijak duri nibong yang akan menyebabkan kaki kita pula bernanah dan terpaksa dipotong, kerana diwaktu itu apabila rakyat sudah dapat menghayati RUKUN NEGARA maka putung-putung kayu yang membara akan menjadi basah dan tidak akan menyala-nyala.
Yang ruginya kita kerana alpa tidak tahu mengenag budi dan membalas budi kerana dikecek oleh orang disekeliling kita.
No comments:
Post a Comment