Saturday, March 20, 2010

Nik Aziz tak iktiraf, kenapa?

Wan Hashim sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan.

Kerajaan PAS dibawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz boleh berperanan supaya kemelut yang melanda pentadbiran Istana Kelantan tidak berlarutan dan menjadi kekalutan dalam kepala rakyat jelata. Sebagai sebuah Kerajaan yang slogannya membangun bersama Islam, Nik Aziz tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan 'Ketua Ugama' diperkotak katikkan oleh Pegawai Kerajaan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan negeri.

Mandat yang diberi oleh rakyat kepada PAS supaya menubuhkan kerajaan bukan sahaja untuk mengurus wang dan hasil dalam negeri, bukan saja untuk membantu rakyat mendapat projek dan kayu balak, rakyat ingin melihat suasana harmoni akan berkekalan dikelantan, tidak akan berlaku perkara yang boleh merusak imej negeri kelantan. Inilah yang harus dipertahankan oleh Nik Aziz.

Nik Aziz mungkin terkilan apabila ditegur oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan kerana tidak menghadap KDYMM Tuanku Sultan di Singapura ketika dipanggil menghadap, itu adalah perkara logik bagi DYMM Raja Perempuan menegur bagi menyampaikan perasaan KDYMM Tuanku kerana orang harapan Kerajaan Tuanku tidak menyahut titah.

Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan, tentu Nik Aziz tidak melupakannya begitu juga dengan beberapa orang Exco, apa saja pekenan Tuanku Sultan mesti diakur oleh Kerajaan negeri, apa saja titah hendaklah dilaksanakan oleh Kerajaan negeri dan menjadi tanggongjawab Kerajaan Negeri untuk melaksanakan titah Tuanku. Tapi malangnya Nik Aziz diam seribu bahasa. Atas alasan Tuanku tidak sihat sepenuhnya maka para wakil rakya PAS, Exco dan Menteri Besar tidak endah titah Tuanku.

Tuanku tetap menjadi SULTAN KELANTAN selagi tidak mangkat, selagi tidak meninggalkan negeri kelantan dengan sengaja selama 12 bulan, ITULAH YANG DITULIS DALAM PERLEMBAGAAN NEGERI KELANTAN. Sultan tetap Sultan tak kira Tuanku deman ataupun batuk dan Kerajaan Negeri mesti bertindak mempertahankan KEDAULATAN TUANKU, jangan mempermain-mainkan ikut selera.

Sudah sampai masanya Kerajaan Negeri bertegas untuk mempertahankan Kedaulatan Sultan, jangan biarkan ada individu tertentu yang lebih berkuasa daripada Kerajaan Negeri dalam menyampaikan arahan kepada pegawai tadbir kerajaan negeri, sekiranya pantafsiran undang-undang yang menjadi halangan untuk kerajaan negeri bertindak maka kerajaan negeri hendaklah merujuk kepada Peguam Negara, bukan membiarkan jabatan kerajaan diperalatkan oleh individu tertentu menjadi galang ganti penasihat undang-undang kerajaan negeri bagi mentafsirkan undang-undang ikut cita rasa sendiri.

Malu, apabila penasihat undang-undang negeri hanya menjadi pendengar dalam majlis penerangan untuk pegawai-pegawai kerajaan berhubung dengan pentafsiran perlembagaan negeri yang mana orang luar daripada kerajaan bertepuk dada yang dialah sebagai jaguh. Baliklah kepangkal jalan, kerana banyak lagi perkara yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk membangun kelantan, "membangun bersama islam".

Islam untuk semua, tidak hanya kepada PAS dan kerana Menteri Besar bergelar Tok Guru maka rakyat berharap Tok Guru boleh menyampaikan perkara yang benar mengikut Islam dalam pemerintahan, apa itu istilah derhaka dalam Islam, dan apa balasannya kepada orang yang derhaka?.

Kepada saya Tok Guru tak pernah berniat derhaka kepada Sultan. Tapi saya percaya sudah ada orang derhaka kepada Sultan.

No comments: