Monday, March 22, 2010

Kerajaan Kelantan 'bisu' dalam kemelut Istana.

Saya dikampung Kadok selama 4hari, pulang untuk menzairahi sanak saudara dan berkesemapatan berjumpa sahabat-sahabat, begitu juga dapat meninjau perkembangan pembangunan di negeri kesayangan saya 'Kelantan Darul Naim' dibawah payung Kedaulatan Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan.

Saya ke Tok Bali, Bachok untuk bersiar-siar, disana saya sempat meninaju tapak perkampungan untuk para Nelayan dan Komplek Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang jetinya sudah hampir siap. Tok Bali sedang berkembang pesat. 90% projek pembangunan di Tok Bali adalah projek yang dibaiayi oleh Kerajaan Pusat iaitu Kerajaan BN.

Tentunya di Kelantan ini tak sunyi dengan cerita kemelut dalam Istana dan perang media diantara Halim Hamat, pengelola Istana Kelantan dengan Wan Hashim Wan Daud, Setiausaha Sulit KDYMM Sultan Kelantan yang baru dilantik oleh Baginda, tapi tidak diiktifar oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pemerintahan Tok Guru. Apakah seorang Tok Guru itu faham proses perlantikan sebagai seorang setiausaha sulit kepada individu tertentu.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan, Ismail telah mengesahkan kepada saya dalam pertemuan singkat semalam bahawa KDYMM Tuanku boleh melantik sesiapa saja sebagai Setiausaha Tuanku yang tidak melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan asalkan gaji pegawai atau setiausaha tersebut dibayar oleh Tuanku dan tidak melibatkan wang Kerajaan Negeri. Ini bermakna Wan Hashim adalah SAH sebagai Setiausaha Sulit kepada Tuanku.

Begitu juga kecelaruan berhubung dengan Istiadat Pengerniaan Darjah yang telah pun diistihar oleh Halim Hamad, Pengelola Istana Kelantan bahawa Istiadat tersebut akan diteruskan walaupun KDYMM Sultan menitah melalui Setiausaha Sulit bahawa Istiadat itu tidak diadakan. Sultan tidak mahu diadakan Istiadat pengurnian pada 30hb. Mac ini sempena Hari Keputraan Baginda tapi Halim Hamat terus berkeras dengan kenyataannya bahawa Istiadat itu akan terus diadakan. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi, kenapa beria-ia benar Istiadat itu hendak diadakan sedangkan tuan yang ampunya diri tidak mahu diadakan. Kenapa?, Kenapa? apa istimewanya Istiadat itu hendak diadakan sedangkan KDYMM tidak akan hadir pada Istiadat tersebut, tak bolehkan tunggu sehingga tuan ampunya sendiri untuk menyampaikannya.

Setiausaha Sulit Sultan telah menghantar surat memaklumkan kepada semua Ketua-Ketua jabatan negeri dan persekutuan bahawa KDYMM tidak berkenan majlis Istiadat pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran diadakan sempena hari Keputeraan baginda tahun ini. Lihatlah nanti siapa yang patuh atau tidak patuh diatas titah KDYMM Tuanku itu.

Dan adalah akan menjadi pelek apabila Sijil-Sijil Kebesaran nanti tidak ditandatangan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Almarhum Tuanku Yahya Petra, Sultan Negeri Kelantan, Darul Naim.

30hb. Mac, nanti adalah satu hari yang akan tercatit sebagai sejarah dalam pentadbiran Kerajaan Kelantan dibawah PAS. Setelah KDYMM Tuanku sendiri bertitah kepada Tok Guru Menteri Besar dan Exco. Saya ada dengar tape Tuanku bertitah pada Nik Aziz dan Exco Kelantan.

No comments: