Tuesday, March 16, 2010

Pasukan polis akan bertukar wajah.

Ramli Yusoff, gembira selepas dibebaskan dari tuduhan SPRM

Datuk Ramli Yusoff yang didakwa oleh SPRM atas tuduhan gagal mengistiharkan dua lot tanah telah dilepas dan dibebabskan kerana pendakwa gagal membuktikan segala kes prima facie. Datuk Ramli adalah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (JSJK) Bukit Aman.

Apa pun, nama Datuk Ramli Yusof telah tercalar kerana dicalarkan, tuduhan yang diterima amat berat dan memalukan. Tidak ada apa yang boleh dilakukan untuk memadamkan rekod peribadi yang ditanggong oleh Datuk Ramli, keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan beliau tidak dapat mengembalikan jawatannya dalam pasukan Polis D'raja Malaysia. Malu dulu tidak dapat ditebus.

Giliran Datuk Ramli untuk membersih namanya sudah berlalu dan sah beliau tidak dijatuhkan hukuman penjara bahkan beliau dibebaskan dari azab yang dibuat oleh manusia. Kini giliran Datuk Ramli berkhidmat secara sukarela untuk membantu Kerajaan Malaysia bagi membersihkan nama Jabatan Polis dari diragui oleh rakyat. Datuk Ramli mesti teruskan memberi maklumat kepada Kerajaan apa yang beliau tahu berhubung dengan kegiatan jenayah yang berlaku di negara ini yang ada kaitan dengan Pegawai Polis berpangkat tinggi.

Kerajaan melalui Kementerian dalam Negeri (KDN) bolehlah memikir satu cara bagaimana untuk mendapat khidmat sukarela daripada Datuk Ramli bagi membersihkan segala penyalahangunaan kuasa di Jabatan Polis D'Raja Malaysia. Saya yakin Datuk Ramli akan memberi sepenoh kerjasama kepada kerajaan bagi menaikkan lagi imej Polis D'raja Malaysia apabila Musa Hassan sudah tidak berkuasa lagi.

Musa Hassan akan meninggalkan Pasukan Polis D'raja Malaysia selewat-lewatnya bulan September 2010. Kerajaan juga diminta membukakan kertas siasatan terhadap Musa Hassan kerana banyak tuduhan diacukan kepada beliau, biarlah nanti mahkamah juga akan mengistiharkan bahawa Musa Hassan bebas dari semua gejala buruk semasa beliau menerajui Pasukan Polis.

Polis D' Raja selepas persaraan Musa Hassan nanti hendaklah dipandang oleh rakyat sebagai sebuah agensi keselamatan yang boleh dipercayai 100%. Seperti mana sekarang ini rakyat telah percaya bahawa kegiatan jenayah akan terus berkurangan dibawah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sekarang Dato' Bakri Jihin.

Kecekapan Dato' Bakri Jihin menerajui jabatan tersebut boleh menaikkan lagi imej polis, Pegawai sebeginilah yang harus diberi kepercayaan oleh kerajaan, tenaga dan cara kerja profesional yang dilaksanakan oleh Dato' Bakri hendaklah dijadikan teladan dan contoh oleh Pegawai Polis bawahan supaya nama pasukan polis D'raja Malaysia menjadi kebanggaan rakyat malaysia.

Selamat meninggalkan pasukan polis diucapkan kepada Musa Hassan, Selamat berbahagia diucapkan Datuk Ramli Yusoff dan selamat menjalankan tugas yang lebih tinggi diucapkan kepada Dato' Mohd bakri Jihin semuga terus cemerlang dan diiringi dengan doa semuga maju setapak lagi dalam perkhidmatan.



1 comment:

Payeik said...

Berpollitik hendaklah ke akhir hayat.Politik adalah berkaitan perjuangan untuk kepentingan sejagat (agama,bangsa,negara) tidak kira berjawatan atau tidak.