Friday, March 19, 2010

HALIM vs WAN HASHIM

Nanar rasa dua hari ini. Kelmarin ada seorang sahabat memberitahu bahawa dia telah menerima surat dari Istana Balai Besar Kelantan menjemput untuk menerima Darjah Kebesaran sempena Hari Keputraan Kebawah Dulu Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan NEGERI KELANTAN DarulNaim. Surat ditandatangan oleh Halim Hj.Hamat.

Hari ini pula didalam akhbar terpapar gambar KDYMM Tuanku Sultan sedang menyampaikan titah supaya membatalkan sambutan hari keputeraan melalui Setiausaha Sulit Tuanku Dato' Wan Hashim Wan Daud.

Jam 4.30 petang, Hari Jummat, Berita dari Istana Balai Besar menyebut bahawa Pengelola Istana telah membuat sidang akhbar bahawa titah Tuanku yang disampaikan oleh Wan Hashim itu tidak boleh dipakai dan acara penyampain Darjah akan diadakan sebagaimana yang telah ditetapkan dan khabarnya satu lapuran polis telah dibuat terhadap Wan Hashim.

Semua peristewa itu menjadi tandatanya, Apakah akan berlaku sekiranya Tuanku tidak membenarkan Istana Balai Besar digunakan untuk upacara Istiadat Penganugerahan itu, Kenapa begitu berani Wan Hashim membuat kenyataan yang mengatakan TITAH Tuanku sekiranya beliau tidak mendapat mandat daripada Tuanku sendiri. Berani benar Wan Hashim mempermainkan nama Istana tanpa dititah. Tak Mungkin Wan Hashim berbuat demikian tanpa dititah, lagi pun jawatan setiausaha sulit itu adalah hak mutlak Tuanku.

Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan perkara 43 (1) menyebut, Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah pangkat segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat-pangkat Kemuliaan, Pingat-Pingat Kebesaran dan Kehormatan.

Satu lagi perkara yang lucu ialah dimana JP melahirakan taat setia kepada Tuanku dan Pemangku, perkara tersebut tak usahlah dibawa kepada media, sembah menghadaplah segera di Istana Mahkota, kerana umum dah mengatahui bahawa Tuanku berada diIstana Mahkota, apa resionalnya membuat persidangan akhbar hanya hendak menyampaikan Kesetian dan Taat kepada KDYMM Tuanku dan Pemangku Raja. Mengampukah? kerana semasa Tuanku di Hospital Singapore muka mereka berdua yang keluar dalam Sinar Harian tak pernah nampak melawat Tuanku.

Tentunya esok, masih ada berita yang mendedahkan ada Udang Di Sebalik Batu dan Siapa Dalangnya.

No comments: