Friday, March 26, 2010

Maaf, Polis.

Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku Sultan Ismail ditangkap polis semalam. Wan Hashim Wan Daud ditangkap dirumahnya mengikut sec. 419 kanun kseseksaan kerana menipu dan penyamaran ekoran lapuran polis dibuat oleh Halim Hamat, Pengelola Istana Kelantan.

Inilah yang terjadi apabila ada pihak sudah tidak menghormati titah Sultan, sebenarnya pihak polis tidak perlu menangkap Wan Hashim Wan Hamat sekiranya budi bicara dipakai dalam menangangi isu tersebut. Wan Hashim membuat pengumuman didalam kawasan Istana Mahkota dimana Tuanku Sultan berada disitu.

Pada logiknya tak mungkin Wan Hashim begitu berani membuat kenyataan mengunakan nama Tuanku Sultan sekiranya beliau tidak dititah dan mengeluarkan kenyataan akhbar dengan mengunakan kepala surat lambang Sultan. Wan Hashim masih waras semasa membaca kenyataan akhbar tersebut.

Penangkapan beliau itu sikit sebanyak menjejaskan imej polis yang rakus mengunakan kuasa tanpa tanpa mengambil kira siapa yang mengarahkan Wan Hashim berbuat demikian. Kerja polis amat mudah untuk menyelesaikan kemelut 'pengistiharan isu Pemangku Raja itu' sekiranya pihak polis mengambil inisiatif berhemat.

Apa salahnya Ketua Polis Kelantan ataupun Ketua Polis Negara datang menghadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan bertanya sendiri adakah benar Tuanku telah melantik Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku. Sekiranya Tuanku menafikan barulah tangkapan dibuat. Dengan menangkap Wan Hashim untuk disoal siasat tidak menyelesaikan masaalah sekiranya KDYMM betul telah melantik beliau sebagai Setiauasah Sulit Tuanku. Dan tentu kerja Setiausaha Sulit adalah menyampaikan titih yang diarah oleh Tuanku.

Nampaknya polis telah begitu cekap bagi mengambil tindakan dalam kemelut istana Kelantan ini. Undang-undang kita semangkin hari semangkin keras, tak kira siapa yang dianggap melakukan kerja yang boleh mengacam keselamatan negera mereka itu akan ditangkap, tahniah kepada pasukan polis. Tapi yang muskhilnya apabila Setiauasah Sulit kepada KDYMM Tuanku ditangkap kerana menyampaikan titah Tuanku itulah memeningkan kepala saya.

Kesihan kepada KDYMM Tuanku, dahlah Setiauasah Sulit yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri telah ditarik, kini Setiausaha Sulit yang Tuanku bayar gaji sendiri pula ditangkap. Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak hendaklah campurtangan dalam urusan ini dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri yang beranggongjawab dalam Keselamatan Negara hendaklah bertindak supaya pihak polis tidak mengunakan kuasa yang diberi dilaksanakan dengan membabi buta.

Tangkap Setiausaha Sulit Tuanku yang sedang menjalankan titah yang halal dari segi undang-undang bererti tidak MENGHORMATI TITAH KDYMM Tuanku Sultan. Apabila Tuanku masih belum pulih sepenohnya, inikan bentuk layanan diberi oleh Pasukan Polis D'raja Malaysia. Tapi sekiranya polis menangkap Wan Hashim kerana kesalahan dadah ataupun jenayah yang lain saya TABIK diatas kecekepan polis kita.

No comments: