Tuesday, March 23, 2010

Kemelut Istana Kelantan, Menanti Tengku Razaleigh bersuara.

Semasa saya berada di Mahkamah Jalan Duta bagi meneruskan sambong bicara pagi ini saya telah terima telepon dari seseorang yang tidak mahu memberitahu namanya dengan bertanya soal kemelut Istana Kelantan. Katanya beliau pening membaca blog hari ini yang ditulis oleh MSO, Sayuti Omar dan Kickdefella, Syed Azidi Aziz yang mengulas 'Kemelut Istana Kelantan".

Katanya, MSO nampaknya berpihak kepada Kerajaan Negeri dan Pemangku Raja manakala Kickdefella berpihak kepada Sultan. Sedangkan isu tersebut katanya teramat mudah untuk diselesaikan kerana orang yang rapat dengan Istana dan telah melihat sendiri fizikal Tuanku Sultan serta menjadi orang nombur 2 dalam Majlis Perajaan Negeri, bersuara. Orang itu adalah YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Kenapa sebagai orang harapan dalam keluarga Raja Perempuan Kelantan itu tidak bersuara, diam dan tak buat apa-apa, sedangkan kemelut Istana semangkin meruncing, YBM Tengku Razaleigh lebih aktif bercakap pasal royalti minyak dan tidak bercakap pasal royal yang perlu kepada realiti.

Katanya lagi, rata-rata rakyat sedang menanti suara keramat daripada YBM Tengku Razaleigh sebagai saudara terdekat dan juga sebagai Timbalan Majlis Perajaan Negeri yang bertanggongjawab melantik Pemangku Raja. Apa pandangan Tengku Razaleigh berhubung dengan Istiadat Pengurniaan Darjah. Apakah patut diteruskan atau pun ditangguhkan kerana isu tersebut menyentuh maruah Istana Kelantan.

Katanya, tidak ada sesiapa pun mempertikaikan kuasa Pemangku Raja, yang rakyat nak tahu, apakah Sultan sudah boleh menjalankan tugas ataupun tidak, Sultan sudah boleh bercakap ataupun belum boleh bercakap, Sultan sudah boleh melihat ke belum dan bolehkah Sultan mendengar. Sekiranya boleh itu bererti lapuran dactor Singapura itu betul.

Dactor yang merawat Tuanku berterusan tahu segala-galanya. Itu bererti Tuanku sudah sihat, sudah boleh bertitah dan tahu perkembangan hal ehwal semasa.

No comments: