Tuesday, March 30, 2010

Kenangan mengusik jiwa.

Tahniah kepada Dato' Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan kerana telah dipilih mengepalai penerima anugerahan Kehormatan Negeri Kelantan, Kurniaan Pemangku Raja Kelantan, hari ini dan tahniah juga kerana kekal sebagai Mursyidul Am Pas selama 5 tahun lagi.

Nik Aziz menerima gelaran kebesaran Datuk Bentara Setia, Mohd Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) mendapat Datuk Seri Setia Raja, Abdul Halim Hamat, Pengelola Istana Kelantan mendapat Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPSK) bersama dengan Sukri Mohamed seorang peguam.

Manakala Ketua Polis Kelantan, Abdul Rahim Hanafi pula mendapat Ahli Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang.

Kata Aiseri Alias, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Tradisi Pengurnian darjah-darjah kebesaran oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra tiada kena mengena dengan Hari Keputeraan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ke 60.

Tarikh pada 30hb. Mac yang dipilih adalah secara 'kebetulan' sama dengan hari Tuanku Ismail Petra diputerakan, kata Aiseri Alias kepada Utusan Malaysia. Barangkali semasa tarikh itu hendak ditetapkan Aiseri Alias lupa bahawa pada tiap-tiap tahun iaitu 30hb. Mac adalah hari Sambutan dan Penyampaian Pingat-Pingat dan Darjah Kebesaran sempena hari Keputeraan Tuanku Sultan Ismail Petra.

Boleh jadi Rodelio Junjun Taucan tahu jawapannya.

No comments: