Wednesday, March 10, 2010

Penjawat Awam sokong Najib.

Tok Guru Nik Aziz, tahukah ada pegawai kerajaan negeri kena 'pool'

Pada 23hb. Julai 2009, Hari Khamis, dalam blog ini saya tulis 30 orang 'JUSA di pool' oleh JPA bagi mewujudkan suasana fear n disharmony dan semalam 9hb. Mac, 2010 Hari Selasa, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia mengatakan bahawa sistem 'pool' yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran sifat menghukum bagi penjawat awam akan dikaji.

Dato' Seri Najib berkata bahawa elemen 'natural justice' iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu menjadi sebahagian prosedur. Beliau berkata demikian bagi menerangkan bahawa beliau mendengar bisikan dan suara hati penjawat awam yang datang secara perlahan-lahan dan sayup-sayup kedengaran.

Penjawat Awam tentunya merasa lega terutamanya mereka yang sedang di 'pool' di JPA, kerana mereka itu adalah insan yang mahu memberi khidmat dengan mendapat gaji, tapi jadi terseksa kerana dikatakan makan gaji buta. Tahu kah kita apabila seramai 30 orang jusa di 'pool' bererti sebanyak lebih kurang setengah juta ringgit sebulan gaji dibayar kepada mereka itu. Itu adalah satu pembaziran yang dirancang oleh JPA.

Sahidan Kassim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula mendedahkan bahawa Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis telah menjadi mangsa sistem 'pool' yang dijadikan sebagai alat bagi menghukum penjawat awam.

Ada juga kedengaran di Kelantan bahawa terdapat Pegawai Tinggi Kerajaan di'pool'kan kerana barangkali Kerajaan Negeri banyak wang untuk membayar gaji orang yang tidak diberikan tugas. Semua isu ini telah sampai ke telinga Perdana Menteri yang dibawa oleh angin lalu dan berkebetulan pula saya juga telah menyampaikan keluhan penjawat awam melalui tulisan dalam blog ini.

Bagaimana pula dengan agensi-agensi D'Raja?, Polis D'Raja, Askar D'Raja, Kastam D'Raja, tidak berlakukah 'pool' atau kelambatan naik pangkat kerana tidak kroni orang atasan, sekiranya tidak berlaku Alhamdulillah.

No comments: