Monday, March 1, 2010

Kata Cik Gu Zuni !

Pagi ini saya terima sms daripada seorang sahabat yang berasal dari kampung Batu Tinggi, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan. Ciku Gu Zuni telah menghantar guridam mengenai erti 'SAHABAT' sempena sambutan maulidurrasul. Seperti dibawah ini.

SAHABAT bukan macam papan skate.

belum main, gilap..nak main pijak.

SAHABAT bukan macam bolasepak,

belum dapat kejar, dah dapat tendang.

SAHABAT bukan macam bulu tangkis,

belum main pegang, nak main pukul.

SAHABAT IBARAT bola ragbi,

belum dapat rebut dah dapat lindungi.

SAHABAT macam jari,

lukanya semboh sendiri, tapi hilangnya tiada ganti.

Mungkin guridam ini diasaskan melalui pengalaman beliau sejak berkecipung dalam politik UMNO Ketereh dan ada realitinya mengambarkan apa yang sedang berlaku kini.

No comments: