Sunday, March 28, 2010

Delima 30hb. Mac.

KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Tuanku Yahya Petra
Sultan Kelantan sekarang.

Saya sedih kerana kemelut Istana Kelantan belum berkesudahan, sebagai rakyat negeri Kelantan sudah letih saya untuk menjawab pertanyaan dari kenalan yang berada diibu kota, bahkan juga kenalan dari negeri lain yang bertanya kabar melalui telepon.

Sedih kerana perasaan sayang dan taat kepada KDYMM Tuanku serta Raja Perempuan dan anaknda-anaknda telah dilanda musibah, sedih kerana dalam kepala saya tidak pernah terlintas bahawa akan berlaku krisis didalam Istana yang semua rakyat menghormati dan menjunjung kasih taat setia kepada insitiusi D' Raja Kelantan berlaku krisis perlembagaan.

Kekacakan dan humble anaknda-anaknda Tuanku berdua membuat rakyat rasa sayang dan menghormati serta menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi. Kini kebanyakan rakyat merasa sedih kerana tidak menyangka 'kemelut bagini menimpa keluarga Tuanku' yang tempat menjadi payung keamanan rakyat diseluruh negeri Kelantan.

Keseluruhan rakyat, tidak ada sesiapa pun akan rasa bersukacita sekiranya 'kemelut itu terus berpanjangan', rakyat mahu kedamaian dan keamanan yang sentiasa murni didalam pagar Istana Kelantan akan kekal seperti dulu-dulu. Ada bunga-bunga yang wangi, ada siulan burung yang kicauan dipagi hari dan disenja hari, ada barbeque untuk bersantai. Semuanya harmoni.

Kegeringan KDYMM Tuanku tidak sepatutnya Istana mahkota menjadi sunyi, bahkan patut lebih meriah daripada masa dulu, kaum kerabat dan rakyat terdekat hendaklah datang untuk berdoa semuga kesihatan Tuanku cepat semboh dan segara dapat memerintah negeri seperti dahulu kala. Titah Tuanku hendaklah disambut dengan segera. Para pembesar negeri sepatutnya membuat giliran untuk menzairahi Tuanku sepanjang masa. Kesihatan Tuanku hendaklah dihebahkan untuk pengatahuan rakyat jelata yang sentiasa ingin ikut perkembangan.

Yang peliknya, orang-orang besar dan para pemimpin kerajaan sama ada yang kerap menzairahi ataupun jarang mezairahi diam tidak berkata apa-apa, apakah Tuanku masih gering yang tidak mampu untuk berintraksi atau Tuanku sudah mampu bercakap, mendengar dan melihat hatta boleh menitah sesautu yang Tuanku mahu.

Kemunculan berita sehari dua ini dengan berbagai-bagai tajuk melalui media agak tidak menyenangkan. Bagaimana boleh ada Dua Orang Pemangku Raja dalam satu masa, seorang dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan melalui pengistiharan yang dibuat oleh Wan Hashim Wan Daud selaku Setuasaha Sulit KDYMM dan ditandatangi oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan satu lagi yang diumumkan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri.

Ekoran daripada itu Wan Hashim Wan Daud telah ditangkap oleh polis dan ditahan selama 3 hari untuk meneruskan siasatan, Wan Hashim yang telah bersara dari jawatan kerajaan dan diberi tugas oleh KDYMM Tuanku bagi menitah kehendak Tuanku dipaksa meninggalkan anak isteri dan ditempatkan dilokap tak ubah sebagai seorang banduan. Wan Hashim dalam usia yang sudah melibihi 60tahun sepatutnya selalu didampingi oleh isteri yang tersayang. Persoalannya apakah patut Wan Hasim terpaksa tidur beralaskan lengang dalam usia yang sebegitu hanya kerana menjunjung titah perintah KDYMM Tuanku?.

No comments: