Thursday, March 25, 2010

Selepas esok, "KHOJA HASAN" lari kemana.

Sama ada Perlucutan jawatan Pemangku Raja Kelantan sah ataupun tidak itu semua terpulang kepada adat istiadat dan perlembagaan negeri Kelantan. Kekecohan anak beranak itu akhirnya akan selesai sekiranya semua pihak bertenang dan watak-watak Khoja Hasan, Maduliar dan Kitol tidak mengapi-apikan pihak terlibat.

Tidak perlu ada suruhanjaya, tidak perlu ada kumpulan perubatan dan juga tidak perlu ada tukang tafsir perlembagaan ikut pendapat sendiri dan tidak perlu ada penguatkuasa upahan yang menikmati kawasan balak, cukup dengan Majlis Perajaan Negeri yang dulunya membuat perlantikan Yang Teramat Mulia Tengku Mohd Faris Petra sebagai pemangku raja, bagi menentukan siapakah Pemangku Raja yang sah disisi perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri kelantan.

Dan apabila KDYMM Tuanku menitah melantik YM Tengku Abdul Aziz bin Tengku Hamzah iaitu datuk kepada YTM Tengku Mohd Faris sebagai Pemangku Raja adalah dengan sendirinya YTM Tengku Mohd Faris gugur daripada menjawat jawatan sebagai Pemangku Raja. Ertinya jawatan Pemangku Raja tidak kemana hanya disalin diantara anak beranak baginda, dari cucu kepada datuk saudara.

Kepada kita rakyat biasa tentunya amat gembira sekiranya kemelut Istana Kelantan akan berakhir, tak kira siapa yang jadi Pemangku asalkan Sultan Ismail Petra tetap menjadi Sultan selagi nyawa dikandung badan. Orang-orang yang perangai seperti Khoja Hasan, Maduliar dan Kitol saja yang akan resah dan gundah gunala, kerana cerita dongeng mereka itu sudah pecah dan rahsia hatinya akan terbongkar.

Dan apabila majlis Istiadat Penganugerah Darjah dan Pingat dibatalkan maka lari kelubang cacinglah puak-puak Khoja Hasan yang telah berjanji untuk memberi gelaran kepada kaum kerabatnya yang telahpun sedikit sebanyak telah menabur budi kepada mereka.

Wang habis title tak jadi. RUGI.

No comments: