Saturday, March 6, 2010

Ngeri, mati dibunuh?


Kehidupan harian kita sekarang ini semaking ngeri, kes-kes pembunuhan setaip hari dilapurkan dalam akhbar-akhbar tempatan, dari kes pembunuhan kanak-kanak sehinggalah warga emas, ada kes bunuh kerana merompak, ada kes bunuh kerana buang bayi dan ada kes bunuh kerana pergaduhan.

Kes bunuh tersebut bukan kerana kebanjiran pekerja asing di Malaysia, walau pun kadang-kadang melibatkan warga asing yang melakukan rompakan dan pembunuhan, Pembunuhan berlaku ada yang sengaja dan ada yang tidak sengaja dan ada yang dibunuh secara ngeri dengan penyambelehan yang sangat menyayat hati.

Fenomena ini tidak menyenangkan, membuat kita rasa sudah tergugat kehidupan sehari-harian, apakah sudah tidak selamat untuk kita bersiar-siar ditempat-tempat tertentu sehingga kena samun dan dirompak lepas itu dibunuh dengan ngeri. Inilah yang menjadi tandatanya sekarang dan bagaimana jalan untuk membendung peristiwa pembunuhan supaya tidak mejadi satu kebiasaan dinegara kita ini.

Penjenayah tidak segan silu melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan dapat hasil dengan melakukan rompakan dan pembunuhan, orangramai juga kadang-kadang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja apabila berpunca dari sakit hati dan berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan kematian. Minta dijauhkan semuga negara kita tidak dilebelkan sebagai sebuah negara Islam yang penuh dengan kes-kes jenayah termasuk kes-kes pembunuhan.

Dengan harapan semuga dengan bertambahnya anggota keselamatan maka kes-kes jenayah dapat dikurangkan terutamanya kes-kes samun dan rompak yang mengakibat berlakunya pembunuhan. Pihak Polis Malaysia juga diminta supaya memantau balai-balai polis didaerah dan mukim supaya tidak berlaku ketirisan yang mana sehingga ada kebocoran tindakan pihak berkuasa kepada penjenayah.

Kempen kesedaran sivik hendaklah diperhebatkan oleh kerajaan dengan meminta dan memaksa rakyat supaya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya tahu dan dengar ada penjenayah disekitar tempat tinggal semuga pihak berkuasa dapat bertindak bagi membendungkannya.

Kerjasama pihak polis dan orangramai hendaklah diperhebatkan supaya sama-sama merasa bertanggongjawab bagi mencegah jenayah yang terancang ataupun secara adhoc, pihak polis juga diminta bermesra dengan semua orang dengan tidak memilih hanya orang-orang besar saja diberi layanan yang istimewa.

Bukan mengajar tapi sekadar memberi pandangan dan peringatan, supaya apa yang saya lihat dan dengar tidak menjadi kenyataan.

No comments: