Sebulan dalam bulan Ramadhan ini, banyak aktiviti kebajikan diadakan, terutamanya penyampaian zakat, kepada fakir miskin dan anak-anak yatim piatu yang dianjurkan oleh badan badan amal, NGO dan juga parti-parti politik.
UMNO tentunya melipat gandakan aktiviti kebajikan dengan berbagai-bagai cara, disamping menyampaikan bantuan wang kepada orang miskin yang terpilih, ada juga dianjurkan majlis berbuka puasa dimadrasah atau pun masjid tidak ketinggalan juga majlis 'makan colek' dengan pemimpin Bahagian.
Umat Islam diseluruh pelusuk tanahair tidak ketinggalan menunaikan solat sunat Terawih, sama ada dimadrasah ataupun dimasjid dan para jemaah akan merasa bangga sekiranya dimadrasah atau pun masjid tersebut dihadiri sama oleh pemimpin, tak kiralah dari parti UMNO, PAS atau PKR. Suasana ditempat itu dikira meriah.
Oleh itu adalah dicadangkan kepada UMNO Malaysia, sempena dengan Perhimpunan Agong UMNO Malaysia pada Oktober 2010 nanti satu 'Anugerah Khas' diberi kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang mana didapati Ketua UMNO Bahagian yang paling banyak bersembahyang sunat Terawih didalam kawasannya sama ada dimadrasah atau pun dimasjid akan menerimanya.
Cadangan ini adalah bertujuan untuk mengambil tahu berapa kerapkah seseorang Ketua UMNO Bahagian turun ke madrasah atau pun ke masjid dalam Bahagian masing-masing didalam bulan ramadhan ini. Dan juga untuk peringatan kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian supaya meluangkan masa bersama rakyat dikawasan masing-masing didalam bulan yang mulia.
Lepas sembahyang sunat terawih, Ketua Bahagian bolehlah beramah mesra dengan rakyat untuk mendengar masaalah setempat dan juga dapat menyampaikan amanat kepada rakyat supaya terus menyokong kerajaan dan mengupas isu-isu semasa supaya rakyat dapat penjelasan yang betul dalam suasana kekeluargaan.
Disini kita UMNO dapat tahu, yang mana Ketua Bahagian yang rajin turun ke madrasah atau pun ke masjid dan yang mana pula Ketua UMNO Bahagian yang paling malas. Jangan marah.
1 comment:
Boleh lihat di http://www.onesik.blogspot.com
pakteh rasa Ketua Bahagian Sik ni banyak melaporkan aktivitinya sepanjang bulan ramadhan.
Post a Comment