Tuesday, March 2, 2010

Saya suka melihat.

Salam Tok Guru, Dah sampai masanya untuk berundur jadi Menteri Besar, Jaga pondok lagi lebih bermakna, BERIHATLAH supaya tidak terhina nanti.

ini waktu dulu, sekarang panggil jumpa pun tak mahu

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuang Agong diiringi oleh YAB Menteri Besar Trengganu setelah berangkat pulang ke Kuala Lumpur dari luar negara setelah selesai mendapat rawatan kesihatan Baginda. Manakala Tuanku Sultan Kedah yang menjadi Pemangku Yang Di Pertuan Agong apabila habis tempohnya berangkat pulang ke Kedah dengan dihantar pulang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Dan semasa KDYMM Yang Di Pertuan Agong berada diluar negara, saya yakin sekiranya Tuanku menitah YAB Perdana Menteri mengadap Baginda tentunya YAB Dato' Seri Najib akan pergi bagi menjunjung perintah Tuanku. Begitulah lazimnya adat resam orang-orang melayu malaysia yang sesuai dengan slogan 'Budi Bahasa Budaya Kita'.

Tapi perkara tersebut tidak berlaku di Kelantan, apabila KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra minintah supaya YAB Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat mengadap Tuanku di Singapore, Nik Aziz tidak menjunjung titah perintah Tuanku, ini berlaku kerana KDYMM Tuanku tidak berapa sihat ketika itu, sedangkan sebagai tokoh Agama, Nik Aziz patut tahu bahawa menzairahi orang sakit adalah satu ibadat apatah lagi orang yang sakit itu minta untuk bertemu.

Dalam hal ini nampaknya bukan saja Derhaka tapi juga telah melakukan kezaliman terhadap KDYMM Tuanku.

Lusa 4hb. mac, 2010 dengar kabar KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Tuanku Yahya Petra, Sultan Kelantan Darulnaim dan DYMM Raja Perempuan Kelantan akan berangkat pulang dari Singapore ke Kota Bharu setelah sekian lama berada diluar negara bagi mendapat rawatan susulan, kini alhamdulilah kesihatan KDYMM Tuanku Sultan telah semboh dan dah dapat menjalankan tugas seperti biasa.

Yang anehnya sehingga hari ini tidak ada berita hebahan daripada Kerajaan Negeri Kelantan tentang kepulangan KDYMM Tuanku Sultan dan DYMM Raja Perempuan, sepatutnya Kerajaan Negeri memaklumkan kepada rakyat jelata bersabit perkembangan kesihatan KDYMM Tuanku kerana rakyat jelata keseluruhan ternanti-nanti mahu mendengar berita terkini berhubung kesihatan KDYMM Tuanku, apatah lagi tentunya rakyat jelata teramat gembira setelah tahu bahawa KDYMM Tuanku akan pulang ke tanahairnya.

Sekiranya pihak Kerajaan Kelantan tidak mahu menyambut kepulangan KDYMM Tuanku, tidak menjadi hal kerana Kerajaan PAS Kelantan dibawah kepimpinan Nik Aziz sekarang telahpun kucar kacir dan lebih memikirkan soal royalti minyak kerana disitulah punca kewangan dan kerana wang Sultan pun diletak dibelakang. Tapi buatlah hebahan supaya rakyat dimaklumkan sekurang-kurangnya ada rakyat yang akan ke lapangan terbang Sultan Ismail ,Pengkalan Chepa bagi menyambut keberangkatan pulang KDYMM Tuanku SULTAN KELANTAN.

Kita lihat nanti, siapa-siapa yang berada di Lapangan terbang Pengkalan Chepa pada lusa, berapa orang Dato'-Dato' dan JP-JP yang hadir dan bagaimana dengan pemimpin-pemimpin politik Kelantan. Saya suka tunggu dan lihat.

No comments: